Sedari kuasa kita!
Pengikut
14 November, 2009
Taktik yang sedang diguna oleh UMNO!
Dalam peperangan, perisik barisan hadapan akan membuat kerja lapangan merangkumi:
a. Tempat Stratejik.
b. Keadaan cuaca.
c. Populasi Penduduk.
d. Pekerjaan penduduk.
e. Tahap kerja sama penduduk.
f. Kelemahan penduduk.
g. Kekuatan pertahanan pihak lawan.
h. Dll (he he. tak leh bagitau suma)
Apabila balik ke pasukan tentera akan membuat persiapan dari segi persenjataan, latihan penyesuaian, menambah bilangan untuk menentukan kuasa yang mencukupi untuk memenangi serangan berpandukan maklumat awal yang diperolehi seperti di atas.
Dalam peperangan BN (baca: Umno) VS PAKATAN RAKYAT. Persiapan Umno untuk menang perang melawan PR sebenarnya masih tidak mencukupi. Apa yang dilakukan oleh Umno sekarang adalah taktik yang diberi nama 'taktik mengharukan musoh'.
Daripada maklumat yang diperolehi seperti di atas, Umno sedang mengasak di sudut (f) iaitu kelemahan penduduk.
"Kelemahan Penduduk" yang ada pada PR ialah:
a. Mudah layu dengan momokan'Melayu' dan 'Islam'.
b. Mudah layu bila kesempitan kewangan.
c. Mudah tergoda dengan pangkat dan jawatan.
d. Mengutamakan kelompok sendiri samada antara parti atau kelompok sendiri di dalam parti.
e. Pemimpin tak berupaya untuk mengubah konsep berpolitik. Masih lagi menggunakan konsep politik sebagaimana yang digunakan Umno.
f. Strategi politik masih meneruskan tradisi datang dari atas dan bukan dari akar umbi.
g. Pemimpin masih tidak keluar dari kepompong pemikiran bahawa orang bawah adalah lemah/tak tau apa-apa.
h. Kepentingan peribadi diutamakan bukannya kepentingan parti. Contoh:
(1) Anwar tidak berusaha mencari barisan pelapis yang boleh meneruskan idea beliau. Mungkin tidak mahu impian beliau untuk menjadi PM terjejas!
(2) Hj Hadi masih tidak mahu meletak jawatan sebagai presiden PAS walau diasak dari segenap penjuru. Mungkin sayang melepaskan keselesaan yang beliau nikmati sekarang!
Sekiranya Pakatan Rakyat mampu mengatasi kelemahan2 ini, Insyaallah, PRU-13 milik PAKATAN RAKYAT!
P/S: Ahli2 PAS dan PKR jangan marah! Pandangan ini hanya berdasarkan apa yang aku nampak!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan