Sedari kuasa kita!
Pengikut
19 April, 2009
Bahana dato' meghelit! Pueh le ati kome!
Pagi ni aku bawak anak aku ke klinik di kuale. Anak aku yang second sakit perut. Ntah apa benda yang dimakannya semalam aku pun tak tau. Semalam aku bagi pil chi kit teck aun satu sachet ada le kurang sikit sakit perutnya.
Selesai rawatan, lecturer aku (bini aku) ngajak ke lembah. “nak beli barang sikit” katanya. Musin-musin di lembah cari parking tenampak pulak kat tebing sungai perak macam ada temasya. Ada le lima enam puluh orang yang berdiri di tebing sungai tu. “Apa kehei tu? Aku tanya bini aku. “Abang tak tau ke ari ni ari jadi seghotan?”. “Ntah, abang tak ambik pot pun” kata aku. Sambil mencari parking tenampak pulak Berita Hairan tergantung dengan tajuk besor ‘UMNO MUNGKIN TIDAK BERTANDING DI PENANTI’. Hmmm.. lantak le kome nak kabo apa pun.
Aku nengok penguatkuasa kulu-kelo nyaman kete tak pamer kupon parking. Ari jadi seghotan pun nak nyaman jugak. Mesra rakyat le sekali-sekala. Stret la konon. Buat keje tak pakai otak langsung! Udah sesak bebenor gamaknya majlis daerah nih!
Balik ke rumah kat tepi jalan tejumpa kawan aku. “Kome tak nengok aghi jadi seghotan ke?” aku saje nanya. Kawan aku sambil juihkan muncungnya jawab “lantak le ari jadi ke, anak seghotan kawin ke, apa kebendake, maleh aku nak campor, buat keghojer aku lagi baguih!”
Otomatik aku teringat ayat ni yang aku ambik dari Laman Marhaen,
"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
Ntah le apa nak jadi dengan negeri aku ni, aku pun tak dapat nak agak dah! Pueh le ati kome yang buat hal ari tu. Seghonok le kome. Dapat Dato’ Seri ari ni iye! Kalau dapat Dato’ Meghelit lagi baguih!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
aghi jadi seghotan, oghang semua berjalan. ada yang melancong ke negeghi lain. seghopa macam coti ahad biasa, beza cuma esok coti satu haghi lagi.
Pawang Menilai.
Bila bapa kenduri anak anak semua hendaklah dipanggil dan anak anak hendaklah tahu.Kebahgian bapa atas permuafakatan anak anak .
Pilih kasih dan menyisihkan anak yang tidak disukai akan membatalkan kuasa bapa kepada anak ,ia umpama layang layang putus tali dan akan menuju arah angin bertiup .Bapa hanya untuk melahirkan aku kedunia.Adakah kerana nafsu atau kerana Allah Taala ? Jika niat itu baik beberkatlah anak itu.
Kami adalah manusia mempunyai harapan dan aspirasi yang sama untuk keadilan.Permainan ini bukannya permainan wrestling, walaupun teruk dibelasah ’last minute pinned down” dikira pemenang.Aku suami....... aku menteri..... aku Panglima .... siapa engkau.Masa berubah keadaan berubah dan dipersetujui kalau berdiri tak setapak tak sama yang dinampak.Alfatihah.
Catat Ulasan