Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

28 April, 2009

Berita gumbira! (gumbira sikit)

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry PUTRAJAYA, 28 April (SK) : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah. Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat. Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry. Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei. Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri. http://www.suarakeadilan.com

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Citer ni kalau tampal satu pekan Ipoh cantek nih! Sorang tunggu kat pintu masuk bangunan SUK pepagi. Bila staff masuk keje bagi sorang satu!

Tanpa Nama berkata...

hu huuu...bestnya....mat Zambri Abdul Kadiag terkonteng konteng la jwbnya....MB perak yang tarafnya macam ketua kelas darjah satu je.

Tanpa Nama berkata...

Speaker boleh arahkan kerusi MB simpan dalam stor sampai kes ni setel kot? lepas tu meja untuk MB pagar dengan kawat duri! kalau zambri nak duduk jugak standby je kerusi plastik kenduri dengan meja lipat beli kat Tesco! huh! cantekkkkkkk!