Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

03 Jun, 2012

UMNO. Parti kentot tak ngaku!


Sape Kentut Dalam Teksi..

Pada suatu hari dan suatu ketika yang tidak pernah diberitahu tarikh dan masanya terdapat sekumpulan anak muda menaiki sebuah teksi. Tak tau lak dari mana dan ke mana.....
Tiba2 salah seorang dalam teksi tersebut mengeluarkan angin amat busuk tapi dia memakai SILENCER, tak bunyilah maksudnya tu.....

Pemandu teksi bersuara "sapa yang kentut ni...???" Masing2 tidak mahu mengaku.......
Tiba tempat yang di tuju, semua kumpulan anak muda tadi semua turun....pemandu teksi tadi mengutip semua tambang dari setiap orang...dan kurang seorang tidak membayar, lalu pemandu teksi bertanya pada pemuda tersebut "Kenapa awak tak bayar lagi...????

Pemuda tu menjawab "Saya dah bayar pada YANG KENTUT tadi..."
Pemandu teksi menjawab "Bila masa awak bagi tambang kat saya.....?"
Pemuda tersebut ketawa terbahak2 sambil menghulurkan tambang dan berkata "Ooooooooooooo......jadi AWAK sendirilah yang kentut tadi yek...hampeh punya pemandu teksi....tak ngaku....."
Pemandu teksi tersebut tersengih pucat dalam KEMALUAN yang amat besar........heh...heh....





Bukti Penghinaan UMNO and the gang terhadap Raja-Raja Melayu

 Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia.  Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang  ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja  Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”. Sebenarnya  pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu.

Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974  Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Datuk Seri Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4.1983  Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.Pada  tahun 1991 dalam  Persidangan Agung Umno,  Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta  harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?



P/S: Haa! Nizar komplen pasal plet kete UMNO bising! Depa hina (bukan komplen) kalau boleh nak sapu bawah carpet! Kentot punya olang!

Tiada ulasan: