Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 Oktober, 2013

"Trojan Horse UMNO" semakin membiak menjelang muktamar?




Apa benarkah dalam PAS sendiri ada 'Trojan Horse' yang sudah siap sedia menanti tibanya Muktamar PAS kali ke 59 nanti? Dengar khabarnya yang menjadi sasaran utama 'Trojan Horse' ini ialah Mohd Sabu.

Misi utamanya ialah menyingkirkan Mohd Sabu dari jawatannya sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.

Mohd Sabu merupakan ayam tambatan PAS dan dilihat mampu merentasi hubungan antara kaum dan parti dalam Pakatan Rakyat.Mungkin kerana kelebihan yang ada inilah maka Umno terlalu gerun dan mahukan Mohd Sabu disingkirkan dari jawatannya sekarang.

Beliau merupakan aktivis parti yang cukup berpengalaman dan merupakan tenaga penting penggerak 'BERSIH' yang menuntut pilihanraya yang bersih.

" Muktamar Pas nanti nanti, penyandang Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu mesti dikalahkan..." Demikian pesan Zahid Hamidi di sini -http://manjongmari.blogspot.com/2013/10/prk-n20-sungai-limau-apakah-yang-zahid.html


Mat Sabu bersama calon Pas Ustaz M Azam Samat serta aktivis parti d Prk Sg Limau.

Tiada ulasan: