Nilai Ringgit Jatuh - Ini Jawapan Dari Ahmad Maslan - Rakyat Boleh Mula Menggunakan Barang Tempatan.
Berikut kat bawah ialah jawapan dari timbalan menteri kewangan II mengenai kejatuhan nilai ringgit. Seperti yang dipetik menerusi laman rasmi facebook yang mewakilinya.
PENYUSUTAN NILAI RINGGIT
(Nota oleh D Ahmad b Maslan TMK)
1. Nilai ringgit ditentukan oleh keadaan pasaran. Ada kalanya nilai ringgit meningkat dan adakalanya menyusut. Pada tahun 2014, ringgit menyusut dibanding dollar Singapura, dollar Taiwan, rupiah Indonesia , rupee India, baht Thailand, dollar Hong Kong & dolar US. Namun ringgit mengukuh jika dibanding, won Korea, dolar Australia, pound UK, matawang Euro & yen Jepun.
Persoalannya. Kenapa nak banding dengan matawang dari negara lain? Kenapa tak hurai je kejatuhan nilai ringgit daripada sibuk membanding dengan matawang negara lain?
2. Ini berlaku akibat penurunan harga komoditi terutamanya petroleum dan penambahan nilai mata wang US yang disebabkan oleh faktor- faktor antarabangsa. Pada 3/12/14 harga minyak jenis Tapis turun kpd USD73.93 setong. Namun purata harga minyak Tapis Jan-Nov 2014 masih tinggi iaitu USD107.23 setong kerana sebelum ini harga minyak sehingga awal Oktober adalah tinggi.
Jadi. Apa langkah kerajaan untuk menanggani permasalahan tersebut? Petroleum bukan hanya dijualbeli melibatkan negara Malaysia. Bahkan negara2 lain juga termasuk Amerika. Kenapa matawang mereka kian mengukuh dan matawang kita kian jatuh?
3. Penyusutan nilai ringgit boleh dilihat drpd kadar tukaran dgn dollar US yang mana tertinggi tahun ini pada 28/8/14 dgn nilai 3.1480 & terendah pada 4/12/14 dgn nilai 3.4475. Sementara dolar Spura pula tertinggi pada 27/8/14 dgn nilai 2.5248 & terendah pada 11/2/14 dgn nilai 2.6332.Nilai ringgit tidak semestinya terus menyusut memandangkan negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh.
'Tak semestinya' bukan jawapan yang pasti. Rakyat mahu kerajaan berikan satu penyelesaian kepada perkara tersebut.
4. Barangan import akan lebih mahal sedikit kerana komponen produk yg diimport naik harga. Namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Msia yg seterusnya akan mengembangkan sektor pembuatan dalam negara.
Jadi. Bagaimana ini mampu membantu ringgit menjadi kukuh dan tidak terus jatuh untuk hari2 mendatang? Bukan semua rakyat Malaysia jenis membeli barangan import dan bukan semua jenis barangan dapat dihasilkan oleh negara. Bagaimana jawapan ini mampu menyelesaikan nilai ringgit yang kian jatuh?
5. Barangan export Msia ke luar negara akan lebih murah. Ini akan mengembangkan sektor export. Maka akan bertambah keuntungan sykt, kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kpd Kjaan & bilangan kilang juga berkembang.
Jadi semua rakyat Malaysia bekerja dengan industri eksport? Dapat gaji dan bonus yang lebih baik? Mampu kurangkan kos sara hidup dan kurangkan kadar inflasi?
6. Sektor pelancongan akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit. Pertumbuhan ekonomi berlaku.
Jadi semua rakyat Malaysia bekerja dengan industri pelancongan pula? Dapat gaji dan bonus yang lebih baik? Mampu kurangkan kos sara hidup dan kurangkan kadar inflasi? Kejatuhan ringgit memberikan kebaikan untuk pelancong dan orang Malaysia perlu tepuk tangan?
7. Sektor perkhidmatan yg diberi kpd pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dgn peratus penurunan matawang. Sektor perkhidmatan sebegini adalah sebahagian drpd komponen export.
Dan bagaimana ini mampu memanfaatkan rakyat terbanyak di negara ini?
8. Kesan positif bersih terhadap penyusutan ringgit kpd ekonomi negara mungkin tidak ketara. Namun ia bergantung kpd berapa banyak export & import. Setakat ini, export kita pada paras yg lebih berbanding import.
Apa kata bentangkan data dan analisis yang lebih kukuh agar rakyat boleh mengkaji akan kebenaran kenyataan di atas wahai menteri?
9. KDNK / GDP ialah penggunaan + pelaburan + perbelanjaan Kjaan + (export - import). GDP = consumption + investment + government expenditure + (export - import). Export yg lebih & import yg kurang akan mengembangkan KDNK / GDP.
Jadi. Bagaimana perkara ini boleh membantu nilai ringgit bertambah kukuh dan tidak terus susut lagi?
10. Nilai anggaran export tahun 2014 adalah RM762.8 billion & import ialah RM677.2 billion menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM85.6 billion.
Dan, bagaimana ini boleh menyelesaikan masalah nilai matawang yang kian jatuh?
11. Sektor hartanah akan lebih menarik dgn penyusutan ringgit kpd orang luar namun keyakinan pelabur akan menurun pada kadar minima kerana nilai matawang berkadaran sedikit sebanyak dgn keyakinan pasaran, namun kestabilan politik adalah faktor keyakinan yg utama.
Dan, sekarang Ahmad Maslan bercakap bahawa kejatuhan nilai ringgit memberikan kelebihan kepada warga asing dalam sektor hartanah di mana mereka boleh membeli lebih banyak rumah, tanah, aset dalam negara akibat pertukaran matawang dengan mengambil kesempatan atas nilai ringgit yang semakin jatuh. Jadi bagaimana perkara ini boleh memberikan kelebihan kepada rakyat Malaysia untuk membeli rumah dan meringankan beban kos sara hidup mereka? Rakyat Malaysia adalah mereka yang bekerja dan tinggal disini. Rakyat Malaysia bukan orang luar atau warga asing. Just in case kalau Ahmad Maslan lupa tentang fakta itu.
12. Pasaran baru utk minyak kelapa sawit perlu segera dicari oleh MPOB dll agensi spt Felda, Felcra. Petronas juga perlu terus mencari sumber baru minyak & gas dgn adakan JV di negara2 lain. Produk hiliran getah dgn ciptaan & inovasi baru perlu terus diusahakan.
Okay. Sementara itu apakah pelan jangka pendek untuk mengelakkan nilai ringgit dari terus susut?
13. Asas-asas ekonomi negara kita adalah sentiasa kukuh. Oleh itu penyusutan nilai ringgit tidak akan menjejaskan ekonomi negara dgn ketara. Ekonomi kita akan terus berkembang & hasrat utk jadikan Msia negara maju berpendapatan tinggi tidak akan terbantut.
Owhh okay. Apa kata bentangkan satu data kajian dan analisis bahawa rakyat Malaysia perlu buat bodoh aje dengan kejatuhan nilai ringgit untuk tujuan perbahasan dan perbincangan?
14. Dlm tempoh volatiliti / kemeruapan yang berlebihan, Bank Negara Msia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur. Ini akan menggalakkan kestabilan kadar pertukaran & memudahkan perdagangan & pelaburan.
Ini pelan BNM. Sekarang nyatakan apa pelan tindakan kabinet Najib dan kementerian kewangan.
15. Hasil Kjaan drpd sumber petroleum termasuk Petronas tidak terjejas banyak utk tahun ini sbb pengiraan purata harga minyak utk setahun 2014 adalah berdasarkan usd110 setong. Dijangka purata tahun ini sekitar usd104 setong dgn mengambil kira penurunan harga minyak pada Nov & Dis sekarang ini.
Dan kenapa jawapan ini boleh menghuraikan perbincangan tentang penyusutan nilai ringgit?
16. Rakyat sedang menunggu penurunan harga barang bila harga minyak turun. Peniaga, pengilang, pemborong, peruncit tentunya sedang membuat perkiraan yg wajar. Diesel juga dijangka turun pada 1 Jan 2015 melihat kpd trend yg ada. Diesel naik 3 sen utk 1 Dis 2014 disebabkan subsidi yg tinggi diberi utk seliter diesel selama ini. Utk tahun 2013 purata subsidi utk diesel ialah 76 sen seliter & ron95 subsidi 74 sen seliter. Harga bahan bakar / minyak skrng ini berada dlm ketetapan pasaran yg baik utk banyak pihak.
Dan kenapa jawapan di atas ada kaitan dengan perbincangan tentang penyusutan nilai ringgit?
Tkasih.
(4 Dis 2014)
Nampak tak?
Nampak?
Pertama. Ahmad Maslan kau neh tak menjawab soalan. Orang nak tahu. Kenapa nilai ringgit jatuh. Dan orang nak tahu. Bagaimanakah negara akan terjejas dengan perkara tersebut. Dan bagaimanakah kerajaan akan menanggani permasalahan tersebut. Apakah pelan tindakan kabinet dan adakah kerajaan bersedia berterus terang dengan rakyat bagi mengatasi masalah ekonomi di negara ini.
Kedua. Dia menjawab secara membuta tuli. Memuji bahawa kejatuhan nilai ringgit menguntungkan orang luar. So? Adakah negara Malaysia ini sebenarnya wujud untuk memberikan kesenangan kepada ORANG LUAR?
Ketiga. Dia suruh rakyat Malaysia fikir positif. Dia huraikan bagaimana kejatuhan nilai ringgit membantu industri eksport dan pelancongan di negara berkembang. Adakah kesemua rakyat Malaysia neh jenis bekerja dan terlibat dalam kedua2 sektor tersebut?
Keempat. Dia juga bercakap bahawa rakyat Malaysia akan berkalih ke barangan tempatan selepas barangan import jadi lebih 'mahal' akibat pertukaran matawang. Cara dia membayangkan bahawa owhhh bagusnya. Kita sekarang dah boleh support IKS. Nasib baik ringgit jatuh. Syukurlah.. rakyat Malaysia. Jom kita support product tempatan.
Kepala bana.
First. Aku nak tengok si mangkok ayun tue pakai hp apa. Kereta apa. Kasut apa. Beg pergi kerja apa. Kalau dia pun kadang2 terpaksa membeli barangan import atas sebab kesesuaian dan keperluan macam mana plak dia boleh fikir kejatuhan nilai ringgit akan membolehkan rakyat Malaysia berkalih kepada product tempatan berbanding membeli barangan import.
Faham tak point aku"?
Kalau tak faham, takpe. Faham kesimpulan je cukup la. Point aku ialah Ahmad Maslan ialah menteri yang bodoh paling bodoh, terbodoh dan sangat bodoh dalam sejarah menteri2 yang wujud kat negara neh dan diikuti dengan Hasan Malek.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan