Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

31 Januari, 2014

"Ibu" kepada segala kemelut yang sedang berlaku!

Baca dan fahamkan

Ahli Parlimen Malaysia - 222
Ahli Parlimen BN - 133
Ahli Parlimen PR - 89

Untuk membolehkan SPR(BN) menambah DUN dan Parlimen demi mengekalkan kuasa dalam PRU14 mereka memerlukan kuasa 2/3 iaitu 148. Kekurangan 15. Kalau perlu dirasuah ahli parlimen PR sorang 10 juta bersamaan 10 x 15 = 150 juta

Ahli parlimen PR
PAS - 21
DAP - 38
PKR - 29
PSM - 1


agak2, parti mana UMNO boleh jimat duit? kehkehkeh!

Komen dari Yong Intan Noor: "Akan dilaksanakan setelah Najib dijatuhkan" SINI

uih! siapa yang faham, faham la. hahaha

Nik Amar sedang menempah kekalahan Kelantan?



Mengikut maklumat tidak rasmi, yang dipecat orang Husam Musa
13 DUN menang bawah 10%
Orang sendiri fedup+Luar parti menyampah+serangan UMNO, Kelantan tertonggeng jugak PRU14 ni rasanya.


KENYATAAN TERBUKA ISU PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI KEPENTINGAN SYARIKAT/KOLEJ.

Saya telah menerima surat penamatan perkhidmatan sebagai Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kelmarin, 30 Januari 2014 berkuatkuasa mulai esok, 1 Febuari 2014 dengan bayaran 3 bulan gaji sebagai ganti 3 bulan notis. Saya tidak pernah dimaklum,diberi surat tunjuk sebab atau dipanggil membela diri berhubung alasan dan sebab penamatan tersebut.


Saya mula dilantik bertugas di KIAS mulai 1.1.2000 oleh Akademi Yakin Sdn Bhd sebelum dipindahkan ke Syarikat Kias Darulnaim Sdn Bhd pada 1 Jun 2002. Sebelum ini saya bertugas sebagai Qadhi/Hakim Mahkamah Syariah kota Baru mulai 1 Nov 1989 Majlis dan Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan mulai 1 mac 1993. Pada 31 Des 1999 saya telah meletak jawatan tetap dan berpencen di MAIK untuk berkhidmat di KIAS setelah berbincang dengan Allahyarham Dato' Ab Razak haji Salleh, Pengerusi Akademi Yakin Sdn Bhd, Allahyarham Dato' Haji Yahya Othman, Pengerusi Lembaga Pengelola KIAS dan Allahyarham Tuan Haji Mohd Nawawi Haji Mahmood, Ketua Eksekutif KIAS untuk memulakan operasi pengambilan pertama pelajar KIAS setelah ditubuhkan pada tahun 1999.

Penamatan perkhidmatan ini bukanlah satu kejutan besar bagi saya semenjak Dato' Mohd Amar Abdullah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS, saya sudah lama tidak dilibatkan dalam pengurusan KIAS, tidak dijemput menghadiri mesyuarat-mesyuarat KIAS, saya juga telah 3 tahun tidak diberi kenaikan gaji tahunan tanpa apa-apa makluman samada secara lisan atau bertulis, saya tidak diberi peluang untuk melihat laporan prestasi kerja tahunan saya sendiri yang menjadi asas penilaian kepada kenaikan gaji tahunan walaupun telah diminta secara bertulis, bahkan saya pernah mengalami pengalaman paling pahit bila Lembaga Pengarah KIAS menolak permohonan saya untuk mendapat pembiayaaan kos rawatan penyakit jantung di HUSM atas alasan " bukan rawatan perubatan" semasa saya bergelut antara hidup dan mati, yang akhirnya saya telah menjalani empat kali rawatan penyakit jantung ( unstable angina ) secara angioplasty/stenting dengan kos melebihi RM60,000 tanpa bantuan/sumbangan majikan walaupun seringgit tunai.

Saya beranggapan penamatan perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada penerusan agenda lama pertembungan peribadi individu tertentu UM-UKM, di mana penyingkiran saya dari KIAS adalah pelengkap kepada penyisihan jenerasi awal " Tamrin Kota Bharu" mengikuti jejak-jejak saudara ust Muhammad Husin, Dato' Husam Musa dan Sdr Mohd Khir Zahrie Ab Ghani yang telah tersepak terlebih dulu ketepi gelanggang dari politik dan pentadbiran Kerajaan Kelantan. Saya telah lama merasai bahang ini setelah kemuncak pertembungan peribadi DHM - DMA yang memercikkan bara panasnya kepada mereka yg disekeliling, saya tidak pernah dijemput menghadiri apa-apa majlis rasmi DUN Pasir Pekan sedangkan saya adalah ahli J/Kuasa MTD dan Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan, ada usaha-usaha untuk menghalang saya memegang jawatan Pengerusi Koperasi Penghulu Negeri Kelantan selain saya sengaja tidak dijemput dalam majlis2 yg melibatkan DMA termasuk di Tabung Amanah Tok Kenali atas kapasiti saya sebagai Presiden Kelab Sukarelawan TATOK.

Saya berpandangan kuasa dan pangkat tidak boleh digunakan sebagai lebuhraya untuk melunaskan dendam kesumat dan melupuskan apa saja yang dirasakan sebagai penghalang untuk mencapai cita2 kita mendongak dan melangkah ke langit yang lebih tinggi, sebagai seorang kader yang pernah berbaiah untuk sehidup semati meneruskan perjuangan ini, sebagai seorang jundiah, yang tidak pernah bercita2 melangkah kaki menjadi qiadah, meskipun telah melapaz ikrar untuk berkhidmat di bumi kelantan, saya masih ada ibu ayah yang telah tua untuk dijaga, saya masih ada 10 zuriat yang mesti dibesarkan, maka saya tetap akan mengintai ruang2 yang ada untuk mendapat sedikit keadilan dan hak selain menanti pengadilan sebenar Rabbulalil. Saya menaruh keyakinan, penglibatan saya dalam PAS dulu2nya sebagai Setiausaha Kerja Dewan Ulama' Pas Kelantan, Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulama' Pas Kelantan, EXCO Dewan Pemuda Pas Kelantan, Naib Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Nilam Puri ( skrg Ketereh), AJK Pas kawasan Nilam Puri/Peringat/Ketereh dan Tumpat dll jawatan parti akan dinilai oleh Allah SWT meskipun tidak dihargai dan dikhianati oleh rakan dan pemimpin Pas sendiri.
Saya telah merujuk isu pemecatan saya kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan mengikut sek 20 (1), Industrial Relations Act 1967 selain sedang mendapat khidmat guaman untuk mengemukakan saman sivil kerana pemecatan yang salah.

CHE IBRAHIM BIN HAJI MOHAMED
31 Januari 2014.
 sumber

P/S: kawan aku peronah kabo "kalau kome kempen orang UMNO tapi dia taknak dengor, udah2 ler tu. Cari ler orang lain yang nak dengor. PAS pun seropa. Deme taknak dengor, udah. Janji kamu udah tegur untuk lepaskan tanggungjawab fardhu kifayah". Hehehe. Betul juga nasihat kawan aku tu.

Ahmad Yaakub tak pernah ronda negeri semenjak jadi MB?

Oleh: MSO

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub atau timbalanya Mohd Amar Nik Abdullah diminta memberi penjelasan berhubung satu pekeliling dikatakan dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang melarang kira-kira 30 individu daripada memasuki Kota Darul Darul Naim iaini pusat pentadbiran kerajaan Kelantan.

Ahmad diminta penjelasan.
Pekeliling berkenaan katanya dihantar ke semua pejabat-pejabat kerajaan Kelantan termasuk pejabat Tanah dan Jajahan, majlis daerah dan juga pejabat Kadi. Larangan ke atas sekumpulan individu itu juga meliputi semua pejabat kerajaan negeri di 14 Jajahan di seluruh Kelantan.

Arahan atau larangan menerusi pekeliling berkenaan dilihat sebagai satu tindakan anih yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri yang memakai cogankata, Membangun Bersama Islamitu.

Sepanjang pentadbiran Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan tidak ada larangan sebegitu dan menyekat mana-mana individu dari memasuki pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan. Bahkan Nik Aziz mengamalkan pintu terbuka membenarkan sesiapa saja untuk memasuki ke pusat pentadbiran negeri itu.


Pekeliling berkenaan juga tidak wajar kerana ia dikatakan sebagai menyekat kebebasan bergerak seseorang yang dijamin oleh perlembagaan. Menurut pengamatan seorang peguam kanan, arahan seperti itu tidak sah kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

Orang ramai yang tahu mengenai arahan berkenaan, merasa bingung dengan pekeliling itu dan apakah ia  dasar baru kerajaan Kelantan. "Untuk apakah kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub mengambil tindakan tidak popular begitu?" soal seorang pelanggan Kota Darulnaim ketika menghubungi saya.

Manakala seorang pegawai kanan kerajaan Kelantan yang mengetahui hal itu pula apabila diminta mengulas mengenai perkara itu, enggan bercakap lebih hanya berkata; "entahlah boh (bos) banyak perkara berlaku dan pelik-pelik di Kelantan selepas Nik Aziz berhenti jadi MB.

"Ahmad Yaakub jauh berbeza dengan Nik Aziz, bukan saja dia kelihatan sejuk, tetapi untuk melawat ke Jajahan juga belum dibuat lagi walaupun sudah hampir setahun jadi MB." katanya. Beliau melahirkan rasa anih dengan sikap MB itu kerana untuk melawat Jajahan berat tetapi belum sampai tiga bulan selepas jadi MB sudah terbang ke Eropah.

Adalah wajar Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah memberi penjelasan terhadap arahan dan pekeliling itu apakah ianya merupakan dasar baru kerajaan Kelantan itu. Sekiranya pekeliling itu melanggar perlembagaan ia juga perlu dimansuhkan. Ahmad tidak boleh bersikap membisu terhadap pekeliling itu kerana ia adalah tanggungjawab beliau selaku ketua kerajaan sejak lapan bulan lebih lalu.

30 Januari, 2014

Kalah PRU13. UMNO tak cerdik, PR yang bangang.

PRU13 telah selesai. Pakatan Rakyat telah menang dengan mendapat 52% jumlah undi popular. Tetapi melalui penipuan, melalui  sistem pemilihan yang tidak adil  United Malays National Organisation telah merampas kuasa dari 52% rakyat Malaysia. Dengan penipuan yang dirancang oleh SPR parti Ketuanan Melayu berjaya mendapat 47% jumlah undi. Bayangkan jika tidak ada penipuan? Bayangkan jika PRU dilakukan dengan bersih, telus dan  adil. Tanpa penipuan parti  Ketuanan Melayu ini pasti  telah lama rahai.

Tetapi persoalan yang terus muncul -  dimana penipuan berlaku? Mana bukti-bukti saheh? Tunjukkan bukti? Kenyataan  dan ucapan pertanyaan saperti ini selalu kita dengar dari penyokong  United Malays National Organisation. Malah penyokong dan simpatisan Pakatan Rakyat juga ada yang sama bertanya.

Tulisan  – melihat kembali -  ini  akan cuba menerangkan bagaimana penipuan berlaku dan siapa yang melakukannya. Adalah penting untuk kita semua memahami bagaimana  secara licik penipuan telah berjalan. Silap mata ini berlaku dihadapan mata kita. Kita wajib memahami bagaimana silap mata ini dijalankan. Memang licik - memang dirancang justeru kita wajib mengumpul pengalaman memahami silap mata ini untuk dijadikan ilmu  agar kita dapat mara ke PRU14.

Saya ingin membawa para pembaca mengingati kembali  1  minggu sebelum hari membuang undi.  Berita dari laman-laman berita yang  anti-kerajaan  mula melaporkan tentang ‘orang-orang asing’ telah mula diterbangkan dari Sabah ke Semenanjung. Ingat atau tidak berita ini?  Kita sedang hangat-hangat berkempen tetiba berita  ini pecah.

 
Semuanya  bermula apabila laman-laman anti-United Malays National Organisation mula menerima ‘maklumat dari dalam’ tetang rancangan membawa masuk pengundi hantu. Pengundi hantu dikatakan akan diterbangkan dari Sabah dan Sarawak. Laman-laman ini membocorkan number penerbangan , dimana akan berlabuh dan nama-nama penumpang pun ada disenarikan sama. Nama-nama bakal pengundi  yang pelik-pelik ini dapat kita baca dari laman-laman ini.

Malah  Pejabat Empower di Petaling Jaya yang menjadi pusat Bersih telah dilawati oleh seorang Pemandu Kapal Terbang yang mengaku bersimpati dengan Pakatan. Si Pemandu ini  dengan mengigil dan ketakutan  ini telah membocorkan jumlah dan  nama-nama penumpang dari Sabah. Tapi Si Pemandu ini takut dan enggan mengenalkan nama dan diri. Malah enggan membuat kenyataan secara terbuka.

Pada 3 Mei Borneo Post telah menafikan wujudkan penerbangn khas ini. Berita Boeing 747 mengambil pengundi hantu dari Kuching dan Kota Kinabalu untuk dihantar ke Semenanjung telah dinafikan. Penafian ini muncul kerana Anwar Ibrahim  untuk pertama kalinya telah menimbulkan pekara pengundi hantu ini. Anwar telah menghebohkan berita ini  untuk pengetahuan umum.

Berita ini ‘dibaca’  semakin saheh dan boleh diyakini apabila Setiausha Agong United Malays National Organisation Tengku Adnan pada 2 Mei telah membuat kenyatan bahawa  yang mengeluarkan belanja tiket kapal terbang itu adalah Si Polan dan Si Polan yang bersimpati dengan  parti Ketuanan Melayu.  Parti Ketuanan Melayu berbangga kerana mendapat sokongan dari ‘penyokong yang kaya’. Kenyatan Tengku Adnan ini disambut pula esoknya oleh SPR yang mengatakan bahawa bukan satu kesalahan membelikan tiket untuk membawa bakal pengundi pulang mengundi.  Sah ada Pengudi diterbangkan  dari Sabah dan Sarawak ke  Semenanjung.

Tidak cukup dengan kenyataan Tengku Adnan, tidak memadai dengan kenytaan SPR -  negara digemparkan dengan penangkapan tuan  pengendali sebuah laman  internet. Laman ini dikatan telah mengeluarkan nama-nama penumpang dari Sabah  yang dikatakan bakal menjadi Pengundi Hantu di Semenanjung. Pengendali laman ini masuk rumah pasong untuk ditahan. Lagi berita saheh tentang Pengundi Hantu.

Kenyataan dan berita berita  telah memaksa Bersih dan beberapa Ngo untuk mengadakan mesyurat tergempar tentang isu ini. Satu perjumpaan Ngo dan aktivis  bersama Pemimpin Pakatan telah diadakan pada minggu yang sama di Hotel Armada Petaling Jaya.  Akhirnya satu pasukan motosikal  NGO dan Aktivis Pas telah bersetuju untuk mengawal ‘gerak geri ganjil’  dilapangan terbang KLIA dan Subang dan LCCT.

Apa sahaja gerak geri ganjil ini akan dilaporkan kepada Bersih. Dikatakan bahawa ‘pengundi hantu ‘ ini keluar dipintu ‘kargo’ bukan dipintu biasa. Maka pintu-pintu keluar ini akan dijaga oleh aktivis PAS yang bermotosikal.  Bas-bas yang keluar masuk dalam lapangan terbang akan diekori.

Maka munculkan berita bagaimana adanya bas membawa ‘pengundi hantu’ yang diekori dari Subang. Tetapi bas ini terus keluar dan meluncur untuk menghilangkan diri  ke kawasan pendalaman. Malah muncul juga berita bagaimana adanya kapalterbang yang mendarat dilapangan terbang kecil.

Jumlah 40,000 Orang Pengundi Hantu telah diwar-warkan dan terus disebut-sebut. Berita ini menjadi ombak dalam suasana  PRU13 yang bagitu panas. Akhirnya Datuk Ambiga  Pengerusi Bersih telah membuat kenyataan. Datuk Ambiga telah berkata  -  40,000 ini boleh mengubah keputusan pilihanraya.

Betul kah semua ini?  Apa yang saya tulis diatas memang telah berlaku. Kali ini saya membawa para pembaca dan penyokong Pakatan untuk melihat kembali kes 40,000 Pengundi Hantu. Ini penting untuk Pakatan melihat  apa yang telah berlaku sebagai pengalaman untuk dijadikan ilmu pengetahuan.

Pada masa sekarang saya amat  bagitu yakin  40,000 Pengudi Hantu ini  hanyalah  ‘decoy’-  Decoy ialah mengalih pandangan. Justeru  40,000 Bangla ini hanyalah  umpan.   Semua ini adalah sebahagian dari satu perancangan licik  SPR untuk mengabui mata orang ramai.

 Pengundi Hantu Bangla ini dijadikan ajenda besar. Malah disahehkan ianya wujud. Justeru berita 40,000 Bangla ini sengaja diheboh heboh satu minggu sebelum pegundian berjalan. Berita ini menjadi ‘decoy’. Ini adalah satu rancangan tipu helah untuk menutup penipuan yang lebih besar. Apabila seluruh negara heboh dengan 40,000 Pengudi Hantu, SPR secara senyap-senyap telah merancang bukan dengan 20,000 bukan dengan 100,000 tetapi dengan 240,000 Pengundi Awal.

Pengundi Awal inilah pengundi hantu yang sebenarnya dalam PRU13.   Dengan perancangan licik -  240,000 Pengundi Awal telah dibenar mengundi lebih awal kerana mereka dikatakan bekerja pada hari mengundi. Sistem Pengundi Awal ini dimulakan dalam PRU13. Sistem Pengundi Awal ini diterima pakai kerana adanya penggunaan dakwat kekal. Sistem dakwat kekal ini juga diperkenalkan  kali pertama dalam PRU13.

Dengan adanya dakwat kekal maka jari 240,000 Pengundi Awal  akan dilihat hitam. Jari yang berdakwat akan  dilarang mengundi. Bunyinya cukup selamat. Sistem dakwat kekal ini  amat menyakin. Tetapi  dibelakang sistem dakwat kekal ini wujud satu lagi perancangan yang lebih licik.

Dakwat kekal ini memang  dirancang untuk TIDAK kekal. Ini untuk membolehkan 240,000 Pengundi Awal berpelung untuk mengundi sekali lagi.  Sebenarnya Pengundi Awal inilah yang memenangkan United Malays National Organisation. Pengundi Awal menjadi tulang belakang untuk menipu dan membolehkan United Malays National Organisation mendapat 47% undi. Seramai 240,000 Pengundi Awal ini adalah pekerja SPR yang telah dilatih oleh SPR untuk menjalankan projek PRU13.

Apa makna 40,000  Si Bangla Pengundi Hantu?

Pengundi Hantu Bangla memang wujud. Kita melihat klip-klip dalam YouTube tentang beberapa Orang Asing yang datang dengan Polis untuk mengundi. Mereka ini dihalang. Ada yang ditangkap.

Lalu persolaan timbul kenapa Pengundi asing ini datang dengan Polis? Jelas ini juga sebahagian dari ‘decoy’.  Pengudi Asing ini sengaja datang dengan Polis agar orang ramai akan kelihatan ‘berjaya’ menghalang mereka. Pekerja dan penyokong Pakatan akan merasa puas hati jika dapat menahan Pengundi Asing. Sayangnya Pengundi Asing yang datang dengan Polis ini hanyalah ‘decoy’ untuk mengkaburi Pengundi Awal yang datang berkali-kali mengundi.

Sila ingatkan kembali negara mana yang pertama dilawati Najib sesudah PRU 13? Ingat atau tidak? Najib  telah melawat Bangladesh. Apa tujuan melawat Bangladesh?  Najib bukan makan sireh. Rosmah tidak dapat bershopping di Dacca.  Kenapa Najib melawat Bangladesh? Jelas, tujuan Najib ialah untuk memperlekeh Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim yang telah membuat kenyatan tentang 40,000 Pengundi Hantu Bangla.

Kenyataan menyelar Anwar telah dilakukan oleh Najib  di Dacca dalam sidang akhbar bersama  Sheikh Hasina Perdana Menteri Bangladesh. Menimbulkan isu 40,000 Pengundi Hantu Bangla di Dacca bertujuan untuk mendapat  impak maksimum. Ini dilakukan dengan niat untuk mendapt laporan media antarabangsa yang meluas kerana hingga ke hari ini Pakatan Rakyat secara resmi masih belum menerima kemenangan 47%  United Malays National Organisation hasil dari undi tipu.

Najib bukan hanya membebel tentang 40,000 Bangla ini  di Dacca. Pekara ini telah telah dijadikan modal oleh Najib yang ke hulu ke hilir membawa cerita  40,000 Bangla. Kalau Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun, Najib dengan 40,000 Bangla.

Melihat kembali apa yang telah berlaku  maka hari ini kita sedar bagaimana Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat,  beberapa Ngo termasuk Bersih telah diperangkap dengan  ‘ decoy’ 40,000 Bangla.  Hakikatnya United Malays National Organisation bersama SPR telah berjaya mengkaburi mata orang ramai dengan 40,000 Bangla. Kita heboh dengan 40,000 Bangla – SPR berjaya membawa masuk 240,000 Pengundi Awal.  Apa yang telah berlaku ialah pukul tabuh dihulu tapi menyerang di hilir. Maka hendaknya silap mata  SPR ini akan dapat kita jadikan ilmu. ( TT)

28 Januari, 2014

Kerenah UMNO. Jom baca apa kata masyarakat Cina!



Akhbar China Press

Perkara: Tidak mungkin BN dapat tawan kembali Pulau Pinang?

Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 26 Januari 2014 (Ahad)

Tajuk:

Jangan Berkhayal Mahu Rampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Penulis: Jiang Hu

Walaupun waktu PRU akan datang masih jauh lagi, maklumat dari rakyat jelata terutama sekali di negeri Pulau Pinang, mereka bertanggapan jika BN mahu rampas kembali kerajaan Pulau Pinang umpama perpatah Cina pokok jejulang boleh berbunga yang memberi maksud tidak mungkin berlaku.

Kenapa diumpama begitu? Lebih jelas lagi bahawa sikap UMNO Pulau Pinang berlaku kasar dan ganas, sering timbulkan isu isu fanatik yang tidak menghiraukan perasaan kaum lain, yang pertama mereka adakan kempen tunjuk perasaan kerana isu sayur kangkung perdana menteri, hari ini pula melarang jual daging babi secara terbuka.

UMNO dengan terang dan jelas minta masyarakat berbilang kaum menghormati perasaan orang orang Muslim, seballiknya UMNO sendiri tidak hiraukan sensitiviti kaum lain, jawapannya dengan mudah telah terungkai.

Kembali kepada isu, UMNO Pulau Pinang anggap perbuatan mereka itu akan mendapat sokongan orang orang Melayu dan orang orang Muslim, pastinya UMNO telah membuat kesilapan besar. Penulis ada ramai rakan rakan Muslim, penulis tanya pada mereka apa pandangan mereka terhadap tindakan UMNO Pulau Pinang, mereka kata ini semata mata taktik dalam politik, mereka tidak akan hiraukan UMNO, apa yang mereka lebih prihatin ialah isu demokrasi, contohnya bagaimana pihak kerajaan mampu selesaikan isu kenaikan harga barang yang mengundang tekanan hidup rakyat, serta kebocoran kebocoran rasuah yang menghabiskan wang simpanan negara, perkara perkara seperti ini yang mereka lebih mendapat perihatin, jika ada sesiapa yang boleh selesaikan masalah ini, mereka akan sokong orang orang itu.

UMNO Pulau Pinang biadab

Lebih lebih lagi UMNO Pulau Pinang pandai tunjuk biadab, sedangkan kepimpinan UMNO Pusat biarkan sahaja ia berlaku, ini menunjukkan UMNO Pusat berdiam diri membenarkan ia berlaku, pada masa yang sama apabila UMNO memonopoli BN, ahli ahli komponen BN yang lain menjadi lemah, terutama sekali MCA dan Gerakan, yang semakin mempercepatkan lagi masyarakat Cina hilang kepercayaan kepada mereka.

Dengan itu tidak semestinya orang Melayu dan orang Muslim sokong UMNO, sedangkan orang Cina sendiri sangat bencikan MCA dan Gerakan kerana ikut telunjuk UMNO, orang orang Cina sendiri tidak sokong parti Cina, amat susah untuk BN rampas kembali negeri Pulau Pinang.

Note: nama saintifik Pokok jejulang: Aconitum carmichaeli Debx

Isu Selangor. Konfius? Klik sini!



26 Januari, 2014

Lebuhraya rakyat. Kelantan disaman!


...ape nak boleh buat ..elok insan hamba ALLAH handle Projek tu, gatai2 tukar SAhabat Tu, sekarang APe macam! ..tak mengena-ngena bagi peluru BAzooka pada pihak MUSuh..

KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. - Bernama

sumber

25 Januari, 2014

Panas! Penjaga kota suci Mekah adalah seorang Yahudi!



Semangat yahudi punca King Faisal menyokong Sisi membedal Islam:-)

1 - Ini adalah kerana asal usul Raja Saudi adalah Yahudi dari Bani Al-Masalikh. Moyang mereka bernama Mordakhai bin Ibrahim bin Monshe berasal dari Bani Al Masalikh hidup sekitar 851 H dari suku kaum Anza. Terlibat di dalam perniagaan gandum dan Jagung dari Iraq.

2 - Beliau sememangnya bercita-cita untuk kembali dan menguasai di bumi Najd. Di awalnya beliau terpaksa berhadapan dengan Syaik Shaleh Salman Abdullah Al- Tamimi seorang Ulama yang berdakwah di sekitar Najd, Yaman dan Hijaz. Beliau menukarkan namanya kepada Markhan bin Ibrahim Musa.

3 - Ditempat tinggal beliau, Al-Qatef, beliau menguatkan kedudukkan beliau dengan cerita2 palsu tentang kehebatan kaum Yahudi . Beliau mempergunakan kaum Arab Badwi lalu mengangkat beliau menjadi ketua/Raja. Beliau di tentang oleh kabilah Bani Khaled dan melarikan diri ke Al Arid(Riyadh) mencari perlindungan.

4 - Beliau di beri perlindungan di Riyadh oleh sebuah keluarga, namun keluarga tersebut dibunuh beliau. Beliau membuat cerita keluarga tersebut dibunuh pencuri dan rumah dan tanah tersebut telh dibeli beliau. Disitulah beliau menubuhkan pasukan perang untuk membunuh Shaik Shaleh Salman Abdullah Al-Thamimi yg akhirnya dibunuh di sebuah masjid di Al-Zhafi.

5 - Di Riyadh inilah beliau mengamalkan poligami dengan menikahi puluhan gadis dan melahirkan banyak anak yang diberikan nama-nama Arab. Salah seorang anak Mordakhai bernama Al-Maqaran (didalam yahudi di panggil Mack-Ren). Al Maqaran mempunyai anak bernama Muhammad dan Sa’ud. Melalui keturunan Saud inilah berasalnya Dinasti Saud.

6 - Dinasti Saud menganggap semua penduduk Najd menghina Tuhan . Darah mereka halal, harta benda mereka dirampas dan kaum wanita dijadikan hamba. Tidak ada seorang muslim pun di kira benar kecuali pengikiut ajaran Muhammad bin Abdul Wahab (keturunan Yahudi Turki). Mereka yang menentang akan di bunuh.

7 - Doktrin Wahabi memberikan kuasa kepada Keluarga Saudi untuk menghancurkan perkampungan dan penduduknya, termasuk anak-anak dan memperkosa wanitanya, menusuk perut wanita hamil, memotong tangan anak-anak, kemudian membakarnya. Selanjutnya mereka diberikan kewenangan dengan ajarannya yang kejam (brutal doctrin ) untuk merampas semua harta kekayaan milik orang yang dianggapnya telah menyimpang dari ajaran agama karena tidak mengikuti ajaran Wahabi.

8 - Seorang munafik bernama Muhammad Amin Al-Tamimi – Direktor Perpustakaan Kontemporari Kerajaan Saudi menyusun garis keturunan (Family Tree) untuk keluarga Saudi ini kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai imbalan pekerjaannnya itu, ia menerima imbalan sebesar 35.000 (Tiga Puluh Lima Ribu) Pound Mesir dari Duta Besar Saudi Arabia di Kairo pada tahun 1362 H atau 1943 M. Nama Duta Besar Saudi Arabia KETIKA itu adalah Ibrahim Al-Fadel.

9 - Keluarga Yahudi yang jahat dan mengerikan ini melakukan segala jenis kekejaman atas nama agama palsu mereka (Wahhabi) yang sebenarnya diciptakan oleh seorang Yahudi untuk menaburkan benih-benih keganasan di dalam hati penduduk.

10 - Pada tahun 1163 H, Dinasti Yahudi ini menggantikan nama keluarga mereka dengan nama al Saud, seolah-olah seluruh wilayah itu milik pribadi mereka, dan penduduknya sebagai bujang atau budak mereka, bekerja keras siang dan malam untuk kesenangan tuannya, yaitu Keluarga Saudi.

11 - Raja Faisal Al-Saud tidak mampu menyanggah bahwa keluarganya adalah keluarga Yahudi ketika memberitahukan kepada The Washington Post pada 17 September 1969, dengan menyatakan bahwa: “Kami, Keluarga Saudi adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhannya kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia merupakan sumber awal Yahudi dan nenek-moyangnya, dari sana menyebar ke seluruh dunia”.

12 - Oleh itu bukanlah perkara aneh atau ganjil Kerajaan Saudi sekarang menghalang kebangkitan IKHWAN MUSLIMIN Di MESIR. Begitu juga tiada apa yang anehnya kerajaan Arab Saudi boleh berkongsi kekayaan dengan USA untuk membantai kebangkitan muslim seluruh dunia dengan bersembunyi disebalik PBB dan OIC.


sumber

23 Januari, 2014

Timbalan Presiden PKR. Anwar dah bagi klu?



  • Anwar IbrahimAnwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Penasihat Ekonomi Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penguguran Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bukan atas arahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Anwar mengulangi kenyataannya bahawa seorang pengurus besar tiada hak membuat surat arahan bagi meminta mana-mana ahli lembaga pengarah meletakkan jawatan.

"Saya dah bincang dengan  Khalid (Menteri Besar ), dan beliau sudah menjelaskan bahawa beliau tidak mengarahkan sama sekali (pengguguran Azmin).

"Melihat kepada fakta (kes ini), Pengurus Besar tulis surat, Menteri Besar tidak ada sebut sedemikian dan tidak ada arahan sedemikian, walaupun ada mesyuarat Exco, pengurus besar syarikat tidak boleh menulis tanpa arahan daripada kerajaan negeri berhubung penguguran mana-mana ahli majlis, lembaga itu ialah tuan punya syarikat atau setiausaha syarikat, bukan pengurus syarikat," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau tidak menyokong tindakan PKR Selangor yang menghantar nota bantahan kepada di Ibu Pejabat PKNS berhubung tindakan Abdul Khalid yang mengarahkan penukaran serta-merta kepada Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan juga Setiausaha Kerja perbadanan itu, Norita Mohd Sidek yang berkuat kuasa 20 Januari lalu.

"Saya akan menasihatkan mereka, tidak perlu tindakan sebegitu dan saya akan menasihatkan ahli-ahli PKR untuk tunduk kepada Majlis Pimpinan parti, dia boleh bagi pandangan, teguran dan telah dikemukakan dan dia juga harus mendengar penjelasan kerajaan negeri," katanya.

Pada sidang media yang sama, PR sekali lagi mengajak kerajaan BN bermuzakarah bagi membincangkan isu semasa.

Ketua Pembangkang itu berkata perbincangan itu bagi mengelakkan tercetusnya insiden yang tidak diingini, lebih-lebih lagi apabila isu peristiwa berdarah 13 Mei dibangkitkan ketika demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Kita ingin jelaskan isu ekonomi, kemiskinan, kenaikan harga barang adalah isu rakyat.

"Tidak harus diputarbelitkan dan menakut-nakutkan dengan mengaitkan 13 Mei. Selalunya yang menjadi mangsa adalah rakyat bawahan. Sebab itu kami menggesa Perdana Menteri yang merangkap Pengerusi BN segera menyambut saranan ini," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, bukan setakat DAP, malah semua pihak termasuk PKR dan Pas tidak mahu peristiwa berdarah itu berulang kembali.

"Tak pernah dalam negara kita lalui zaman macam ini. Ada satu pihak rela cetuskan kebencian kaum dan agama berasaskan kenyataan palsu dan tidak benar untuk menunjukkan keadaan tak baik di negara ini," katanya.

Minggu lalu, lebih 600 ahli Umno Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi di Seberang Jaya membantah tindakan Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon menyuapkan kangkung kepada replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam demonstrasi tersebut, peserta turut didakwa membawa sepanduk tertulis: "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?".

22 Januari, 2014

Sebenarnya, pengalaman lebih berharga dari ijazah.


 MELIHAT KEMBALI

Saya tidak suka menggunakan istilah post-mortem. Ramai kurang sedar istilah ini  ini digunakan untuk mayat.  Post ertinya sesudah. Mortem ertinya mati. Apabila dicantumkan menjadi : sesudah mati.  Post-mortem ialah kerja membedah mayat yang telah mati untuk ditemui sebab musabab kematian. Menemui sebab kematian tetapi TIDAK dapat mayat itu dihidupkan kembali. Justeru saya menolak konsep ini.

Untuk saya lebih tepat digunakan istilah:  melihat kembali. Istilah  melihat kembali   dengan penilaian baru. Melihat kembali apa yang telah berlaku. Memahami  apa yang telah berlalu. Dalam kerja politik melihat kembali amat penting. Dalam kerja usaha politik  melihat kembali memerlukan sikap berani menggkritik dan telus mengkritik diri.  Melihat kekuatan dan memahami kelemahan untuk mara ke hadapan.

Dalam membuat kerja politik adalah wajib mengakui kesilapan dalam masa yang sama menerima kritikan. Aktivis  kiri dan kaum progresif sedunia telah  menggunakan pendekatan melihat kembali dengan  kritik dan kritik diri  sebagai alat untuk memperbaiki taktik dan stratreji. Tidak ada pembaikkan diri tanpa kritikan diri.

Mungkin ada yang kurang sedar tentang asal usul ilmu pengetahuan.  Mungkin ada yang akan melopong bila mendengar si Anu dan si Anu itu dikatakan berijazah dan berilmu.    Suasana ini  muncul kerana ramai  yang dikatakan  ‘ berilmu dan berpengetahuan’ ini sengaja memperlihatkan   angkuh diri dan berlagak sombong.  Angkuh dan sombong ini dilakukan untuk menyatakan bahawa mereka berilmu.   Lagak sombong untuk memberi tahu kepada orang ramai bahawa bukan senang  untuk mendapat tauliah atau  ijazah. Sebenarnya ini sikap hampeh.

Ilmu pengetahuan ini sebenarnya  ialah pengumpulan pengalaman.  Tidak lebih dari itu. Semua  manusia ini memilki pelbagai macam jenis ilmu. Kepakaran  dalam apa ilmu bukan kerana telah menerima tauliah dari  Agong Kiri  atau Agong Kanan.  Sila ambil pencerahan ini : semua ilmu pengetahuan dalam dunia ini adalah hasil dari perbuatan manusia. Ilmu ialah pengumpulan pengalaman manusia ketika dalam membuat kerja.

Ilmu juga muncul dari bilik makmal. Kajian dan percubaan dalam bilik makmal juga melahirkan ilmu pengetahuan. Hakikatnya percubaan dalam  makmal itu juga adalah pengumpulan  kajian pengalaman manusia.

Bagaimana pula dengan buku? Bukankah dengan membaca buku kita mendapat ilmu pengetahuan?  

Betul. Tetapi sedarlah,  bahawa  apa yang tertulis dalam apa sahaja jenis buku ialah pengumpulan pengalaman manusia.  Si Penulis buku ini secara tersusun dan atau  secara ilmiah telah menulis dan merakamkan pengalaman manusia yang menjadi isi kajian buku tersebut. Ini mungkin pengalaman pribadi, pengalaman kelompok atau pengalaman satu  gerakan parti politik atau pengumpulan kajian dalam bilik makmal.

Saya membuat  mukadimah ini  dengan tujuan  agar satu proses melihat kembali PRU13 dilakukan. Melihat kembali ini  bukan hanya oleh pemimpin parti  tetapi oleh para pekerja parti dan aktivis sendiri. Dalam PRU13 saya terlibat – justeru kini saya akan menuliskan  secara sedar untuk melihat kembali apa yang telah berlaku agar ianya dapat dijadikan ilmu pengetahuan. Melihat dan mengumpul  kembali pengalaman PRU13 sebagai ilmu pengetahuan untuk PRU14.

Apa yang telah saya dengar berlaku  ketika PRU13 berjalan  bukan semuanya fakta. Banyak juga  cerita bohong dan desas desus. Saheh atau desas desus  tidak penting. Dalam kerja politik yang berdesas desus juga akan mempengaruhi bakal pengundi.  Justeru, mendengar desas desus juga adalah mengumpul pengalaman dalam proses melihat kembali PRU13. Mengumpulkan pengalaman ini bertujuan untuk dijadikan ilmu.

Pekara yang amat menonjol dalam PRU13 ialah gagalnya pemimpin politik dalam Pakatan Rakyat untuk memahami tentang asas ekonomi.  Huh hah huh hah berceramah memang  satu kerja politik tetapi jika tidak memahami asas ekonomi maka kerja berceramah itu hanya berpeluh dan membuang masa. Mengetahui ekonomi ini adalah asas yang paling asas.  Kita tidak  perlu membaca kitab ekonomi yang tebal-tebal atau mencari nama yang ejaanya susah musah. Tak perlu rujuk Adam Smith, Karl Marx atau Paul Krugman.

Asas politik ialah ekonomi. Berpolitik ialah berjuang untuk mengambil kuasa. Kuasa diambil untuk dapat  memiliki ekonomi. Contoh yang jelas - Rosmah ada kuasa maka Rosmah berupaya memberikan 110 juta ringgit kepada anaknya  untuk membeli sebuah kondo – NOTA: sebuah kondo bukan satu blok kondo. Ismail Sabri berkuasa maka dia boleh melakukan kenduri kedara 3 hari tiga malam kerana dia ada kekuasan ekonomi yang dimilikinya. Kuasa ekonomi  yang dimiliki oleh Rosmah dan Ismail Sabri datang  melalui kuasa politik.

Ekonomi dan politik tidak dapat dipisah. Kita berpolitik kerana ekonomi. Tujuan untuk ke Putrajaya ialah untuk merampas kuasa. Contohnya :  Najib menggulingkan kerajaan Nizar di Perak untuk merampas kuasa. Dengan kuasa maka harta kekayan di Perak boleh dimiliki kembali oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Bagitu juga – Pakatan Rakyat - berjuang untuk menggulingkan United Malays National Organisation – untuk berkuasa di Putrajaya. Bila ada kuasa maka ekonomi Malaysia adalah milik Pakatan Rakyat.  Bila kuasa dalam tangan – cara  acuan ekonomi Pakatan yang akan menjana Malaysia.

Justeru, dalam kempen dan ceramah ajenda ekonomi wajib dikupas  dengan  tuntas. Memang betul  - berat badan Rosmah memang enak untuk dijadikan  bahan ceramah. Tetapi isi penting  dalam ceramah politik masih lagi perjalanan ekonomi negara.  Menunjukkan keburukan United Malays National Organisation tidak salah tetapi Pakatan juga wajib memaparkan secara jelas masa depan  negara kepada pengundi. Masa depan dan ekonomi sosok yang akan mengundi itu amat penting diyakinkan.

Dalam PRU13 dahulu – dilihat jelas sokongan rakyat. Sokongan ini terbukti betul. Pakatan mendapat 52% undi rakyat. Tetapi gagal meneraju Putrajaya. Kenapa gagal walau pun telah mendapat undi majoriti?

Satu jawapan yang jelas perlu diterangkan kepada semua pennyokong Pakatan. Penerangan itu wajib dilakukan kelmarin.  Saya lihat ini TIDAK berlaku. Tidak ada penerangan yang tuntas kenapa  majoriti 52% telah dimiliki tetapi masih TIDAK berkuasa.

Jawapan yang tuntas  kepada 52% pengundi pastilah  sistem pilihanraya  di Malaysia tidak adil. Sistem pemilihan dalam negara ini telah dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Yang wajib diterangkan ialah SISTEM pemilihan.

Sayangnya, saya perhatikan pemahamam tentangSISTEM PRU ini tidak difahami secara tuntas oleh pemimpin parti, pekerja parti dan juga aktivis parti.  Dalam masa yang sama saya juga yakin ramai pemimpin parti terutama yang memiliki DNA United Malays National Organiisation tahu dan sedar bahawa sistem inilah yang membolehkan  Parti Ketuanan Melayu terus berkuasa. Mereka yang memiliki DNA Ketuanan Melayu ini bukan sahaja  sedar malah satu ketika dahulu mereka membuat perancangan bersama SPR untuk memastikan   gerakan rakyat tidak mungkin maju dan ampoh. Seharusnya mereka wajib bersuara atau mereka ini sedang mengeram?

Memasuki PRU14 tanpa memahami sistem PRU yang diwujudkankan oleh SPR samalah saperti menyeberang padang Pasir Sahara tanpa bekalan air. Atau  berkereta  dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam tanpa minyak petrol. Atau ingin ke Mekah tetapi tidak ada paspot. Justeru, memahami sistem adalah wajib. Kerana  sistemlah yang melahirkan keputusan PRU13.

Sistem pilihan raya  dalam negara kita ini diluluskan oleh Parlimen.  Waspada! Kalau dilulus oleh Parlimen tidak samestinya sistem ini adil.  Sistem pemilihan ini diwujudkan sademiakan rupa untuk memberi bayangan bahawa rakyat Malaysia ini ada hak untuk memilih kerajaan.

Seimbas pandang memang dilihat  di Malaysia  wujud pilihan raya. Tetapi apabila di halusi, apabila dikaji selidik maka kita akan mendapati  bahawa sistem  pilihan raya di Malaysia ini adalah satu penipuan. Pilihan raya selama ini  telah digunakan untuk mengkaburi mata orang ramai. Untuk memberi harapan dan  mampi.; Mimpi ini bertemakan harapan  -  kalau orang ramai mengundi maka  ada  kemungkinan akan dapat berlaku perubahan.  Ini adalah angan-angan tengah hari. Ini mimpi ditengah panas.

Justeru salah satu dari ajenda melihat kembali  apa yang telah terjadi dalam PRU13  ialah melihat SISTEM pilihan raya itu sekali lagi. Sistem ini wajib dikupas untuk difahami.  Apabila sistem ini telah dikupas maka saya amat yakin pemimpin parti, pekerja dan aktivis parti akan terperanjat.  Satelah terperanjat mereka  akan faham dan sedar  betapa mustahilnya untuk Parti Ketuanan Melayu dikalahkan.  Pekerja  dan aktivis parti yang telah  faham tentang sistem pemilihan ini wajib menerangkan  hakikatnya kepada orang ramai. Ini untuk memberi  pencerahan dan memperkasa fikrah bakal pengundi.

Memanag ada pemimpin parti dan juga aktivis parti yang  merasa  menentang  SISTEM pilihan raya ini tidak penting.  Untuk mereka mencari sokongan dan undi lebih penting. Jalur ini berpendapat bahawa jika peratus sokongan bertambah maka Purtajaya akan ditawan. Yakinlah,  sesiapa yang memiliki jalur pandangan sademikian bermakana mereka TIDAK ingin menggulingkan  United Malays National Organisation.

Jalur pemikiran sademikian gagal memahami asas politik. Gagal memahamai asas ekonomi.  Jalur pemikiran ini kelihatan sejalur dengan pemikiran  United Malays National  Organisation. Malah pegawai SPR sendiri  memiliki dan menyebarkan jalur ini.

Melihat kembali PRU13 ialah melihat kembali SISTEMpemilihan itu sendiri.  Disini saya bersetuju untuk menggunakan post-mortem. Kita post-mortem SPR – bedah dan lihat – agar  mayat SPR itu tidak akan bangun-bangun lagi. (TT)