Dicatat oleh WFAUZDIN NS
SERAH ISU KALIMAH ALLAH PADA YANG BERHAK, KITA FOKUS DEDAHKAN PENIPUAN REJIM.
FOKUS Kita kini haruslah kepadma permasalahan rakyat tak kira bangsa dan ugama, iaitu kos sara hidup yang tinggi dan sifat berpoya-poya pemimpin Umno. Isu kalimah Allah, itu urusan mereka yang arif iaitu para-para Mufti dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan termasuk juga Ketua Agama di setiap negeri iaitu Sultan untuk menanganinya.
Rakyat di bawah jangan alpa dengan mainan licik Umno untuk hilangkan fokus kita terhadap isu kenaikan harga barang sekaligus membuktikan janji-janji Najib sebelum PRU 13 yang lalu terbukti bohong dan khianat. Himpunan TURUN ke Dataran Merdeka pada 31 hb Dis yang lalu amat memalukan mereka kerana gagal menghalang rakyat turun berhimpun walaupun propaganda jahat dan jijik telah dimainkan.
Usaha berterusan rejim untuk menghina rakyat bukan sahaja bermula sebelum perhimpunan, malahan setelah berjayanya himpunan tersebut ada tok peti memberi "fatwa murahan" melabelkan orang ramai yang berhimpun secara aman tanpa senjata untuk membantah kenaikan harga barang itu sebagai "Bughah" atau penderhaka yang darah mereka "halal" untuk dikorbankan.
Ertinya, tidak semua tok peti cerdik atau alim dalam bab agama apatah lagi yang berkelulusan Diploma sahaja. Rujukan tok peti ini adalah dari berita-berita media berlidah syaitan dan juga dari akhbar yang entah berapa kali kena saman kerana menfitnah.
Inilah kitab muktabar buat tok peti untuk menghukum dan beliau akui sendiri kenyataannya itu adalah mengikut "kefahaman"nya sendiri. Ertikata lain, jika otaknya label diploma dan beku pula, maka tentulah hukum yang diberikan itu menjadi bahan ketawa orang ramai.
Kita akan terus fokus kepada isu kenaikan harga barang. kongsikan sebanyak mungkin maklumat dan fakta berkaitan isu ini di dalam FB atau blog kita agar rakyat tidak lalai dan leka dengan isu kalimah Allah yang mereka sendiri tidak pernah menunjukkan minat dengan hukum Allah.
Kita boleh sesekali jawab isu tersebut tetapi fokus utama kita kembali kepada isu kenaikan harga barang. Percayalah, jika kita terus fokus isu ini mereka pasti akan lebih tertekan kerana mereka amat bimbang jika isu kenaikan harga barang ini kita lagu-lagukan setiap hari, akhirnya orang-orang Melayu miskin yang melambak di dalam Umno itu akan mula merasai mereka telah tertipu dengan pemimpin mereka sendiri.
Sehubungan itu, kita teruskan usaha kita menyedarkan rakyat bahawa rejim yang ada sekarang telah dan akan terus menghisap darah mereka tidak kira darah itu "halal" atau "haram".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan