Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

11 November, 2009

Prihatinnya PKR letak calon!

Semasa PRU 12 dulu, PKR meletakan calon Parlimen Kuala Kangsar orang Tambun. Calon bagi DUN Chandan pulak kalau tak silap aku orang Gopeng (kalau salah tolong betulkan). Tanya Simpang Penaga kat mana, tak tau. Tanya Senggang kat mana, tak tau. Tanya Talang kat mana, tak tau. Kalau nak tau pun mungkin Sayong pasal tempat industri labu. Ditakdirkan Allah depa kalah. Sampai sekarang tak nampak muka kat Kuala Kangsar. La ni aku dengar bakal calon untuk PRU-13 masih orang yang sama dengan sedikit penambahan calon spare Puan Fathmawati orang Gopeng. Apa? Kuala Kangsar ni tak ada calon yang layak ke? (Ni soalan untuk DSAI dan Pengarah Pilihanraya negeri) Pada akulah, kat Kuala Kangsar ni bersepah ahli PKR yang boleh dijadikan calon. Ibarat kena selak calon untuk cari pengundi. Mungkin AJK-AJK kat cabang Kuala Kangsar majoriti bukan asal orang tempatan yang menyebabkan perkara ni berlaku? Entahlah. Aku malas nak ambik pot. Untuk PRU 13 nanti. Aku mintaklah boleh atau tak boleh bubuhlah orang tempatan untuk jadi calon Parlimen dan DUN. Aku boleh tolong kempen. Kalau taruh orang luar aku boleh tolong kempen jugak. KEMPEN BAGI KALAH!

3 ulasan:

perakkome berkata...

yang bertanding di DUN Bukit Chandan adalah Ustaz Zulkifli Ibrahim PKR TAMBUN juge...
merayap ke tempat orang..

A Mum Of Three Mohd berkata...

Salam Yop Sniper,

Orang luor nak bertanding boleh jugak tapi sebelum di'finalize'kan kena orientasi dulu.

Lepeh tempoh orientasi,kita uji dia dulu dekat UREKA.Panggil rakyat ramei-ramei 'belasah'dia dengan pelbagai soalan maut.Tanya ler apa komer nak tanyer.. Uji ler apa komer nak uji. Tengok orientasi yang dilaluinya berkesan atau tidak. Kita tengok daya tahan dia menghadapi kemusykilan daripada rakyat KK.Kita tengok kemampuan dan keikhlasan dia.

Jika dia lulus ujian dan tahap piawaian yang ditetapkan oleh rakyat KK....baru boleh dipertimbangkan untuk menjadi calon DUN ke Parlimen bagi Kuala Kangsor.

Tapi.. teman rasa orang tempatan pun kita kena buat ghoper itu. Baru kita tahu demer lulus dan lepeh tahap piawaian kita.

Kalor kita dapat dua calon yang lulus piawaian kita... kita bawa dua-duanya untuk sesi dialog. Bior demer berdebate.Kita tengok pulak kebolehan demer berdebate dan berdialog menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Lepeh tu... terpulang ler kepada orang KK, sapa yang komer nak pilih!!!

Ketuanan Rakyat... so, bior rakyat yang tentukan.

Peranan parti... cuma hantor calon untuk menjalani orientasi bersama rakyat tetapi RAKYAT yang buat pilihan BUKAN PARTI.

Amacam Yop... ok??

TheSniper berkata...

M3m,
Aku dak kabor Dekan UREKA.