Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

23 Januari, 2014

Timbalan Presiden PKR. Anwar dah bagi klu?



  • Anwar IbrahimAnwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Penasihat Ekonomi Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penguguran Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bukan atas arahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Anwar mengulangi kenyataannya bahawa seorang pengurus besar tiada hak membuat surat arahan bagi meminta mana-mana ahli lembaga pengarah meletakkan jawatan.

"Saya dah bincang dengan  Khalid (Menteri Besar ), dan beliau sudah menjelaskan bahawa beliau tidak mengarahkan sama sekali (pengguguran Azmin).

"Melihat kepada fakta (kes ini), Pengurus Besar tulis surat, Menteri Besar tidak ada sebut sedemikian dan tidak ada arahan sedemikian, walaupun ada mesyuarat Exco, pengurus besar syarikat tidak boleh menulis tanpa arahan daripada kerajaan negeri berhubung penguguran mana-mana ahli majlis, lembaga itu ialah tuan punya syarikat atau setiausaha syarikat, bukan pengurus syarikat," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau tidak menyokong tindakan PKR Selangor yang menghantar nota bantahan kepada di Ibu Pejabat PKNS berhubung tindakan Abdul Khalid yang mengarahkan penukaran serta-merta kepada Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan juga Setiausaha Kerja perbadanan itu, Norita Mohd Sidek yang berkuat kuasa 20 Januari lalu.

"Saya akan menasihatkan mereka, tidak perlu tindakan sebegitu dan saya akan menasihatkan ahli-ahli PKR untuk tunduk kepada Majlis Pimpinan parti, dia boleh bagi pandangan, teguran dan telah dikemukakan dan dia juga harus mendengar penjelasan kerajaan negeri," katanya.

Pada sidang media yang sama, PR sekali lagi mengajak kerajaan BN bermuzakarah bagi membincangkan isu semasa.

Ketua Pembangkang itu berkata perbincangan itu bagi mengelakkan tercetusnya insiden yang tidak diingini, lebih-lebih lagi apabila isu peristiwa berdarah 13 Mei dibangkitkan ketika demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Kita ingin jelaskan isu ekonomi, kemiskinan, kenaikan harga barang adalah isu rakyat.

"Tidak harus diputarbelitkan dan menakut-nakutkan dengan mengaitkan 13 Mei. Selalunya yang menjadi mangsa adalah rakyat bawahan. Sebab itu kami menggesa Perdana Menteri yang merangkap Pengerusi BN segera menyambut saranan ini," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, bukan setakat DAP, malah semua pihak termasuk PKR dan Pas tidak mahu peristiwa berdarah itu berulang kembali.

"Tak pernah dalam negara kita lalui zaman macam ini. Ada satu pihak rela cetuskan kebencian kaum dan agama berasaskan kenyataan palsu dan tidak benar untuk menunjukkan keadaan tak baik di negara ini," katanya.

Minggu lalu, lebih 600 ahli Umno Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi di Seberang Jaya membantah tindakan Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon menyuapkan kangkung kepada replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam demonstrasi tersebut, peserta turut didakwa membawa sepanduk tertulis: "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?".

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pecat aje sibahlol azmin akan amanlah pkr selangor. org macam ni gila kuasa bknnya bekerja untuk rakyat. kalu nak ganti mb kpd azmin aku harap pas dan dap buat bantahan.

ras abu berkata...

SETUJU 1000% Azmin, Zuraidah dan semua kuncu-kuncunya disingkirkan dari PKR.

Mereka ini akan merosakkan nama baik PKR/PR. Hanya sebab tidak dapat jadi BOD PKNS sudah nak melenting hingga nak pecat MB Khalid.

Ini dinamakan tamak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Harapan suci rakyat tidak tercapai adalah angkara MUSUH ddlm selimut yg konon2nya bersama2 ttpi MENYAMAR utk mengHIANATI rakyat.

Org no.1 ddlm PAS buat lawok geliga komunis dan pil kuda

Org no.2 PKR pon geliga juga sprt tulisan Raja Petra Kamarudin-rpk tentang Azmin's brilliant political move..ddlm Malaysia Today!

Selagi yg no.1 dan no.2 tu masih ada selagi itulah rakyat ternganga tertipu khayal berfanta-morgana.

Tanpa Nama berkata...

PR merupakan satu organisai kerjasama antara parti yang matlamat mereka untuk memberikan kuasa dan hak kepada rakyat menentukan pemimpin yang benar2 boleh memimpin negara berdasarkan krebiliti dan kebijaksanaan individu seseorang. Jika beliau layak untuk ditempatkan sebagai seorang pemimpin biarlah rakyat dan ahli yang menentukannya dan bukannya keluarga beliau sendiri samada bapa, ibu dan adik beradik beliau. PR jangan jadi seperti sebahagian parti dimana individu yang kurang kredibiliti dan tidak 'kuat' sebagai ketua dijadikan pemimpin malah menjadikan parti tersebut sebagai 'layak' memerintah secara turun temurun. Jika dah lama memerintah dan kelihatan kurang berfungsi maka perlu diturunkan dan berikan kepada pihak lain yang benar2 boleh memerintah. Itu sebenarnya kepemimpinan yang hebat.

vmc master berkata...

Rahsia Pancutkan Isteri Tersebar !!
Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !! >>> http://bit.ly/1aNp5Bz