Menyentuh berkaitan isu Pusat Giat Mara Selayang yang heboh diperkatakan akan ditutup oleh kerajaan negeri, suka saya nyatakan bahawa kunjungan Exco kerajaan negeri selangor bersama wakil SSIC tempoh hari adalah merupakan siri-siri lawatan kerajaan negeri mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang diduduki secara tidak sah didalam negeri Selangor termasuklah Pusat Giat Mara Selayang.
Saya berkesempatan melawat ke Pusat Giat Mara Selayang pada pagi tadi, yang disambut mesra oleh pihak pengurusan dan guru-guru yang bertugas, dan juga kelihatan beberapa pelajar yang sedang membuat latihan amali berkaitan elektrik dan pelajar lain sedang rehat tengahari.
Difahamkan pusat ini berkapasiti pelajar lebih kurang 100 orang termasuk yang sedang melakukan latihan industri diluar, dengan dua sessi pengambilan setiap tahun bagi kursus elektrik dalam tempoh 2 tahun.
Setelah dibawa melawat sekitar Pusat Giat Mara ini, saya dapati keadaan infrastruktur banggunan memang amat perlu dinaik taraf untuk keselesaan pelajar khususnya dewan kuliah yang ditempatkan dalam kabin dua tingkat yang serba kekurangan begitu juga keadaan sekitaran yang sangat sempit dan tidak selesa. Ianya difahamkan bahawa banggunan ini adalah diubah suai dari dewan orang ramai yang terbiar sebelum ini.
Pandangan saya sepatutnya pihak kerajaan persekutuan dan Giat Mara perlu lebih perihatin dengan memastikan kebajikan dan keselesaan pelajar agar mampu menimba ilmu dan latihan dengan baik
Saya ingin ucapkan terima kasih atas keperihatian kerajaan negeri Selangor, dimana setelah mendapati Pusat Giat Mara ini berada di atas tanah kerajaan negeri secara tidak sah status dan tanpa izin ini masih beroperasi menawarkan bantuan kewangan sekiranya pihak Giat Mara tidak mampu untuk membaik pulih infrastruktur banggunan tersebut ketahap yang sesuai dan mencapai piawai sebagai sebuah institusi latihan dalam tempoh yang diberikan, dan kerajaan negeri juga akan menawarkan tempat yang lebih sesuai sekiranya Pusat Giat Mara ini ingin berpindah memandangkan sekarang ianya berada di tengah kawasan perumahan yang sempit.
Saya selaku ADN Taman Templer akan berbincang dengan kerajaan negeri kearah memastikan agar Pusat Giat Mara ini dapat dikekalkan untuk kemudahan belia-belia Selayang mendapat latian teknikal dan dalam masa yang sama mengharapkan agar Giat Mara dapat bekerjasama dgn kerajaan negeri untuk menaiktaraf Pusat Giat Mara ini di kepada yang lebih baik. sekiranya memang kawasan itu tidak sesuai, saya akan membantu untuk mengenal pasti tempat yang lebih sesuai disekitar Selayang.
Dalam masa yang sama, saya juga merasa mual dengan sikap UMNO yang seolah-olahnya jaguh orang Melayu tetapi hipokrik dengan sekian lama membiarkan pusat latihan Giat Mara yang memberi latihan kepada anak bangsa dalam keadaan tidak sah status tanah dan juga keadaan banggunan dan kemudahan yang serba kekurangan. Saya minta kepada UMNO supaya berhenti hipokrik dalam memperjuangkan bangsa dan agama seperti mana yang mereka laung-laungkan tetapi buktikanlah dengan tindakan walaupun saya memang meragui akan keikhlasan dan keupayaan mereka.
Yb Hj. Zaidy bin Abdul Talib
ADN Taman Templer
Ketua Penerangan PAS Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan