PRU13 telah selesai. Pakatan Rakyat telah menang dengan mendapat 52% jumlah undi popular. Tetapi melalui penipuan, melalui sistem pemilihan yang tidak adil United Malays National Organisation telah merampas kuasa dari 52% rakyat Malaysia. Dengan penipuan yang dirancang oleh SPR parti Ketuanan Melayu berjaya mendapat 47% jumlah undi. Bayangkan jika tidak ada penipuan? Bayangkan jika PRU dilakukan dengan bersih, telus dan adil. Tanpa penipuan parti Ketuanan Melayu ini pasti telah lama rahai.
Tetapi persoalan yang terus muncul - dimana penipuan berlaku? Mana bukti-bukti saheh? Tunjukkan bukti? Kenyataan dan ucapan pertanyaan saperti ini selalu kita dengar dari penyokong United Malays National Organisation. Malah penyokong dan simpatisan Pakatan Rakyat juga ada yang sama bertanya.
Tulisan – melihat kembali - ini akan cuba menerangkan bagaimana penipuan berlaku dan siapa yang melakukannya. Adalah penting untuk kita semua memahami bagaimana secara licik penipuan telah berjalan. Silap mata ini berlaku dihadapan mata kita. Kita wajib memahami bagaimana silap mata ini dijalankan. Memang licik - memang dirancang justeru kita wajib mengumpul pengalaman memahami silap mata ini untuk dijadikan ilmu agar kita dapat mara ke PRU14.
Saya ingin membawa para pembaca mengingati kembali 1 minggu sebelum hari membuang undi. Berita dari laman-laman berita yang anti-kerajaan mula melaporkan tentang ‘orang-orang asing’ telah mula diterbangkan dari Sabah ke Semenanjung. Ingat atau tidak berita ini? Kita sedang hangat-hangat berkempen tetiba berita ini pecah.
Semuanya bermula apabila laman-laman anti-United Malays National Organisation mula menerima ‘maklumat dari dalam’ tetang rancangan membawa masuk pengundi hantu. Pengundi hantu dikatakan akan diterbangkan dari Sabah dan Sarawak. Laman-laman ini membocorkan number penerbangan , dimana akan berlabuh dan nama-nama penumpang pun ada disenarikan sama. Nama-nama bakal pengundi yang pelik-pelik ini dapat kita baca dari laman-laman ini.
Malah Pejabat Empower di Petaling Jaya yang menjadi pusat Bersih telah dilawati oleh seorang Pemandu Kapal Terbang yang mengaku bersimpati dengan Pakatan. Si Pemandu ini dengan mengigil dan ketakutan ini telah membocorkan jumlah dan nama-nama penumpang dari Sabah. Tapi Si Pemandu ini takut dan enggan mengenalkan nama dan diri. Malah enggan membuat kenyataan secara terbuka.
Pada 3 Mei Borneo Post telah menafikan wujudkan penerbangn khas ini. Berita Boeing 747 mengambil pengundi hantu dari Kuching dan Kota Kinabalu untuk dihantar ke Semenanjung telah dinafikan. Penafian ini muncul kerana Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya telah menimbulkan pekara pengundi hantu ini. Anwar telah menghebohkan berita ini untuk pengetahuan umum.
Berita ini ‘dibaca’ semakin saheh dan boleh diyakini apabila Setiausha Agong United Malays National Organisation Tengku Adnan pada 2 Mei telah membuat kenyatan bahawa yang mengeluarkan belanja tiket kapal terbang itu adalah Si Polan dan Si Polan yang bersimpati dengan parti Ketuanan Melayu. Parti Ketuanan Melayu berbangga kerana mendapat sokongan dari ‘penyokong yang kaya’. Kenyatan Tengku Adnan ini disambut pula esoknya oleh SPR yang mengatakan bahawa bukan satu kesalahan membelikan tiket untuk membawa bakal pengundi pulang mengundi. Sah ada Pengudi diterbangkan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.
Tidak cukup dengan kenyataan Tengku Adnan, tidak memadai dengan kenytaan SPR - negara digemparkan dengan penangkapan tuan pengendali sebuah laman internet. Laman ini dikatan telah mengeluarkan nama-nama penumpang dari Sabah yang dikatakan bakal menjadi Pengundi Hantu di Semenanjung. Pengendali laman ini masuk rumah pasong untuk ditahan. Lagi berita saheh tentang Pengundi Hantu.
Kenyataan dan berita berita telah memaksa Bersih dan beberapa Ngo untuk mengadakan mesyurat tergempar tentang isu ini. Satu perjumpaan Ngo dan aktivis bersama Pemimpin Pakatan telah diadakan pada minggu yang sama di Hotel Armada Petaling Jaya. Akhirnya satu pasukan motosikal NGO dan Aktivis Pas telah bersetuju untuk mengawal ‘gerak geri ganjil’ dilapangan terbang KLIA dan Subang dan LCCT.
Apa sahaja gerak geri ganjil ini akan dilaporkan kepada Bersih. Dikatakan bahawa ‘pengundi hantu ‘ ini keluar dipintu ‘kargo’ bukan dipintu biasa. Maka pintu-pintu keluar ini akan dijaga oleh aktivis PAS yang bermotosikal. Bas-bas yang keluar masuk dalam lapangan terbang akan diekori.
Maka munculkan berita bagaimana adanya bas membawa ‘pengundi hantu’ yang diekori dari Subang. Tetapi bas ini terus keluar dan meluncur untuk menghilangkan diri ke kawasan pendalaman. Malah muncul juga berita bagaimana adanya kapalterbang yang mendarat dilapangan terbang kecil.
Jumlah 40,000 Orang Pengundi Hantu telah diwar-warkan dan terus disebut-sebut. Berita ini menjadi ombak dalam suasana PRU13 yang bagitu panas. Akhirnya Datuk Ambiga Pengerusi Bersih telah membuat kenyataan. Datuk Ambiga telah berkata - 40,000 ini boleh mengubah keputusan pilihanraya.
Betul kah semua ini? Apa yang saya tulis diatas memang telah berlaku. Kali ini saya membawa para pembaca dan penyokong Pakatan untuk melihat kembali kes 40,000 Pengundi Hantu. Ini penting untuk Pakatan melihat apa yang telah berlaku sebagai pengalaman untuk dijadikan ilmu pengetahuan.
Pada masa sekarang saya amat bagitu yakin 40,000 Pengudi Hantu ini hanyalah ‘decoy’- Decoy ialah mengalih pandangan. Justeru 40,000 Bangla ini hanyalah umpan. Semua ini adalah sebahagian dari satu perancangan licik SPR untuk mengabui mata orang ramai.
Pengundi Hantu Bangla ini dijadikan ajenda besar. Malah disahehkan ianya wujud. Justeru berita 40,000 Bangla ini sengaja diheboh heboh satu minggu sebelum pegundian berjalan. Berita ini menjadi ‘decoy’. Ini adalah satu rancangan tipu helah untuk menutup penipuan yang lebih besar. Apabila seluruh negara heboh dengan 40,000 Pengudi Hantu, SPR secara senyap-senyap telah merancang bukan dengan 20,000 bukan dengan 100,000 tetapi dengan 240,000 Pengundi Awal.
Pengundi Awal inilah pengundi hantu yang sebenarnya dalam PRU13. Dengan perancangan licik - 240,000 Pengundi Awal telah dibenar mengundi lebih awal kerana mereka dikatakan bekerja pada hari mengundi. Sistem Pengundi Awal ini dimulakan dalam PRU13. Sistem Pengundi Awal ini diterima pakai kerana adanya penggunaan dakwat kekal. Sistem dakwat kekal ini juga diperkenalkan kali pertama dalam PRU13.
Dengan adanya dakwat kekal maka jari 240,000 Pengundi Awal akan dilihat hitam. Jari yang berdakwat akan dilarang mengundi. Bunyinya cukup selamat. Sistem dakwat kekal ini amat menyakin. Tetapi dibelakang sistem dakwat kekal ini wujud satu lagi perancangan yang lebih licik.
Dakwat kekal ini memang dirancang untuk TIDAK kekal. Ini untuk membolehkan 240,000 Pengundi Awal berpelung untuk mengundi sekali lagi. Sebenarnya Pengundi Awal inilah yang memenangkan United Malays National Organisation. Pengundi Awal menjadi tulang belakang untuk menipu dan membolehkan United Malays National Organisation mendapat 47% undi. Seramai 240,000 Pengundi Awal ini adalah pekerja SPR yang telah dilatih oleh SPR untuk menjalankan projek PRU13.
Apa makna 40,000 Si Bangla Pengundi Hantu?
Pengundi Hantu Bangla memang wujud. Kita melihat klip-klip dalam YouTube tentang beberapa Orang Asing yang datang dengan Polis untuk mengundi. Mereka ini dihalang. Ada yang ditangkap.
Lalu persolaan timbul kenapa Pengundi asing ini datang dengan Polis? Jelas ini juga sebahagian dari ‘decoy’. Pengudi Asing ini sengaja datang dengan Polis agar orang ramai akan kelihatan ‘berjaya’ menghalang mereka. Pekerja dan penyokong Pakatan akan merasa puas hati jika dapat menahan Pengundi Asing. Sayangnya Pengundi Asing yang datang dengan Polis ini hanyalah ‘decoy’ untuk mengkaburi Pengundi Awal yang datang berkali-kali mengundi.
Sila ingatkan kembali negara mana yang pertama dilawati Najib sesudah PRU 13? Ingat atau tidak? Najib telah melawat Bangladesh. Apa tujuan melawat Bangladesh? Najib bukan makan sireh. Rosmah tidak dapat bershopping di Dacca. Kenapa Najib melawat Bangladesh? Jelas, tujuan Najib ialah untuk memperlekeh Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim yang telah membuat kenyatan tentang 40,000 Pengundi Hantu Bangla.
Kenyataan menyelar Anwar telah dilakukan oleh Najib di Dacca dalam sidang akhbar bersama Sheikh Hasina Perdana Menteri Bangladesh. Menimbulkan isu 40,000 Pengundi Hantu Bangla di Dacca bertujuan untuk mendapat impak maksimum. Ini dilakukan dengan niat untuk mendapt laporan media antarabangsa yang meluas kerana hingga ke hari ini Pakatan Rakyat secara resmi masih belum menerima kemenangan 47% United Malays National Organisation hasil dari undi tipu.
Najib bukan hanya membebel tentang 40,000 Bangla ini di Dacca. Pekara ini telah telah dijadikan modal oleh Najib yang ke hulu ke hilir membawa cerita 40,000 Bangla. Kalau Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun, Najib dengan 40,000 Bangla.
Melihat kembali apa yang telah berlaku maka hari ini kita sedar bagaimana Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, beberapa Ngo termasuk Bersih telah diperangkap dengan ‘ decoy’ 40,000 Bangla. Hakikatnya United Malays National Organisation bersama SPR telah berjaya mengkaburi mata orang ramai dengan 40,000 Bangla. Kita heboh dengan 40,000 Bangla – SPR berjaya membawa masuk 240,000 Pengundi Awal. Apa yang telah berlaku ialah pukul tabuh dihulu tapi menyerang di hilir. Maka hendaknya silap mata SPR ini akan dapat kita jadikan ilmu. ( TT)
1 ulasan:
Salam
Ini cerita lama laa KitA semua tahu pekerja spr adalah di kalangan puteri umno
kuli kerajaan ada 1.3 juta org. Dan semua mereka ini undi bn!.
Habis cerita
Catat Ulasan