Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

01 Disember, 2014

Sejarah PAS Ganu yang cuba disembunyikan.

Orang kata, sejarah tidak pernah menipu.... Saya jawab, tapi sejarah yang selalu kena tipu.
Ini ialah salah satu fakta sejarah yang tidak menipu dan tidak ditipu.
Dalam PRU1999, PAS dipimpin oleh ustaz Fadzil Noor..... PAS berjaya menawan Terengganu dengan kemenangan 28-4.
Dalam PRU2004, PAS dipimpin oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang..... PAS berjaya memberi kemenangan kepada UMNO dengan keputusan 4-28.
Di Kelantan, PAS hanya menang dengan kelebihan 3 kerusi..... Kemudian berlaku pilihanraya kecil bila seorang Adun PAS telah wafat dan BN telah merampas kerusi Pengkalan Pasir.... Akibatnya, kerajaan PAS dikekalkan di Kelantan hanya dengan perbezaan 1 kerusi...!!! Dan ada 1 kerusi yang calon PAS menang dengan majoriti 2 undi...!!! Maknanya, cuma 2 undi yang menyelamatkan kerajaan PAS Kelantan dari tumbang tersungkur menyembah tanah dalam penggal 2004-2008 itu.... Saya ulangi, 2 undi...!!
Kalu tidak kerana 2 undi itu, sudah tentu Kelantan tercatat dalam senarai kerajaan negeri yang terlingkup ketika Haji Hadi memimpin PAS.
Dalam PRU 2008, PR dipimpin oleh Anwar Ibrahim (walaupun dia tidak layak bertanding)... PAS menang besar di Kelantan dan berjaya merampas Kedah.... Kerajaan PR Perak juga melantik Adun PAS Nizar Jamaludin sebagai MB Perak... DAP menang di Penang... PKR juga berjaya merampas Selangor dari Khir Toyo.... Manakala kerusi parlimen Wilayah Persekutuan, calon PAS, DAP, PKR menyapu hampir semua kerusi....... Tetapi di Terengganu, negeri Dato' Seri Presideng, tetap istaqamah mempertahankan kekalahan dan berjaya mengekalkan status PAS sebagai pembangkang tanpa faedah.
Sebelum PRU 2013, gelombang kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN di peringkat federal nampak begitu kuat seluruh negara, gerakan menggempur BN dipimpin oleh Anwar Ibrahim.....
Ketika itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu ialah Saiful Bahari Mamat (Adun Paka) yang memegang jawatan itu hingga sekarang.... Mengikut adatnya, kalau PAS menang dan berjaya memerintah negeri, pesuruhjaya lah yang akan jadi Menteri Besar.
Dalam salah satu program ketika berkempen, dia telah ditanya, apakah rancangan dan tindakan yang PAS akan lakukan untuk memajukan negeri sekiranya berjaya merampas semula pemerintahan negeri Terengganu dari tangan BN..... (Umum mengetahui, Terengganu adalah negeri yang kaya tapi paling mundur dan majoriti rakyat Terengganu adalah kaya dengan kemiskinan.... UMNO telah gagal, dan PAS sendiri telah diberi peluang oleh rakyat dalam PRU 1999 ternyata lebih teruk dari UMNO)
Maka Pesuruhjaya PAS merangkap bakal Menteri Besar Terengganu itu menjawab dengan penuh yakin : "Kalau PAS berjaya perintah Tranung... kat highway LPT dari sempadan Kuantan sampai ke Telemong, kita akan dirikan 7 R&R... Tiap-tiap R&R tu semua ada jual seafood...!"
Begitulah kehebatan seorang tokoh politik PAS di bawah kepimpinan ulamak yang berpandangan jauh serta mempunyai misi, visi, dan wawasan yang jelas untuk memajukan negeri Terengganu.

Tiada ulasan: