Mula2, baca berita ni dulu!
Baca penuh SINI
Meskipun Pakatan Rakyat (PR) sepakat kalimah Allah boleh digunakan semua pihak termasuk golongan bukan Islam, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar) bagaimanapun menolak perkara itu dan menegaskan perkataan Allah adalah eksklusif untuk Islam sahaja.
Baca penuh SINI
Haron Din berbeza pandangan dengan Pakatan dalam isu “Allah”
Agama-agama lain jelasnya tidak berhak menggunakan kalimah Arab itu kerana Allah merujuk kepada Tuhan Yang Satu, bukannya berbilang Tuhan.
''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," katanya dipetik dari Utusan Malaysia.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam menegaskan pendirian pembangkang itu konsisten dalam isu kalimah Allah, selagi ia tidak disalahgunakan oleh penganut agama lain.
"Pakatan Rakyat (PR) kekal konsisten dengan pendirian kami dahulu.
"Cuma sekarang kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan menggunakan kebijaksanaan dalam menangani isu ini," kata Anwar dalam sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Pada 8 Januari lalu, PR mencapai pendirian penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan dan menegaskan kalimah berkenaan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Lim dan Anwar.
Haron, bagaimanapun dalam kenyataannya, meminta semua pihak bersiap sedia kerana masih terdapat satu lagi mahkamah yang boleh mendengar tuntutan tersebut iaitu Mahkamah Persekutuan.
''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.
''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini," katanya.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh Isnin lalu memutuskan akhbar mingguan Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka sebagai rujukan kepada Tuhan. – 18 Oktober, 2013.
2 ulasan:
One word
Pas - jadi parti ajaran sesat sebab ularmak pas dah lama tk bc kitab
Sg limau cnfm kalah
Kat mana Ady aweng repot pil kudha?
Ady tak repot kominis/pil kat polis
ttp Ady gi lapor kat utusex & TV3
Ady betul2 tegas buat makruf cegah mungkar..sbb tu agen pil kudha tak perlu diberkas & dibiarkan bebas..
gitu lah juga dgn aron tayib aron ding takqirry tanttavi nashaa & asangJety sume suka bg kenyataan @ keluar citer cun kat utusex & TV3
rkyat yg geliga & waras dah jijik muntah geli dgn utussex & TV3..ttp mrk sume tak rasa hina & haprak sebalik nya rasa megah/glamor berIMAN tggi skali..semenjak sekelambu br ug2 dgn setan2 yg dah pon dkenali
kita tunggu apa lagi yg utusex akan siarkan drp spesis yg fakeh ini..
utusex terkenal sbg media liwat fitnah lucah seolah2 sudah mnjd kiblat lidah resmi kpd spesis2 ini..
alahai..apa nak jadi?
Catat Ulasan