Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

27 Januari, 2015

13 Mei terjadi selepas 5 tahun pilihanraya PBT dimansuhkan.

Haron Din jangan pandai ajar PAS berebut kerusi Kerajaan Tempatan sahaja sampai Putrajaya terlepas lagi ke tangan Umno


Saya pun ada terbaca  Melayu hilang kuasa dengan pilihan raya PBT, kata timbalah mursyidul am PAS.

Utusan dipetik, Tuan Guru Dr Haron Din dilaporkan berkata, "Sebarang isu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman akan mengundang padah."

"Kalau tidak segera, maka masa mendatang akan lebih mencabar, kerana itulah isu pilihan raya PBT ini elok dihentikan segera," kata Haron.

Tidak lama dahulu, segelintir pemimpin PAS turut berdalih kononnya Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat dibiarkan merampas Putrajaya daripada rejim Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas.

Mereka dilihat senada dengan Umno, kononnya Cina akan menentukan kuasa politik pada PRU13, jika PAS tidak meneruskan idea mirip Kerajaan Perpaduan (UG) dengan Umno.
Lim Kit Siang pernah menulis Mengapa pengundi Cina tidak akan menjadi faktor penentu dalam PRU13?

"Saya telah menyangkal kenyataan ini dengan mengatakan bahawa kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu dan tidak mahu menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke 13.
"Saya juga telah menekankan bahawa 'realiti' keadaan adalah dengan melihat bilangan pengundi Cina di Malaysia, adalah mustahil untuk pengundi Cina menjadi faktor penentu dalam PRU13.

"Biar kita meneliti dengan melihat kepada nombor dan bilangan, mengapa pengundi Cina tidak boleh menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke-13.

"Daripada 222 kerusi Parlimen, hanya 34 yang mempunyai komposisi pengundi kaum Cina sebagai majoriti. Walaupun Pakatan Rakyat (PR) memperoleh kesemua undi Cina dalam kerusi-kerusi ini ianya hanya akan memenuhi 15% kerusi parlimen.

"55 kerusi Parlimen dimana pengundi Cina membentuk 30% hingga 50% bilangan pengundi.

"Walaupun PR mampu memperoleh 80% undi Cina dalam kerusi-kerusi ini, ia masih memerlukan diantara 35% hingga 40% sokongan daripada komuniti yang lain untuk memenangi kerusi-kesrusi ini.

"Secara keseluruhannya, ini bererti hanya ada 89 kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Cina yang membentuk 30% jumlah keseluruhan pengundi.

"Andaikata PR memenangi kesemua kerusi parlimen ini, ianya hanya akan membentuk 40% jumlah kerusi parlimen, yang jelas tidak cukup untuk mencapai bilangan majoriti kerusi parlimen.
"Tetapi, apa yang dilihat adalah satu situasi dimana Barisan Nasional ditolak oleh pengundi dari pelbagai kaum, termasuklah majoriti kaum Melayu serta kerusi 'campuran' etnik yang dahulunya kubu kuat BN."

Kalau lihat daripada jendela fiqh, hujah Kit Siang lebih mendekati maksud ghalabatuz dzon (sangkaan kuat) atau dzon (sangkaan berasas).

Manakala dalih Haron Don menyokong Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula dilihat lebih mendekati maksud waham (sangkaan tidak berasas), yang sepatutnya ditolak dari segi fiqh Islam sendiri.

Hujah saya begini:
"Macam mana Hadi boleh percaya pilihan raya Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang kelak mampu mencetus Tragedi 13 Mei, sedangkan pilihan raya Kerajaan Tempatan terakhir menurut sejarah pada tahun 1964, iaitu lima tahun sebelum tercetus peristiwa 13 Mei 1969."

Apabila dibaca balik dakyah waham Haron Din ini, saya berharap Timbalan Mursyidul Am PAS jangan pula ghairah mengajar parti berebut kerusi ahli majlis PBT di Pulau Pinang, sampai terlepas lebih 60 kerusi Parlimen yang ditandingi di PRU14 nanti ke tangan Umno.

Perlu ingat Haron Din antara pemimpin PAS yang tak pernah banyak idea mengheret parti bergabung dengan Umno atas nama UG sejak dahulu lagi.
Setuju?


Sumber: faqar.blogspot.com/2015/01/haron-din-jangan-pandai-ajar-pas.html?m=1

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu pru?

mai kita tengok kedah sat...

kenapa pr buleh menang dalam pru12?

kerana undi cina jadi penentu di kebanyakan kerusi...

kenapa pulak bien buleh menang dalam pru13?

kerana undi cina jugak jadi penentu di kebanyakan kawasan...

itu baru di kedah...

negeri-negeri yang lain?

Tanpa Nama berkata...

haron din bukan ahli politik...dia pakar agama. Tidak semua pakar agama mahir berpolitik

Tanpa Nama berkata...

Join BN blh jadi menteri ceramah dan nikah kahwin.