Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

02 Ogos, 2013

Din Ayam penyebab Dr Rani ingin melepaskan jawatan PJ negeri?

Aku respek!

Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.

Kota Damansara menghantui PAS Selangor, Dr Rani letak jawatan?






















Dua minggu lalu, Dr Rani Osman (gambar) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta tempatnya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan orang lain.
Namun, pada 31 Julai, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau bersedia mengekalkan jawatan itu jika diamanahkan oleh pucuk pimpinan PAS.
Ketika SMS pertama dihantar, PAS sedang hangat membincangkan isu Kota Damansara yang menghantui parti itu kerana disalahkan akibatkan kekalahan calon dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Arkitek kemelut Kota Damansara

Calon PAS bertanding di situ dan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, PKR dan Barisan Nasional (BN).
Hasilnya, BN menang dan PR kehilangan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Lebih pun mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, lobi demi lobi dan sebagainya menjelang pilihan raya ke-13 lalu, amat memenatkannya.
Dr Rani tidak mengejar jawatan. Beliau menerimanya berdasarkan amanah jamaah dan tanggungjawab.
Selepas pilihan raya umum lalu - dalam satu mesyuarat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor – nama Dr. Rani disenarai sebagai exco kerajaan negeri bersama tiga lagi pemimpin PAS.
Nama mereka dikemaskini sebelum dihantar kepada Sultan Selangor untuk pengesahan sebelum dilantik sebagai exco.
"Ketika itu, Dr Yunus Khairi gembira bukan main kerana namanya terkeluar dari senarai. Isteri beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana 'memberikan' semula suaminya," kata Dr Rani ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, pada Rabu.
Keesokannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menelefon memaklumkan senarai terkini exco Selangor yang diterima Istana. Nama Dr Rani terkeluar dari senarai itu dan nama Dr Yunus terpilih.
"Betul ke Tok Guru? Confirm ke? Presiden kata ye confirm, baru lepas bercakap dengan Tan Sri Khalid. Kau tahu apa aku buat, aku takbir," kata Dr Rani dengan penuh semangat.
Inilah cerita yang beliau kongsikan ketika ditanya - adakah beliau mahu melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor selepas tidak terpilih sebagai exco.
Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.
Atas sebab itulah, beliau berasa tidak mampu lagi memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri  itu selepas Muktamar Tahunan November ini.
Pihak yang paling marah dengan tindakan Dr Rani itu ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim selalu disebut beliau sebagai Presiden Kelab 52 iaitu kelab orang-orang yang rendah ketinggiannya, bawah lima kaki dua inci, sebagaimana beliau.
"Ingat anta (awak) sorang je ke yang nak letak jawatan kalau boleh. Ana pun nak, tetapi ini amanah," kata Tuan Ibrahim kepadanya.
Selepas dua minggu Dr Rani juga terfikir. Adakah Presiden PAS akan tersalah faham dengan SMS pertamanya dahulu. Beliau bimbang kalau-kalau dituduh mahu lari dari tanggungjawab.
Atas dasar itulah, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau sedia menerima jawatan itu jika diberikan amanah lagi.
Dr Rani dilantik menjadi Pesuruhjaya kira-kira dua tahun lalu apabila Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari PAS awal Januari 2012.
KKetika ura-ura bertiup kencang beliau dipilih memegang jawatan itu bagi menggantikan Dr Hassan, Dr Rani berkata kepada rakannya:
"Jika aku tidak terpilih, aku akan belanja awak dua ekor kambing," katanya sebagai tanda gembira.
"Nasib kurang baik, saya terpilih. Saya pun lepaslah kambing itu," kata Dr Rani.
Dr Rani mencipta rekod tersendiri sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. Di bawah kepimpinannya, PAS Selangor dilihat paling kuat, paling baik dan paling berjaya.
PAS Selangor mencipta sejarah tersendiri apabila menang 15 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya ke 13 lalu.
Dalam Pilihan Raya 2008, PAS menang lapan kerusi DUN sahaja. Dengan memenangi 15 kerusi Dun, pilihan raya 2013 adalah pencapaian PAS yang terbaik di Selangor sehingga Dr Rani disebut-sebut sebagai bakal MB Selangor selepas pilihan raya umum lalu.
Dr Rani menyertai PAS pada 1999 bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Malaysia yang lain menyertai PAS ketika era reformasi. Dr Hassan Ali menyertai PAS sedikit lebih awal, namun dalam era yang sama.
Beberapa tahun kemudian, Dr Rani, graduan perubatan dari Mesir,  dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kapar. Pada 2004, beliau buat pertama kali bertanding di DUN Meru tetapi kalah dengan undi lebih 5,000.
Dalam percubaan keduanya, PRU 2008, Dr  Rani menang bergaya mengalahkan calon BN dengan majoriti 5,513 undi. Dalam PRU 13, beliau menang dengan majoriti lebih besar iaitu 9,079 undi.
Kini, semua ahli dan pimpinan PAS tertumpu kepada muktamar November ini. Dr Rani bakal menjadi tuan rumah kali ini kerana ia akan dilangsungkan di Shah Alam,  Selangor.
Muktamar ini amat penting untuk PAS kerana, ia berjalan dalam suasana PAS berada di persimpangan.
Kira-kira 31 tahun selepas ditubuhkan pada 1951, kepimpinan Datuk Asri Haji Muda bertukar tangan pada 1982 (1951-1982) . Pada tahun itu konsep kepimpinan ulama diperkenal selepas usul mengenainya diluluskan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kini, pada 2013, kepimpinan ulama dalam PAS juga berusia 31 tahun (1982-2013). Apakah akan berlaku dalam muktamar yang tuan rumahnya adalah Dr Rani kali ini. Semua sedang memerhatikannya. – 2 Ogos, 2013.

01 Ogos, 2013

Mesir di ambang penyembelihan beramai-ramai!


Peristiwa di Syria dijangka akan menjadi ikutan AL Sisi yang diberitakan mempunyai darah yahudi seperti juga Bashar Al Asad dan Ahmadinejad. Dengan keputusan pemerintah sementara Mesir yang memberi kebenaran melakukan "sebarang tindakan perlu" membawa maksud yang sangat luas.


Rabiatul Adawiyah  1.8.2013 (jam 4.00 am waktu Mesir dan 10.00 am waktu Malaysia)
Amaran pembunuhan beramai-ramai bakal terjadi di Mesir dalam masa terdekat.

Kerajaan sokongan tentera Mesir telah meluluskan sebarang tindakan perlu bagi menghentikan rally oleh ikhwan dan para penyokong Morsi di seluruh Mesir. Ini bermaksud polis dan tentera diberi kebenaran melakukan apa sahaja termasuk melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas Islamis yang melakukan protes sejak Morsi digulingkan.

Ini mengingatkan kita kepada kata-kata Ismail Patel yang berbunyi,

"Morsi failed to make Egypt a new Turkey in a year, so Sissy decided to make it a Syria in a month"

Apa yang berlaku di Syria seperti diketahui umum sebagai medan penyembelihan orang-orang Islam sunni oleh musuh Islam iaitu syiah laknatullah. Syiah Alawiyah yang mengaku menyembah bashar Al Asad sebagai tuhan telah menyiksa dan membunuh ratusan ribu Islam sunni.

Peristiwa di Syria dijangka akan menjadi ikutan AL Sisi yang diberitakan mempunyai darah yahudi seperti juga Bashar Al Asad dan Ahmadinejad. Dengan keputusan pemerintah sementara Mesir yang memberi kebenaran melakukan "sebarang tindakan perlu" membawa maksud yang sangat luas.

Definisi mudah yang terbayang ketika ini ialah pembunuhan ratusan ribu rakyat Mesir yang berhimpun di seluruh pelusuk negara berkenaan.

Setakat ini difahamkan bahawa sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dan 5000 orang telah dicederakan pasukan keselamatan Mesir sepanjang masa protes berlangsung.

Dengan anggaran 1 juta membanjiri Rabiatu Adawiyah sekarang 1 Ogos 2013 (10.00 am waktu Malaysia dan 4.00 am waktu Mesir) seperti dalam gambar di atas, dapatlah dibayangkan bahawa setidak-tidaknya puluhan ribu manusia akan terkorban sekiranya tentera dan polis menggunakan kaedah kekerasan seperti mana dilakukan mereka sebelum ini.

Manusia yang sedang bersolat pun dibunuh mereka, apatah lagi manusia yang memang bersedia mempertahankan diri walau hanya dengan sebatang kayu sebagai senjata dan topi keledar sebagai pertahanan diri.

http://world.time.com/2013/07/31/egypt-orders-camps-cleared-protesters-buckle-down/#ixzz2agA4YiMw
Saksikan sumpah maut mereka


Kita di Malaysia akan mendapat berita pembunuhan saudara-saudara kita di Mesir tanpa mampu berbuat apa-apa.

Setakat ini kita cuma mampu berdoa agar ada di kalangan tentera yang menggerakkan pasukannya untuk menentang rampasan kuasa sekali gus mempertahankan peserta protes di seluruh Mesir.


- sumber

Baca selanjutnya di SINI




TPPA. Negara ke Mahkamah Antarabangsa jika langgar kontrak!


Rancangan Putrajaya untuk melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah indah khabar daripada rupa kerana kerajaan boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika melanggar kontrak yang dimeterai, kata pakar ekonomi Dr Martin Khor.


Malaysia boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika laksana TPPA. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 Ogos, 2013.Malaysia boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika laksana TPPA. -
Rancangan Putrajaya untuk melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah indah khabar daripada rupa kerana kerajaan boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika melanggar kontrak yang dimeterai, kata pakar ekonomi Dr Martin Khor.
Pakar yang berpengkalan di Geneva, Switzerland menegaskan perkara itu sudah pun berlaku di negara-negara lain yang  menjalankan perjanjian hampir sama dengan Amerika Syarikat.
"TPPA hanya mempunyai sedikit kaitan dengan perdagangan, ada lebih banyak isu yang perlu dibimbangkan," kata Pengarah Eksekutif  South Centre dalam forum enam panel yang diadakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), hari ini.
Khor membayangkan kerajaan akan berhadapan dengan situasi terpaksa bertanggungjawab untuk memastikan  industri tempatan terbela dan pada masa sama juga memastikan pelabur luar mendapat layanan yang sama adil.
"Peruntukan untuk melindungi hak pelabur asing, melayan negara asing sama rata atau sebaliknya melebihi daripada layanan yang  diberikan kepada perniagaan tempatan.
"Jika undang-undang kerajaan berubah, ia memberi kesan kepada keuntungan masa depan syarikat tersebut mereka boleh  meminta pampasan kerana ia adalah sama maksud dengan "rampasan", definisi ini termasuklah bagi kerugian daripada untung masa  depan hasil daripada perubahan polisi kerajaan," katanya.
Lebih memburukkan keadaan, Khor mendedahkan kerajaan akan terikat dengan 'Investor State Dispute Settlement' atau ISDS  yang berpengkalan di Mahkamah Antarabangsa, Washington jika meneruskan rancangan untuk menandatangani TPPA.
"Jadi, jika pelabur merasakan hak mereka dirampas daripada mereka, termasuk perubahan dalam kontrak atau keuntungan  depan, mereka boleh saman kerajaan di Mahkamah Antarabangsa.
"Sudah terdapat banyak kes saman yang berlaku di negara lain," katanya.
Khor memberikan contoh dua negara yang disaman dibawah ISDS ini iaitu Ecuador sebanyak AS$2.3bilion dan Indonesia AS2bilion  oleh syarikat luar negara kerana melanggar kontrak dan menyaksikan mereka menang kes itu.
Kenyataan oleh Khor ini memberikan gambaran bahawa jaminan masa depan dan hak usahawan Bumiputera mungkin tergugat  sekiranya TPPA ini dilaksanakan memandangkan kerajaan terpaksa mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan.
Namun, wakil Pejabat Peguam Negara (AGC) semasa dalam satu forum hari ini menafikan perkara tersebut dan memberi jaminan hak usahawan Bumiputera akan tetap dibela walaupun selepas pelaksanaan TPPA ini.
Selain itu, seorang lagi panel Agil Faisal Ahmad Fadzil pula meramalkan kebanyakan usahawan dan perniagaan tempatan akan  ketinggalan jauh dengan Amerika Syarikat sekiranya rancangan melaksanakan perjanjian ini diteruskan.
"Jika dilihat dengan bantuan yang kita terpaksa bergantung dan produk kita ada, saya boleh kata kita akan ketinggalan.
"Pembinaan keupayaan perlu dipertingkat," kata Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Malaysia (GMB Malaysia)  itu.
TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta  penduduk dan anggaran gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$27.5trilion.
Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darussalam pada Oktober  2010 lalu, serta terbaru adalah di semasa pusingan ke-18 baru-baru ini di Kota Kinabalu.
Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti  pembangkang Pakatan Rakyat (PR), hingga menyaksikan Putrajaya terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC)  melibatkan keanggotan dwi partisan bagi membolehkan pembangkang mendapat penjelasan berhubung perjanjian berkenaan.
PR turut membangkitkan persoalan terhadap beberapa isu dalam TPPA yang memungkinkan akan memberikan kesan negatif kepada  Malaysia memandangkan perjanjian tersebut tidak boleh diumumkan kepada orang ramai. - 1 Ogos, 2013. - sumber

Di Bawah siap guna ayat Al-Quran menerangkan kepentingan TPPA. Agak2 berapa komisyen dapat nih? Malaysia kan negara kuat makan komisyen! hahaha

Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA):  Punca Kemelut dan Penyelesaiannya

TRANS PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA): PUNCA KEMELUT DAN PENYELESAIANNYA

 Prof. Mohd Nazari Ismail
Satu isu hangat yang sedang dipedebatkan di negara kita dan beberapa negara lain adalah berkenaan perjanjian perdagangan yang dikenali sebagai  Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), atau Perjanjian Kerjasama Transpasifik (PKTP). Perjanjian ini yang dalam proses rundingan adalah satu bentuk perjanjian perdagangan bebas dan melibatkan negara-negara berikut : Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Malaysia, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Jepun.
Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk terus terlibat dalam rundingan ini kerana berkeyakinan bahawa sebagai sebuah negara yang bergantung kepada kegiatan (aktiviti) perdagangan antarabangsa, ia akan mendapat banyak manfaat hasil dari perjanjian perdagangan bebas ini.
Namun demikian, terdapat beberapa pihak di negara kita yang tidak bersetuju dengan perjanjian berkenaan dan mahukan kerajaan menarik diri dari perjanjian tersebut  atau menangguhkan dari menandatanganinya.  Walaupun begitu, terdapat juga pihak di negara kita yang sangat-sangat menyokong perjanjian ini. Akibatnya ramai yang agak keliru tentang adakah TPPA ini baik atau tidak untuk masa depan Malaysia.
TPPA adalah satu bentuk perjanjian bebas yang para penandatangannya (signatorinya) nanti akan berusaha untuk mewujudkan suasana dalam keadaan kegiatan perdagangan dan pelaburan yang merentasi sempadan  negara akan dapat dijalankan oleh syarikat-syarikat perniagaan di semua negara yang terlibat.  Di samping itu, sekatan kepada aktiviti pelaburan dan perdagangan bebas seperti cukai, syarat pengimpotan dan pelaburan serta sekatan bukan tarif lain akan dihapuskan atau diminimumkan.
Persoalannya sekarang ialah apakah perspektif yang patut dilihat oleh seseorang Islam berkenaan perjanjian perdagangan TPPA ini dan juga perjanjian-perjanjian perdagangan bebas yang lain.
Kita semua tahu bahawa dari perspektif Islam, aktiviti  perdagangan dan pelaburan adalah dibenarkan. Perkara ini telah diterangkan dengan jelas di dalam Suraht al-Baqaraht, ayat 275:-
Al-Baqarah ayat 275
yang bermaksud:
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
Rasulullah SAW sendiri semasa hayatnya adalah seorang ahli perniagaan. Bahkan beliau adalah ahli perniagaan antarabangsa kerana pernah berdagang hingga ke negara Syams atau Syria.
Walaupun begitu, kita juga perlu menyedari bahawa terdapat beberapa batasan yang dikenakan oleh Syariah terhadap kegiatan perniagaan ini. Secara umumnya perniagaan yang melibatkan produk yang boleh membawa keburukan kepada masyarakat adalah tidak dibenarkan. Begitu juga jika kaedah perniagaan yang diamalkan adalah bertentangan dengan Islam, kaedah itu juga haram.
Sebagai contoh, kita tidak dibenarkan untuk berdagang barangan seperti minuman keras, dadah, dan majalah lucah serta tidak boleh terlibat dalam perniagaan yang melibatkan kegiatan perjudian dan pelacuran. Kontrak perniagaan juga tidak dibenarkan wujud jika terdapat keadaan atau unsur yang tidak dibenarkan oleh Islam, seperti  monopoli, penindasan dan penipuan yang akan menzalimi mana-mana pihak yang berniaga.
Persoalannya sekarang, adakah TPPA mempunyai unsur yang boleh membawa manfaat atau mudarat kepada masyarakat? Dari satu aspek, oleh kerana TPPA berusaha untuk menghapuskan sekatan kepada perdagangan sudah tentu terdapat unsur bermanfaat di dalamnya.  Apabila TPPAdilaksanakan, cukai kepada kebanyakan barangan import akan dihapuskan dalam pelbagai kategori keluaran. Ini akan menguntungkan rakyat yang akan memperolehi  keluaran yang diimpot pada harga yang lebih murah. Di samping itu, pengguna (konsumer) juga akan dapat menikmati berbagai keluaran bermutu tinggi dari pelbagai negara.
Di bawah TPPA akan berlaku peliberalan (liberalisasi) pelaburan. Oleh itu, pelabur asing akan lebih bebas untuk melabur di negara yang mempunyai tenaga buruh yang mahir dan murah. Sudah tentu ini  termasuk Malaysia. Hasilnya akan wujud peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk golongan muda yang ramai sedang menganggur sekarang. Ini semua adalah kebaikan yang boleh didapati untuk rakyat kecuali jika pelaburan tersebut adalah dalam sektor yang boleh membawa banyak keburukan seperti  sektor perjudian, arak dan hiburan.
Namun demikian, terdapat juga aspek-aspek TPPA yang berpotensi untuk menyusahkan masyarakat setempat. Di antaranya adalah tempoh paten kepada keluaran seperti ubat-ubatan akan ditambah jangka masanya dari 20 tahun menjadi 25 tahun. Akibatnya, ubatan-ubatan yang generik yang jauh lebih rendah harganya tidak akan dapat dibekalkan kepada pesakit sehingga pesakit akan terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan ubat-ubatan yang telah dipaten oleh syarikat-syarikat luar ini.
Di samping itu juga, syarikat-syarikat pelabur akan mempunyai hak untuk menyaman kerajaan yang mengadakan peraturan atau undang-undang yang merugikan pelabur asing dan proses perbicaraan akan dilakukan di luar negara oleh pihak yang berkecuali dan bukan di dalam mahkamah sesebuah negara yang menerima pelaburan itu.
Ini akan merugikan masyarakat dalam beberapa hal. Sebagai contoh, kerajaan negara yang menerima pelabur asing tersebut akan disekat dari memperkenalkan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ahli masyarakatnya seperti dalam pelaburan oleh syarikat rokok dan arak.  Selain itu, kerajaan juga akan disekat dari mengenakan cukai yang tinggi kepada syarikat rokok dan arak ini di masa hadapan kerana dilihat akan merugikan syarikat-syarikat tersebut.
Walau bagaimana pun, dalam masa yang sama peraturan TPPA di atas akan melindungi pelabur-pelabur dari Malaysia yang melabur di luar negara dalam industri yang tidak membahayakan masyarakat kerana kerajaan di negara tersebut tidak akan dibenarkan mengadakan peraturan yang akan merugikan syarikat-syarikat kita.
Satu perkara yang harus disedari ialah apabila terdapat peliberalan dalam perdagangan dan pelaburan, maka banyaklah organisasi yang akan menghadapi tekanan persaingan yang lebih sengit. Akibatnya akan wujud syarikat yang terpaksa ditutup kerana tewas dalam persaingan atau yang kerugian terpaksa memindahkan operasi ke negara lain yang kos tenaga buruhnya lebih rendah. Akibatnya ialah peningkatan kadar pengangguran di negara yang menjalankan operasi di peringkat awal kerana peluang pekerjaan telah hilang.
Sebenarnya fenomena pemindahan operasi dari satu negara ke negara lain adalah lebih serius di negara berpendapatan tinggi seperti negara-negara Barat dan Amerika Syarikat. Ini kerana banyak syarikat di negara-negara tersebut yang akan memindahkan operasi dari negara asal mereka ke negara-negara yang sedang membangun yang menganggotai TPPA untuk menjimatkan kos seperti Vietnam dan negara-negara di Amerika Selatan itu.
Oleh sebab itulah kita dapati penentangan terhadap apa-apa bentuk perjanjian perdagangan bebas  termasuk TPPA juga sangat kuat berlaku di negara-negara membangun seperti Amerika dan Eropah terutama sekali oleh kesatuan buruh serta persatuan industri yang tidak berdaya saing dan oleh itu merasa terancam dalam persaingan antarabangsa. Sebenarnya banyak syarikat yang telah dan akan muflis dan jutaan pekerja telah dan akan kehilangan pekerjaan akibat dari perdagangan bebas antara Amerika dan negara-negara lain.
Hakikat bahawa di antara kumpulan yang paling terkesan secara negatif akibat dari perjanjian ini adalah kumpulan pekerja-pekerja di Amerika menunjukkan bahawa adalah silap jika kita mengatakan bahawa TPPA adalah satu bentuk penjajahan baharu Amerika ke atas negara lain atau penindasan Amerika ke atas negara lain.
Apa yang harus disedari ialah kemuflisan syarikat perniagaan serta pengangguran yang tinggi akibat dari perdagangan bebas adalah sebenarnya hasil dari fenomena `Persaingan Melampau-lampau’ atau  Hiper-persaingan yang sedang berlaku dalam dunia perniagaan antarabangsa. Persaingan yang terlampau sengit ini bermakna mana-mana syarikat yang tidak mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa akan berada dalam keadaan kewangan yang sangat perit dan mungkin muflis bila-bila masa dan pada masa yang sama akan mengakibatkan mereka terpaksa membuang pekerja dengan banyak.
Dua faktor utama yang menyumbang kepada kewujudan Hiper-persaingan ini adalah kewujudan syarikat gergasi dalam dunia perniagaan serta tahap hutang yang terlampau tinggi di kalangan mereka.
Sebagai contoh, berikut adalah beberapa syarikat perniagaan gergasi di Amerika serta jumlah hutang yang ditanggung oleh mereka pada akhir tahun 2012:
SyarikatHutang
Exxon MobilUSD11.5 bilion/milyar/serijuta
Johnson& JohnsonUSD16 bilion
PfizerUSD37 bilion
Philip MorrisUSD 22 bilion
Jelaslah bahawa syarikat yang tersenarai itu bukan sahaja besar saiznya bahkan juga sangat besar hutangnya. Jika mereka tewas dalam persaingan dan tidak berupaya menambahkan pendapatan dari jualan, nilai modal pasaran mereka boleh menjunam jatuh dengan tiba-tiba dan mereka boleh jatuh muflis bila-bila masa sahaja. Akibatnya persaingan di kalangan mereka adalah sangat sengit.
Di bawah pula adalah senarai syarikat pembuat kereta di Amerika Syarikat serta beban hutang mereka:
SyarikatJumlah hutang
Ford Motor Co.USD107.6 bilion/milyar/serijuta
General Motors CompanyUSD18.4 bilion
Honda Motor Co. Ltd.USD62.2 bilion
Kandi Technolgies Group Inc.USD68.7 bilion
SORL Auto Parts Inc.USD24.8 bilion
Toyota Motor CorporationUSD179.6 bilion
Tata Motors LimitedUSD7.8 bilion
Kesemua syarikat di atas sangat memerlukan kepada pendapatan yang tinggi untuk membiayai perbelanjaan perniagaan serta menjelaskan beban hutang yang tinggi. Oleh yang demikian, syarikat-syarikat berkenaan perlu berusaha untuk mendapatkan pasaran dari luar negara. Mereka akan berusaha untuk memasuki pasaran luar dan seterusnya cuba untuk mengalahkan dan menghapuskan persaingan.
Namun demikian, langkah atau strategi yang sama juga dilakukan oleh syarikat-syarikat pembuat kereta lain dunia seperti di Jepun, Korea, China dan juga Malaysia. Semuanya cuba untuk menghapuskan pesaing lain kerana semua dalam keadaan bahaya untuk jatuh muflis akibat beban kewangan yang sangat tinggi. Tetapi untuk menjadi kuat mereka terpaksa menjadi besar dan untuk menjadi besar mereka juga tidak dapat lari dari behutang dengan banyak kerana itulah yang dilakukan oleh pesaing mereka yang lain. Dalam suasana perniagaan seperti ini, kegiatan perniagaan dan perdagangan bukan lagi menjadi penyumbang kepada kesejahteraan hidup manusia. Sebaliknya kegiatan perdagangan menjadi sumber kepada tekanan kehidupan manusia di seluruh dunia, terutama sekali di negara di tempat beban hutang syarikat dan individu adalah tersangat tinggi.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah dalam membicarakan isu TPPA dan perjanjian perdagangan bebas yang lain, permasalahan yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat adalah hanya tanda-tanda luaran, gejala atau simptom  kepada masalah yang lebih pokok iaitu sistem ekonomi yang salah.  Jika kita menyekat perdagangan bebas dari berlaku, tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah, terutama pada jangka panjangnya. Sebaliknya pengguna akan rugi kerana tidak dapat menikmati barangan berkualiti dari luar negara pada harga yang murah. Sebagai contoh, akibat dari sekatan perdagangan, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang mahal, kadangkala puluhan ribu ringgit lebih mahal, untuk membeli kereta yang diimpot dari luar negara. Ini bukan sahaja tidak adil bahkan juga menjadi beban kewangan kepada pengguna dan masyarakat.
Apa yang perlu difikirkan bersama ialah bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dalam jangka panjang.  Satu perkara penting ialah sistem ekonomi  yang mewujudkan suasana dalam keadaan syarikat gergasi yang berhutang dengan banyak bersaing antara satu sama lain hendaklah ditukar kepada suasana dalam keadaan para pesaing adalah syarikat yang tidak mempunyai beban hutang.
Sebenarnya salah satu dari punca utama kepada suasana di atas adalah kewujudan industri hutang yang menggalakkan syarikat berhutang dengan banyak. Industri  hutang sebenarnya tidak dibenarkan oleh Islam kerana ia adalah industri riba.  Amalan riba yang berleluasa di seluruh dunialah sebenarnya yang menjadi punca utama kepada masalah yang kita hadapi sekarang. Oleh itu, dalam konteks perbincangan berkenaan TPPA, langkah penyelesaian kepada masalah yang dhadapi boleh dibahagikan kepada langkah untuk jangka pendek dan langkah untuk jangka panjang. Untuk jangka pendek  kita harus memberi beberapa tekanan kepada kerajaan seperti berikut:
1.              Kerajaan Malaysia hendaklah lebih telus dalam perbincangan mengenai TPPAdan hendaklah membekalkan maklumat kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang dibincangkan
2.              Kerajaan diminta supaya tidak bersetuju dengan apa-apa syarat dalam perjanjian yang mengakibatkan harga barang keperluan mutlak seperti ubatan menjadi lebih tinggi.
3.              Kerajaan hendaklah tidak bersetuju dengan apa jua syarat yang memberikan kebebasan kepada syarikat dalam industri yang merosakkan masyarakat atau amnya bertentangan dengan Islam seperti syarikat judi, arak dan rokok.
4. Kerajaan hendaklah tidak bersetuju dengan apa jua syarat yang mengimplikasikan terhalangnya, apatah lagi terhapusnya,  sebarang dasar tindakan afermatif kerajaan selama ini dan kelak.  
Untuk jangka panjang, masyarakat Malaysia harus sedar bahawa sistem ekonomi perlu diubah supaya industri riba dapat dihapuskan sama sekali. Kerajaan, syarikat dan individu di dalam negara kita hendaklah lari dari sikap suka berhutang terutama sekali dari sumber riba. Usaha untuk mendidik masyarakat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tentang bahaya industri hutang hendaklah ditingkatkan agar satu hari nanti, industri ini akan dihapuskan sama sekali demi kesejahteraan manusia sejagat.
Ingatlah pesanan dari Allah SWT dalam Suraht al-Baqaraht ayat 276
Al-Baqarah ayat 276
yang bermaksud:
“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.” - sumber


Team Profesional VS Team Din Ayam telah bermula!

Apa la nak jadi depa ni. Ingat pengundi tak memerhati ke? Rimas!

Artikel 1

Surat Terbuka Untuk Tuan Guru Nik Aziz 2 - Mohamad Abdullah


Keputusan mesyuarat belum keluar tapi ‘wassup’ dah lima kali pusing dunia mencari sasaran untuk di war-warkan. Siapakah pelaku ini semua? Mereka inilah dari kalangan yang di gelar ulamak dan profesional dalam jemaah yang kita sayangi ini.

Saya menekuni tulisan-tulisan ‘balas’ yang di buat oleh Nasrudin Hassan semalam dan yang terbaru dari Zaharudin Muhammad pada pagi ini. Secara sepintas lalu kedua-duanya seakan memperlekehkan coretan saya buat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz atau bahasa mudahnya, surat saya tersebut tiada nilainya dan ia ‘dibakul sampahkan’ oleh kedua mereka.
Namun tidak mengapa, yang pastinya semua orang baik kalangan ahli dan penyokong PAS mahupun yang bukan dapat melihat satu perkara yang pasti iaitu memang wujud puak-puak atau team yang bercakaran dalam PAS sekarang ini!
Inilah yang di bimbangi oleh saya dan rasanya inilah yang di bimbangi oleh semua ahli dan penyokong PAS dan respon mereka berdua mengiyakan perkara tersebut.
Walaupun saya di tuduh menabur fitnah dengan susunan ayat yang menarik oleh Nasrudin selaku penceramah yang hebat namun dengan penuh rendah diri dan keinsafan saya ingin meminta semua pihak berlapang dada serta membuka minda dan mata dengan seluas-luasnya berkenaan isu ini.
 Yang dikatakan fitnah bertebaran, fitnah makin marak di susuli oleh pelbagai ayat-ayat Al Quran ddan hadis memperingatkan betapa bahayanya fitnah dan celakanya mereka yang menyebarkan fitnah membuatkan semua orang terlupa fitnah yang sebenarnya ialah masalah kedua-dua puak ini!
Baik dari yang di gelar ulamak mahupun profesional. Dua-dua memainkan peranan umpama api dalam sekam, tikam-menikam antara satu sama lain, dalam mesyuarat lain keluar mesyuarat lain pula halnya.
Keputusan mesyuarat belum keluar tapi ‘wassup’ dah lima kali pusing dunia mencari sasaran untuk di war-warkan. Siapakah pelaku ini semua? Mereka inilah dari kalangan yang di gelar ulamak dan profesional dalam jemaah yang kita sayangi ini.
Kalau ada yang melenting marahkan saya mengaitkan Nasrudin dengan Lynas dan juga Nik Abduh dengan gaya hidupnya yang mewah tidak sebanding Tuan Guru, saya pohon kemaafanlah atas teguran tersebut tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak sama sekali secara semborono menuduh atau memfitnah mereka berdua.
Walaupun Nasrudin menaip panjang berjela  akan alkisah kewangan beliau dan betapa sederhananya penghidupan beliau, saya cuma mampu menggelengkan kepala membaca karangan beliau tersebut. Saya tidak menyangka sampai begitu sekali melalutnya beliau bercerita sebegitu rupa.
Bahkan pengakuan beliau jugak membuka pelbagai persolan baru bagi yang tidak tahu dan menimbulkan rasa loya di tekak mereka yang mengetahui cerita sebenar.
Cukup setakat ini berkenaan isu tersebut, insya Allah selepas raya nanti saya  akan berkunjung lagi ke Beserah antaranya bagi menyambung kembali kajian tentang beberapa perkara termasuk berkenaan isu Lynas yang meruntuhkan PAS di sana dan juga isu yang melanda Umno tempohari iaitu isu lembu tetapi bukan NFC tapi lembu korban.
Dan satu lagi saya cuit beliau dengan kontraktor Lynas tetapi di jawab panjang lebar hubungan dengan Lynas. Entahla...
Justeru itu saya sekali lagi merayu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS untuk bertindak segera atas fitnah besar yang melanda jemaah sekarang ini.
Walaupun ada yang mencerca dan memaki saya atas sebab mendedahkan isu ini di khalayak umum tetapi apa pilihan lagi yang saya ada?
Saya sayangkan jemaah saya dan saya tidak peduli dari team mana sekalipun sekiranya bersalah mereka mesti di hukum dan perkara ini tidak boleh di diamkan dan menunggu sahaja perwakilan membuat keputusan pada muktamar.
Alasannya mudah, sementara menunggu sampai masa muktamar kedua-dua team ini akan terus-menerus bergerak mencari pengaruh dan membina kekuatan sendiri dan akan mengeruhkan lagi keadaan dan ukhuwwah sesama kita.
Lihat sahaja ayat Zaharudin yang terbaru ini, jelas beliau bertegas tidak akan berundur dari pendirian beliau iaitu Khalid Samad dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada jemaah. Dan selepas ini Khalid pula mungkin akan bertegas mempertahankan dirinya.
Jadi apa akan jadi kepada kami ahli bawahan ini? Masing-masing akan saling cantas-mencantas antara satu sama lain menjelang muktamar nanti bagi memastikan tiada seteru mereka berada pada tampuk kepimpinan akan datang.
Yang menjadi mangsanya ialah ahli bawahan dan pencinta PAS. Andai kata team Zaharudin yang menang dan menguasai kepimpinan, belum tentu mereka ini betul. Yang betulnya adalah berdasaran kepala otak mereka saja. Begitu jugak dengan Khalid Samad dan pasukannya yang di labelkan sebagai anai-anai, anwarinas, Ikram, JIM dan sebagainya, belum tentu boleh di pakai sebenarnya.
Tetapi yang pastinya kesemua mereka adalah ahli PAS dan wajar kita mempercayai kedua-dua mereka ini mempunyai niat yang sama untuk memperjuangkan dan mempertahankan dasar dan cita-cita PAS. Cuma mungkin cara dan pendekatan yang berbeza.
Di sini perlunya Tuan Guru selaku orang tua parti yang tegas dan berwibawa untuk campurtangan segera memanggil kesemua mereka untuk bersemuka seberapa segera sebelum kawasan-kawasan sibuk bermesyuarat selepas Aidilfitri ini.
Saya mengharapkan agar janganlah kepimpinan membiarkan perkara ini semakin parah. Saya redha di tuduh pembawa fitnah dan sebagainya tetapi Allah Maha Mengetahui niat sebenar saya.
Saya bukanlah membangunkan fitnah yang tidur. Saya cuma menggerakkan orang yang tidur terlalu lena dek kerana kekenyangan berbuka tanpa menyedari api fitnah sudah memakan tilam dan bantal di bawah tiduran mereka.
Saya juga faham besarnya dosa menabur fitnah apatah lagi di malam-malam akhir Ramadan ini tetapi saya berpendirian lebih besar dosa membiarkan fitnah yang membara ini memakan ikhuwwah sesama kita tanpa bertindak apa-apa.
Sama-sama kita berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada kita semua, semoga kita bertemu jalan pulang yang sebenarnya. Andainya setelah di beri nasihat dan teguran ada yang masih berdegil, kita serahkan kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik di sisi-Nya untuk yang terlibat. – 1 Ogos, 2013. - Sumber
VS
Artikel 2

Di Malaysian Insider, kempen pemilihan PAS bermula


Mohamad menjadi sasaran kempen anti-Syiah yang mula berlangsung dengan agresif (yang turut mendapat respons Amin melalui tulisan terbaharunya), kempen yang dilihat berpotensi menjejaskan kedudukan beliau dalam pemilihan akan datang.


Kempen panas pemilihan kepimpinan PAS yang bakal berlangsung November nanti mula kelihatan dengan jelas di portal berita Malaysian Insider, dengan tulisan-tulisan yang negatif terhadap pemimpin-pemimpin mewakili kem ulama PAS.

Beberapa tulisan disiarkan portal itu meningkatkan dengan dramatik perhatian terhadap kem ulama dalam PAS, yang berdepan kempen negatif yang hebat sejak Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Tulisan wartawan Amin Iskandar, tentang apa yang disifatkan sebagaipengaruh menantu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Zaharuddin Muhammad memulakan kempen yang tidak berselindung lagi untuk meletakkan kelompok ulama dalam keadaan defensif.

Tulisan itu, yang membandingkan hubungan Zaharuddin-Abdul Hadi dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar-Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa satu isu yang dibawa penentang kem ulama kepada umum dengan jelas, isu yang bakal memanaskan suasana muktamar PAS nanti.

Zaharuddin membalas dakwaan wartawan tersebut, yang kemudian dilapor secara negatif oleh akhbar itu sebagai "beliau menggangap dirinya penyelamat PAS."

Tulisan Amin itu turut diiringi dengan dua surat terbuka untuk Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menggunakan nama Mohamad Abdullah yang membuat dakwaan-dakwaan serius terhadap pemimpin-pemimpin Pemuda PAS, yang sering dikaitkan dengan kecenderungan mesra Umno oleh penentangnya.

Antara dakwaan yang dibuat dalam surat pertama itu termasuk menerima dana daripada pihak yang terlibat dengan Lynas dan "membeli tanah secara tunai."

Surat tersebut mencetuskan respons keras pihak yang disasarkan ekoran dakwaan-dakwaan serius yang sengaja diutarakan tanpa menyebut sebarang bukti, malah melibatkan ayat yang kabur seperti, "Mujur Umno tidak terbau isu pembelian hartanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar."

Penulis surat terbuka itu menyambung dakwaan-dakwaannya terhadap pemimpin Pemuda PAS dalam surat kedua, yang termasuk anak kepada Nik Abdul Aziz, Nik Abduh sebagai menjalani kehidupan mewah.

Bagi sesetengah pihak dalam PAS, Malaysian Insider dan portal media liberal lain dianggap mewakili kelompok penentang ulama, dengan memberi ruang dan liputan positif terhadap pemimpin-pemimpin terbabit.

Dalam kalangan Pemuda PAS, yang menjadi sasaran tulisan-tulisan tersebut, wujud spekulasi mengaitkan kempen ini dengan sumber dalaman PAS, malah menganggap sumber tersebut mendorong penerbitan artikel mengenai Zaharuddin - yang selama ini hanya bahan gosip di blog dan laman sosial - dan turut didakwa menulis sendiri surat terbuka tersebut menggunakan nama samaran Mohamad Abdullah.

Turut dikaitkan ialah Mohamad Sabu, timbalan presiden PAS yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Amin ekoran persamaan aliran dalam politik.

Mohamad menjadi sasaran kempen anti-Syiah yang mula berlangsung dengan agresif (yang turut mendapat respons Amin melalui tulisan terbaharunya), kempen yang dilihat berpotensi menjejaskan kedudukan beliau dalam pemilihan akan datang. - sumber

Mesir. Pesan dari Medan Nahdhah - Kami akan kekal disini!


“Aku akan kekal disini... Tidak ada yang dapat mengalahkan org yg mencintai kematian! “

“Dan jika dg izinNya dicatat kematian utk kami, mk kami akan mati sbg syahid”

“Kami akan berada disini hingga mau datang menjemput, melainkan Dr Mursi kembali, dan beliau akn kembali insya Allah”

“Mereka menyangka kami akn bosan, namun Alhamdulillah nafas kami masih panjang”





Kelantan. Negeri PR ke3 buat hal!



Kelantan sedia RM2.2 juta untuk bonus raya


KOTA BHARU: Dengan kemampuan yang begitu terhad, kerajaan Kelantan dapat menunaikan tanggungjawab untuk memberikan bonus Aidilfitri tahun ini kepada kakitangannya dengan kos keseluruhan RM2.2 juta.

Sumbangan Aidilfitri di bawah Skim Bantuan Khas itu bakal diagihkan sebelum Aidilfitri ini bagi memberi keselesaan pada kitangannya untuk menyambut hari raya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan itu juga selaras dengan kerajaan Pusat yang telah mengumumkan untuk memberikan bonus Aidilfitri pada kakitangannya beberapa hari lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau menambah, sumbangan itu juga bakal dinikmati oleh kakitangannya yang telah pencen, sebanyak RM250 seorang.

Pada masa yang sama beliau berkata, kerajaan negeri turut meluluskan penubuhan majlis penempatan pelantikan dan pertukaran kakitangan awam kerajaan negeri Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju meletakkan kakitangan awamnya bertugas berdekatan di kediaman masing-masing demi untuk mewujudkan suasana kekeluargaan.

“Kita tidak mahu isteri bekerja di Kuala Krai, suami di Kota Bharu, suami terpaksa keluar awal pagi sekiranya tinggal di Kuala Krai.

“Kerajaan negeri sedar ianya bukan suatu perkara yang mudah, tetapi akan cuba diusahakan untuk kebaikan keluarga contohnya pertukaran suka sama suka atau wujudkan tugas baru,” ujarnya.


P/S: Alhamdulillah. Tindakan PAS Kelantan perlu untuk mengembalikan kredibiliti PAS menjelang PRU14. Kedah dah tak boleh nak di harap. Dulu habaq tak mau dengaq. La dah terkulat-kulat! 

Khalid Ibrahim buat hal menjelang Idilfitri!



Had Kelayakan MES Kepada Pendapatan RM 3,000 Ke bawah Usaha Proaktif Bantu Rakyat


MB jom shopping 31 jul 01
SHAH ALAM 31 JULAI : Keputusan Kerajaan Selangor memperluaskan skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada keluarga berpendapatan RM 3,000 dan bawah dapat membantu mengurangkan beban golongan sederhana rendah yang semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.
Menurut pegawai perundangan swasta, Haiza Hamid, 34, usaha itu merupakan tindakan yang bijak Kerajaan Selangor untuk menjaga kebajikan rakyat.
“Ini adalah usaha yang bagus walaupun angka RM 3,000 itu nampak besar, tetapi dengan keadaan kos hidup yang semakin meningkat, bantuan itu tentunya akan dapat membantu meringankan beban rakyat.
Haiza MES 3000 01
“Sekurang-kurangnya kita akan ada duit tambahan untuk perkara-perkara kecemasan seperti anak sakit di tengah malam untuk pergi ke klinik dan hal-hal yang mendesak diluar jangkaan,” kata beliau.
Bagi seorang lagi pegawai eksekutif Amir Hamzah Amha, 35, usaha itu satu tindakan proaktif yang perlu dipuji dan merupakan satu usaha perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat.
“Umum sedia maklum kos kehidupan kini bukan sahaja membebankan mereka yang miskin, malah golongan pertengahan juga turut merasai keperitan tersebut.
Shahril MES 3000 02
“Langkah ini memastikan bahawa kekayaan negeri turut dirasai oleh lebih ramai Rakyat. Tahniah kepada PR Selangor dan teruskan agenda kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” kata beliau dalam satu tinjauan wartawan TVSelangor/Selangorkini.
Sebelum ini, Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, keluarga yang berpendapatan RM3,000 dan bawah akan mula menikmati skim-skim MES seperti bantuan yuran taska, tadika dan hadiah anak masuk universiti.
Dasar memperluaskan kelayakan menerima bantuan MES ini bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari kemakmuran ekonomi Selangor.
Pada ketika ini kebanyakkan program MES hanya untuk keluarga yang  pendapatan isi rumahnya RM 1,500 dan ke bawah.
Peniaga Shahril Mutel, 30, berkata kenaikan kos barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat membuatkan gaji RM 3,000 susut nilainya berbanding dahulu.
P/S: Teruskan Khalid! Jangan peduli walaupun depa kutuk hang gagap! hahaha!

Lim Guan Eng pun 2 x 5!

Punca siri tembakan kebelakangan ini ditemui?

Jom fikir sama-sama!

Cadangan perkenal semula ISA perlu dibincang - Bernama



Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenal semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang  dimansuh tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.
Beliau berkata, kadar jenayah yang meningkat memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA serta kerajaan perlu mewujudkan langkah terbaik bagi menanganinya.
Katanya, cadangan memperkenal ISA harus dikaji dan dibincang semua pihak kerana jika keselamatan negara terjejas, ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan sektor pelancongan.

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut, hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang dibebaskan. - Bernama, 31 Julai, 2013.

P/S: Apakah sedang berlaku silapmata?