Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

20 Januari, 2014

Kes Lembaga Pengarah PKNS. Jom Baca untuk pencerahan!

Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum tentang laporan meluas oleh media tentang kedudukan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemanjuan Negeri Selangor (PKNS) yang memberi gambaran seolah-olah perkara ini melibatkan kepentingan awam yang mendesak.

Kita berpendapat perkembangan tidak sihat ini berlaku kerana spekulasi yang dibuat oleh pelbagai pihak tanpa merujuk kepada fakta yang sahih.

Saya telah berbincang dengan pegawai kanan kerajaan tentang perkara ini dan menyerahkan surat kuasa kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Eksekutif Kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Surat kuasa ini membolehkan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan  fakta dan undang-undang.
Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh adalah amat sukar jika keduaa-duanya masih bertugas di PKNS. Justeru, Dato’ Setiausaha Kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada dua pegawai ini ditukarkan sementara ke Ibu Pejabat SUK bermula hari ini. Ini adalah kerana mereka adalah penjawat awam dan sebarang tindakan perlu mengikut peraturan penjawat awam.

Antara pekara-perkara yang perlu disiasat secara terperinci ialah bagaimana surat pemecatan Ahli Lembaga Pengarah dikeluarkan oleh Pengurus Besar tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS.

Keputusan ini telah saya maklumkan kepada kedua-dua pegawai terlibat dan meminta mereka memberi kerjasama penuh kepada siasatan. Saya juga telah memberitahu keputusan ini kepada Ahli Lembaga Pengarah PKNS dalam mesyuarat sebentar tadi.

Sementara itu, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh Pengurus Besar PKNS pada 8 Januari lepas untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
20 JANUARI 2014

Seterusnya............

MB: Dua pegawai PKNS ditukar sementara untuk siasatan dalaman

Oleh Lizawati Madfa
SHAH ALAM 20 JAN: Dua pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hanya ditukar sementara ke ibu pejabat kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tindakan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat.
“Mereka adalah penjawat awam dan sebarang tindakan perlu mengikut peraturan penjawat awam,” katanya pada kenyataan media petang ini.
Dua pegawai itu ialah Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek. Isu itu berkait rapat dengan pengguguran Mohamed Azmin Ali dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS.
pkns-logo
Abdul Khalid berkata, antara yang disiasat ialah bagaimana surat pemecatan Ahli Lembaga Pengarah dikeluarkan oleh Pengurus Besar tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS.
“Keputusan ini telah saya maklumkan kepada kedua-dua pegawai terlibat dan meminta mereka memberi kerjasama penuh kepada siasatan.
“Saya juga telah memberitahu keputusan ini kepada Ahli Lembaga Pengarah PKNS dalam mesyuarat sebentar tadi,” katanya.
Abdul Khalid berkata, surat kuasa itu membolehkan Khusrin melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan fakta dan undang-undang.
“Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh adalah amat sukar jika kedua-duanya masih bertugas di PKNS,” katanya.
Kenyataan itu, kata Abdul Khalid, dibuat berikutan laporan meluas media mengenai kedudukan Ahli Lembaga PKNS yang memberi gambaran seolah-olah ia melibatkan kepentingan awam yang mendesak.
Beliau menyifatkan ia sebagai perkembangan tidak sihat berikutan spekulasi pelbagai pihak tanpa merujuk fakta sahih.
“Saya berbincang dan menyerahkan surat kuasa kepada Mohamed Khusrin untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS,” katanya.
Pada kenyataan media sama, Abdul Khalid berkata,  kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, kekal seperti yang diarah Pengurus Besar PKNS pada 8 Januari lalu bagi mengelak sebarang komplikasi perundangan.

3 ulasan:

Yong berkata...

Hmm...Selalu kencing, kena kencing pulak.

TheSniper berkata...

hehehe

malaysiabaru berkata...

salam

pkmak la insider job oleh PAS dan DAP.... nak dengki dngan PKR pun agak agak laaa...

nak hasan mangkuk ali brulang ker ??? mat bulat inskandar semak ??
heran eh macam mana nama ko dengan datuk apek teng boleh ada dalam senarai lantikan ...

wakil pk selain mb sebagai chairman siapa ???

iskandar oooiiii ko jgn main main baru sebulan jadi peseruhaya pas selangor ko nak buat stail hassan mangkuk