Fakta yang disembunyikan!
oleh: Abu Nawas II
Abu Samah bin Muhamad Kassim adalah seorang putera Sungai Pahang, cicit kepada pahlawan bangsa anti-British, Datuk Bahaman. Beliau menceburkan diri dalam gerakan kemerdekaan sejak selepas Perang Dunia Kedua. Demi mewarisi cita-cita moyangnya, beliau bersama-sama mengangkat senjata melawan penjajah British setelah meletusnya Peristiwa 20 Jun 1948. Di Rejimen ke-10, beliau banyak kali memimpin pertempuran melawan penjajah, pernah dianugerah gelaran “Pahlawan” dan dilantik menjadi anggota badan pimpinan Rejimen ke-10 sejak paruh kedua tahun 1950-an. Sebagai seorang ahli perjuangan dan pemimpin, sejarah beliau dan sumbangannya bertautan erat dan berpadu dengan sejarah Rejimen ke-10. |
Sultan Abu Bakar |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan