Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

08 Jun, 2012

VIP dan VVIP yang memualkan!

oleh: Jasmine C

Alih Bahasa dari tajuk asal:  Be "Rakyat Centered"

Di dalam majlis parti politik, samada majlis biasa atau majlis makan malam, ia adalah begitu umum untuk melihat bahawa semua orang mahu dilayan seperti seorang VIP. Ini benar-benar menjelekkan saya. Mengapa perlu wujud ruang-ruang berasingan yang dilabel sebagai VIP dan VVIP. Mengapa tidak boleh orang hanya duduk di mana mereka mahu duduk? Kita memberi jemputan kepada orang ramai untuk menghadiri majlis makan malam politik dan kita memberi layanan yang berbeza kepada tetamu-tetamu kita.

 Pernahkah kita terfikir bagaimana orang akan merasa? Mengapa tidak boleh pemimpin dalam parti-parti politik duduk dan bergaul dengan orang ramai? Pada semua majlis politik yang saya hadiri, ini adalah pandangan biasa yang terlihat. Kerajaan BN memang biasalah! masalahnya Pakatan Rakyat juga mengamalkan perkara yang sama.

 Pakatan Rakyat berkata bahawa mereka mahu berkhidmat Rakyat, tetapi mereka tidak boleh meninggalkan meja VVIP mereka dan duduk bersama Rakyat dan makan bersama mereka. Jika anda pemimpin PR tidak boleh meninggalkan kebanggaan VVIP anda dan duduk bergaul dengan rakyat, ini benar-benar menunjukkan bahawa anda sebenarnya bukan berjuang untuk Rakyat!

 Ada yang mengatakan ia adalah protokol. Persetan dengan protokol! Lontarkan ke longkang semua protokol dan jadilah pemimpin tulen sebagaimana anda war-warkan dalam ceramah politik anda setiap malam! .Jadilah seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat. Inilah jenis pemimpin yang kami mahu! Ingat! Kami yang memberikan undi kami kepada anda semua! tetapi cara anda semua yang mengekalkan protokol seperti kita masih lagi terjajah benar-benar memualkan kami dan pengundi-pengundi baru!

 Adakah anda pemimpin apabila duduk dan makan di meja VIP dan VVIP , benar-benar menyelami hati Rakyat yang telah datang ke majlis itu? Anda membuat mereka datang dan membeli tiket hanya untuk melihat anda mengasingkan diri?. Jika Rakyat tidak datang dan berada di situ taraf VIP dan VVIP anda hanya setaraf anjing kurap!? Ada anda pemimpin berfikir tentang hal ini? Pernah berterima kasih kepada Rakyat untuk kehadiran mereka yang datang dan menyokong anda?

 Saya hanya berharap pada masa akan datang bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan menjadi lebih sensitif terhadap Rakyat. Semua jadual hendaklah mengikut menu yang sama. Tidak wujud lagi meja VIP dan VVIP mempunyai menu yang berbeza daripada kami! VIP atau VVIP sangatkah anda sebagai pemimpin? Rakyat harus dilayan dengan maruah dan rasa hormat. Kami Rakyat meletakkan anda sebagai pemimpin untuk melayani kami. Para pemimpin adalah untuk berkhidmat kepada Rakyat dan bukan Rakyat yang berkhidmat kepada pemimpin. Rakyat adalah bos! Berhenti berlakon di dalam perlakuan anda!

Bukan hanya bergaul dengan pengundi untuk menunjukkan kononnya anda mengambil berat dan melakukan sesi bergambar kononnya anda bersama rakyat! Kami memehati perlakuan anda! Kami tahu adakah anda bersikap tulen atau hanya sekadar berlakon!. Bagi saya, seorang pengundi India, terdapat seorang pemimpin yang menarik perhatian saya! Dan orang itu tidak lain tak bukan ialah MB Perak yang sah iaitu Dato 'Seri Nizar Jamaluddin!

Jika pemimpin dari Pakatan Rakyat boleh mengikuti jejak langkah cara beliau melayani dan bercampur dengan Rakyat dari latar belakang yang berbeza, kita akan mempunyai lebih banyak pemimpin yang secara automatis dihormati!

 Terdapat satu kisah majlis makan malam di sebuah hotel di Ipoh, semasa acara jamuan bermula, Dato Seri Nizar bergegas ke tempat makanan yang disediakan secara bufet seterusnya duduk di meja lain dan meninggalkan makanan yang telah dihidangkan di atas meja yang dikhaskan kepada beliau! . “Menu yang sama adalah untuk semua” katanya.
Dato’ Seri Nizar rela menurunkan tarafnya dan bercampur dengan semua!. Itulah jenis pemimpin yang kita kami mahu!

Beliau adalah seorang yang disayangi dan dihormati tidak mengira parti dan kaum di Perak!. Setiap kali saya menghadiri majlis di mana Dato Seri Nizar Jamaluddin adalah tetamu, dia akan memastikan cara dia menyambut anda seolah-olah anda adalah tetamu. Dan perkara yang paling mengharukan adalah dia ingat nama anda! Watak tulen Dato Seri Nizar yang itulah yang menawan. Cara dia bercakap, cara dia merendah diri dan  amalan sikap sebagai seorang Islam yang tulin ini adalah kualiti yang benar-benar kita perlukan untuk wujud dalam semua pimpinan  Pakatan Rakyat!.http://mediaperak.com/2012/06/08/be-rakyat-centered/

Tiada ulasan: