Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

09 November, 2009

Anwar dijangkiti penyakit Hj Hadi?

cilok dari Tukar Tiub. TINGALKAN PKR JIKA TIDAK MAHU IKUT DASAR: ANWAR - melayau Anwar Ibrahim hari ini memberi dua pilihan kepada pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan. Penasihat PKR itu berkata beliau sedia menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan anggota yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan parti. "Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” katanya ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam ini. Katanya, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti. "Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” katanya. P/S: Setau aku, ramai anggota parti mahukan pemimpin ditukar kerana ramai pemimpin tidak mengikut dan melaksanakan dasar yang ditetapkan malah terus berfikir dalam kerangka UMNO! Ni mesti agenda nak menyingkirkan pelapis baru yang mengancam kedudukan orang lama!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tamatkan riwayat PR!