Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

06 Jun, 2012

WWW1: Apa pendirian Pas?

Oleh: MSK

Sejak tercetus isu WWW1 yang dihangatkan oleh Tweet DS Nizar Jamaludin, ternyata tidak ada satu pendirian kukuh dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kebanyakan kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil sikap berdiam diri apabila stu-satu isu itu melibatkan Raja-Raja Melayu, mungkin kerana takut atau mungkin kerana ia dianggap terlalu sensitif.

Isu WWW1 juga melihatkan bagaimana sikap pemimpin dalam menangani sesuatu isu. Tidak ada kenyataan dari PKR atau DAP sama ada menyokong atau menentang Nizar. Masing-masing menganggap ini masalah Nizar, bukan isu rakyat.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub bukan sahaja menjauhkan diri dari isu ini, malah menempelak DS Nizar yang dikatakan menjejaskan hubungan parti dengan istana. Boleh baca disini.

Johor-born PAS vice-president Salahuddin Ayub said he was disappointed that the incident had put a dampener on the party’s long-standing good relations with the royalty.

Dimana salahnya kenyataan Nizar? Apakah kerana ia melbatkan Raja maka ia salah walaupun apa yang diucapkan itu benar? Atau mungkinkah kerana kenyataan itu menyebabkan peluang untuk Salahuddin Ayub menjadi Menteri Besar Johor semakin pudar?

Pesuruhjaya Pas Johor lebih teuk dalam kenyataannya. Dan kalau inilah sikap kepimpinan Pas Johor, apakah yang boleh diharapkan dari kepimpanan macam ini?

Johor Pas commissioner Datuk Dr Mahfodz Mohamed said it was the sultan’s right how he led his life and the people should not question it.

“We, as the people, have to respect that and need not comment on such matters. The ruler knows what he is doing. Again, we have to respect him because he knows more than us.”

Salahuddin Ayub sepatutnya memperjuangkan hak rakyat Johor dulu, bukan memperjuangkan peluangnya untuk menjadi Menteri Besar Johor. And..Come on Dr. Mahfodz.say something better a.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa juga menjauhkan diri dari kenyataan Nizar tersebut.

Fellow central committee member Dr Mujahid Yusof Rawa shared the same sentiment, saying that Mohammad Nizar should have been more cautious when making remarks in the new media.

“Remarks made on Twitter or Facebook are entirely a personal view and what he wrote does not reflect the party’s stance,” he said.

Apakah pendirian rasmi PAS dalam hal ini? Bagaimana boleh dikatakan kenyataan Nizar tersebut tidak mencerminkan pendirian parti kalau parti sendiri tidak mengeluarkan kenyataan menegaskan pendiriannya?

Ketua Pemuda Pas juga tidak berani mengeluarkan komen, mungkin hanya berani mengeluarkan komen dalam isu-isu konsert.

PAS Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi also said the tweet was Mohammad Nizar’s personal view, declining to comment further.

Kenyataan Salahudin Ayub tentang hubungan parti dengan istana menampakkan seolah-olah tidak ada bezanya diantara Pas dengan Umno.

“Salahuddin said PAS had maintained a relationship of mutual respect with the royalty in the states under the party’s administration such as Kedah and Kelantan.”

Memang benar..di Kedah, Azizan Razak pernah berkata tentang Sultan Kedah..”Negeri ni dia punya. Dia boleh buat apa dia suka.”

Kalau itu pendirian Pas, maka jangan marah kalau Pas disingkir di Perak. Jangan marah kalau Sultan boleh buat apa saja. Dan pemimpin parti perlu diam..jangan cakap apa-apa demi untuk menjaga hubungan diantara parti dengan istana.

Pemimpin Pas perlu bernai menyatakan kebenaran, walaupun ianya boleh mengguris hati seseorang. Kalau pemimpin Pas hanya berdiam diri dan takut untuk menyatakan kebenaran demi menjaga kepentingan diri atau parti..jangan menyalak sebagai pemimpin rakyat.

Apapun, tahniah kepada Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Iskandar yang berani menyatakan pendirian, walaupun bercanggah dengan pendapat Naib Presidennya. Malah Naib Ketua Pemuda Pas ini lebih berani menyatakan pendiriannya dalam isu rakyat berbanding dengan Ketua Pemuda Pas yang berani membuat komen hanya dalam isu-isu konsert dan moral.

P/S: Jawab! jangan tak jawab!

1 ulasan:

wan berkata...

Cakap Nizar tak ada salah nyer, tapi kalau dalam keadaan hmpir pilihan raya bila cakap isu2 sensitif boleh di anggap bodoh.. hanya bagi peluang tv3 suku, dan utusan meloya spin citer... memang satu tindakan yang amat bodoh dari nizar..