Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

11 Oktober, 2013

Kenapa la ostad2 melayu bangang nak mampos?


errr... maksud aku ostad2 kat pusat zakat!


Tengahari tadi nampak Ahmad Haniff (Robert) sedang bekerja di sebuah kedai makan. Umur sudah 60 tahun. Kedai makan milik jiran2 cina masih menolongnya buat mengangkat pinggan mangkuk. Orang tua seperti dia, hanya beberapa jam saja boleh bekerja? 

Mengharap simpati rakan2, Islam dan bukan Islam. 

Mana bantuan pejabat agama? Mana wang zakat? 

Ya, memeluk Islam menjadikan seseorg lebih baik dan bersih. Bersih pakaiannya, bersih hatinya. Jelas dia semakin malu untuk meminta2 wang dari org lain. 

Aku perasan benar kerana aku berkawan dgn dia. Tapi kalau dia tidak meminta2 dia hendak makan apa? Perlukah dia meminta pada orang yg tidak sepatutnya lagi? 

Ada yg terbuka dan terus memberi tapi ada yg mengambil peluang menyindir pula. 

Mana duit zakat buat asnaf muallaf? 

Nasib baik dia masuk Islam seminggu selepas hariraya, dapatlah duit raya RM 300 aritu. Jika tidak agaknya, sehingga sekarang satu sen pun duit zakat tidak dapat dijamahnya. 

Itukan hak dia! Itu duit dia. 

Orang ramai bayar zakat bukan utk bagi tok kadi makan. Bukan utk orang kaya makan. Orang keluarkan zakat untuk fakir miskin dan muallaf. 

2 minggu lepas ada org pejabat agama konon nak melawat rumahnya. Sehingga ke hari ini tak nampak muka. 

Jumpa seorang kawan bekerja pejabat agama, aku tanya, 

'Lawatan pejabat agama itu untuk apa?' 

'Mungkin mereka nak siasat layak tak layak utk dapat bantuan,' jawabnya. 

Jika begitu memang benar2 tidak Islamik punya kerja. Muallaf sudah berumur 60 tahun, hidup sebatang kara, masih perlu menunggu kamu yg pemalas utk buat kerja? 

Kamu berdosa ! 

Duit zakat itu duit dia, berikan segera pada dia. Berhenti bekerja menjaga agama jika rasa terbeban. Kamu memang tidak berguna..! '..jangan temberang, kerana kamu Islam dipandang hina.' - Kiyai Reformis

11 ulasan:

mayakdosa berkata...

Kepada mereka yg berkerja dan menjadi pegawai dipusat zakat kau jawablah nanti depal Allah, bahawasanya orang yg bayar zakat wang itu adalah utk fakir miskin mualaf dan yg sangat sangat memerlukan , bukan utk diberi pada yg kaya dan senang lenang. Ya Allah kau bukalah hati mereka yg mana telah ditutup olih wang ringgit yg tak sepatutnya mereka terima. Bahawa neraka jahanam itu adalah benar utk membakar mereka yg tak amanah.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak bayar zakat, lebih baik bayar terus kpd yg berhak, tak payah bayar melaluai pusat zakat kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Nak kutipzakat sanggup turun padang, nak beri zakat kat org yg layak....hampeh! Macam sial

Ahmad Basiron berkata...

Tiap tahun ada saja makluman jumlah kutipan zakat negeri berjumlah puluhan malah ratusan RMjuta. Tak kan la masalah mualaf miskin macam ni pun masih tak dapat nak bantu????? Susah sangat ke nak luluskan pembiayaan Rm400 ke RM500 sebulan untuk orang tua ini??? Berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk meluluskan pembiayaan untuk warga tua berusia 60 tahun ini??? Banyak sangat kah duit zakat yang disalurkan untuk buat masjid hingga perbelanjaan seorang warga tua ini ditangguhkan sebegitu lama??? Tak kan nak tunggu si tua ini pergi menemui Allah baru pembiayaan itu diluluskan???

Mintak la menteri agama kurangkan sikit berpolitik!! Utamakanlah yang utama. Kalau tak mampu berhentilah jadi menteri!!

Tanpa Nama berkata...

klu masuk dalm program bersamamu tv3 baru la berebut2 pegawai agama/ zakat dan adun kawasan datang nak bantu... klu tak, tunggu la tujuh lapan bulan lagi.

Unknown berkata...

ustad mengabdi kepada agama

Unknown berkata...

ustad adalah hamba Allah yang mengabdi kepada Allah, kunjungan juga ya ke blog saya www.goocap.com

Tanpa Nama berkata...

1. Nama pendek: Pejabat Ugama. Nama Panjang Pejabat Ugama ameno.
2. Hamba Allah itu baru masuk islam.....next kena masuk ameno. Baru dapat zakat.

Tanpa Nama berkata...

hampa yg cakap banyak nie pi la bwk dia jumpa pejabat zakat.... cakap byk pun tak guna tindakan tarak... hampeh... sembang ja pandai.. aku pun bayar zakat..

Tanpa Nama berkata...

orang yg menulis nie sepatutnya ambil tindakan bwk pi pusat zakat, dan tolong dia, bukannya tuding jari, tangkap gambar bleh plak, aku pernah tlg org yg kematian suami jumpa pusat zakat, sat saja depa bg bantuan. sepatutnya kita yg nampak nie la kena jadi pegawai2 zakat dan buat dgn ikhlas, pekerja zakat bukannya nampak semua- berapa ramai depa yg bekerja- tugas nie tugas semua org, buat dgn ikhlar. SEKIAN.

Tanpa Nama berkata...

zakat adalah bawah kuasa sultan dan negeri...bukan semua negeri sama peraturannya....dan kita tengok di sini banyak yang komen hanya pandai komen tapi tak reti apa2 pasai zakat...