Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

23 April, 2009

Berebut pulak dah ! ! !

Hari ni anak aku yang darjah 2 keluar pukul 12.30. 12 suku aku dah terpacak kat sekolah. Tak lama nampak Pak long orang kuat PAS kat kampung. Ambik cucu dia yang darjah 1. "Pak Long!! maghi ler sini nyembang!! jerit aku.. Pak Long jerit balik kat aku "Moh ler caghi tempat ghedup sikit, kamu tak nampak ker paneh cheghongen nih" Dah dapat port cantik aku nanya Pak Long "Pak Long! apa tajuk utama blog2 Pakatan Rakyat ari ni!!?" "Huhh! aku udah getik!! jawab Paklong sambil mulut tejuih. "Getik apanama pulok Pak Long, selalu Pak Long yang bekabor saya kalu ada citer-citer baghu" aku jolok. Balas Paklong "Aku ni getik campor tak gemor, tak gemor sikit, getik tu banyak benor!!" "Ngaper pulok!!?" jolok lagi. "Hal penanti ni ha.. udoh tau kawasan tu PKR punya apa pasei pulok PAS Permatang Pauh sebok benor ndakkan kawasan tu. Malu aku pada kamu. Dulu kamu ngater aku maghah. Ini dah kena ataih batang idung aku oghang PAS. Kalu ghoper ini baik aku jadi macam kamu, sokong Pakatan Rakyat tapi parti tak mandang (tak ada). Dulu aku kabor kamu PAS baguih. tak kencin kawan, warak, keghojer keghaner Allah, berkhidmat kepader rakyat!.. Ini dah tau kawasan tu ada potensi menang udah gelap mata tebayangkan kuasa" jawab Pak Long tanpa wakaf. "Ater, Pak Long kabor ler deme, meghungut pada awok (saya) bukan jadi aper" aku jawab hati-hati. "Kamu tak tau, kamu bukan oghang PAS, yang senangnyer kalu aku jumpa oghang yang becakap tu sensoghang aku bagi penampor sedas, tolo tak tentu hala. kalu ndakkan kuasa sangat pegi ler ke kawasan yang umno menang masa PRU12 dulu, kempen pelan-pelan, cukup masa PRU masuk jadi calon, ada ler juger pekdahnyer!!" Huh, kalu kena penampor Paklong tak tau ler apa aku nak cakap...., ibu jari tangannyer sama besor dengan ibu jari kaki aku...... Kalu aku yang kena gerenti melekat kat dinding mural sekolah ni......! jadi satu keghojer pulak oghang nak cungkil aku keluor!... "Kalu deme teruskan juger niat deme tu, ngundi akan datang ni aku ndak duduk di ghomah aje. Letih dah aku bekejor sana sini nolong deme!!..." huh!! tak abih lagi Pak Long nak bekabo ghoper nyer!... Kriiinnnnnngggggggg!!!! loceng sekolah waktu bersurai berbunyi... "Ok Pak Long, awok nak nengok anak kejap, kaghang meto pulak dia mencaghi awok. esok kita sambung ceghiter lagi!!..... Assalamualaikum!!!.."

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamua'laikum....

Paklong...cuba kita bawak bersabar...sebenornyer bukan org pas gila kuasa dan harta atau pangkat..

cuba paklong pikior tgk..

PKR..tak salah kita bekerjasama ngan depa. Dan tgk matlamat perjuangan depa, dan bandingkan dgn perjuangan PAS.

PAS letak calon bukan kerana nak bertelagah...tp..cuba kita pikior positif dan kerana Allah..

Klu org PAS sanggup letak calon ini bermakna calon tu berani dan sanggup memikul tanggungjawab dan amanah serta berjuang nak tegak hukum Allah.

Tak jadi masalah pun kalau letak calon apa-apa parti...yang penting lepas pilihanraya terima aje siapa yg menang.

jgn kita anggap bila letak calon dari pakatan (samada PAS, PKR atau DAP) kita nak bergaduh sesama kita dalam pakatan, pikior positif yeop.

Teman ni...belah sana idak....belah sini idak...bg teman ISLAM AJAR TEMAN JGN CEPAT PRASANGKA KERANA PRASANGKA ITU KRISIS DIRI YANG KITA CIPTAKAN, YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA MEMUTUSKAN TALI SILATURRAHIM SESAMA MANUSIA.

BAGI TEMAN YANG PENTING NAK TEGAK AGAMA ALLAH AKAN TERLAKSANA.

KLU PAKLONG MASA PRU13 NANTI NAK DUK RUMAH DAN TAK NDAK NGUNDI...NANTI DITANYA KETIKA DIALAM BARZAKH NGAPE BIORKAN ISLAM TAK TERTEGAK KAT NEGARA KAMU? TAKKAN NAK JAWAB MALAS LE SEBAB DEME SEMUA SUKA BERTELAGOH NAK REBUT PANGKAT.

BAGI TEMAN..ISLAM AJAR TEMAN KENA BERBUAT BAIK PADA UMNO KE...PAS KE...PKR KE..DAP KE..TAK KIRA INDIA, MELAYU, CINA ATAU APA BANGSA PUN SELAGI MEREKA TAK ANGKAT SENJATA NAK MEMERANGI KAMU KERANA AGAMA SELAGI ITU KAMU KENA BERBUAT BAIK PADA MEREKA KECUALI ORG YAHUDI YG TELAH ALLAH SEBUT DALAM QURAN.

PawangKolah berkata...

Pawang Kolah.(2)

Tengok kawan kawan dah mula bersembang teringin nak kacau daun.Pandangan dan teguran isi hati bagus untuk renungan pemimpin atas kerusi.jangan lupa tugas kita masih kena hantar dan ambil balik anak dari sekolah,tiada drebar atau penolong peribadi untuk membuatnya.
Manusia akan cuba mendapat kuasa berbagai cara.Ini dinamakan political sains.Ada yang boleh menguasai tempatan, negeri dan persekutuan.Strategi mesti tepat ,permuafakatan mesti ada dan berterusan. Bercerai roboh bersatu teguh.Kekuatan 50 tahun pun boleh roboh inikan pula baru satu tahun, banyak lagi yang perlu dipelajari.Kalau kail sejengkal jangan laut dalam hendak diduga.
Kekuatan bermula dari akar umbi dan bermula dari bawah,tingkat demi tingkat perlu diperkukuhkan.Bersatulah dan bermuafakat .Biarkan orang kampong bercakap sesama sendiri tapi dengarlah mungkin ada yang boleh dipelajari ,untuk kami hendak menjadi gembala kambing pun susah. Janganlah berangan , sebab sekarang ini telah banyak yang cenderung untuk jadi calun BEBAS.Kalau duit lebih boleh tolong kawan kawan yang tak kahwin tolong belanja pergi meminang.Ini juga ibadat?.

anakKedah007 berkata...

PAS Permatang pauh nie memang camtu.. semangat mengalahkan zaman sahabat sampai apa org buat tak kena depa saja yg kena...

satu ja aku nak cakap dekat Puak PAS yg perangai macam nie... pie bagi naik dulu UNDI MELAYU baru hangpa berangan nak sembang besaq... org pangkah hangpa pon bukan kerana PAS tapi kerana org meluat kat BN/UMNO itu saja... andai kata BN/UMNO dah makeup balik parti depa segak2 mampuih la hangpa macam kat Bukit gantang tempohari...

jadi UKUQ EKOQ kat PUNGKOQ sendiri laa dulu...