Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

31 Oktober, 2013

Hj Hadi dianiayai di Sg Limau!


oleh: Abu Nawas II


GOLONGAN FASIK DI SEKELILING PRESIDEN PAS

Dua hari ini heboh dengan isu Presiden Pas menabur benih padi di sawah yang banyak air. Perlakuan tersebut kini menjadi bahan jenaka bukan saja di pihak Barisan Nasional malah kepada pihak penyokong Pas itu sendiri.

Di media media sosial seperti Facebook dan blog isu ini menjadi topik utama yang di perbincangkan sejak kemarin. Ramai yang meluahkan perasaan kecewa terhadap ahli politik sama ada

dari Umno dan Pas yang datang berlakon di ketika pilihanraya kecil sedang berlansung.

Namun begitu adakah Presiden dan beberapa orang pemimpin Pas yang terlibat ini patut di persalahnya. Raong melihat dari satu sudut yang berbeza kerana bagi Raong sebenarnya Presiden Pas titak bersalah dalam hal ini kerana yang salah ialah orang yang susun program ni.

Presiden Pas orang laut bukan orang bendang... sudah penganjur menyuruh dia tabur benih diapun turutlah kerana beliau tidak mempunyai ilmu tentang sawah padi maka oleh kerana percayakan yang penganjur adalah orang yang arif tentang swah padi maka tidak salah beliau menurut saja

Dia tidak tahu untuk menabur benih air kena sedikit sebab yang suruh dia tabur itu orang Sungai Limau yang arif tentang penanaman padi... Yang salah bukan Presiden Pas tapi orang Pas Sungai Limau yang menganjur program tersebut.

Begitulah juga dengan isu tuduhan beliau terhadapap pengerusi PSM Dr Nasir bernabikan Karl Marx ... Presiden Pas cuma dapat cerita dari menantunya Ustaz Zaharudin atau lebijh di kenali dengan nama Din Ayam yang Dr Nasir itu tu bernabikan Karl marx dah menantu dia pun orang agama tanpa2 ragu ragu dia pun cerita secara terbuka kepada media bahawa Dr Nasir tu bernabikan Karl Marx.. Yang salah bukan Presiden Pas tapi menantuya Din Ayam...

Inilah yang terjadi apabila Presiden Pas tidak menyelidiki dahulu berita yang di sampaikan kepadanya. Beliau menaruh kepercayaan penuh terhadap penyampai tanpa terlebih dahulu merujuk kepada orang ketiga dan akibatnya maka terjadilah cerita menabur benih padi itu satu bahan jenaka oleh orang ramai.

Selepas ini Presiden Pas lebih perlu berhati hati dengan orang di sekeliling yang di lihat cuba meyampaikan perkara yang tidak betul kepadanya. Beliau juga mungkin harus berwaspada dengan orang orang fasik yang mahu merosakkan nama baiknya.

Mungkin juga mereka mereka yang mahu merosakkan nama Presiden Pas itu adalah dari kalangan orang fasik termasuk menantunya sendiri yang telah terbukti menyampaikan berita tidak benar kepadannya. Sebab itulah Allah berpesan dalam al quran :-

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat49:6)


Sama kes ni!


3 ulasan:

mohamad adel berkata...

seperti biasa.. manjang kena tipu

Tanpa Nama berkata...

X dak salah pa aih..ada ja org tabur dlm air..nk kt kat presiden pas pun pada2 lah yer.nnti org bndang kata kt hg tongong.

Tanpa Nama berkata...

kalu dah manjang kena tipu, presiden apa rope tu adakah gitu rope setan bisu?