KUALA TERENGGANU 30 Jan. – Pas tidak bimbang sekiranya kemelut dengan DAP berakhir dengan perpecahan dalam pakatan pembangkang kerana parti itu mampu bergerak bersendirian bagi meneruskan perjuangan hakikinya menegakkan syariat Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak menghadapi masalah jika tidak lagi diperlukan dalam pakatan pembangkang memandangkan parti itu telah wujud sekian lama dan pernah memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan mana-mana parti.
Beliau menjelaskan, apa yang penting Pas sentiasa berpegang pada prinsip perjuangan berdasarkan akidah dan kemenangan yang pernah diraih adalah dengan keizinan Allah.
“Pas tak ada masalah kalau pakatan terungkai kerana Pas adalah parti lama dan pernah menang sendiri dan juga pernah menang bersama. Kalau hari ini sudah tak boleh bersama DAP, kita sendiri atau mungkin dengan orang lain pula.
“Akan datang sekiranya terungkai pakatan pembangkang, kita tak bimbang kerana perjuangan Pas berasaskan akidah. Kita yakin menang apabila Allah beri kemenangan kepada kita.
“Apabila Allah nak beri menang, Allah buka hati manusia. Tak kira siapa mereka. Allah boleh buka hati orang Cina untuk sokong Pas walaupun tak masuk DAP. Itu hak Allah dan itu akidah kita. Sebab itu kita tak bimbang sesama makhluk sebab kita buat kerja kerana Allah,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah duha bersempena program Harap 3.1 Himpunan Harapan Semua selama tiga hari bermula semalam di Kampung Telaga Daing di sini hari ini.
Mohd. Khairuddin diminta mengulas mengenai kemelut yang semakin meruncing antara Pas dengan DAP termasuk percanggahan dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan terbaharu mengenai pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat seterusnya berkata, Pas tidak pernah tunduk kepada DAP dalam usaha parti itu untuk terus menegakkan syiar Islam di negara ini terutama hukum hudud di Kelantan.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga menolak dakwaan kononnya Pas seolah-olah mengikut telunjuk DAP sejak kedua-dua parti itu bergabung dalam pakatan pembangkang yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Pertama sekali tentang prinsip, apabila berlaku sesuatu isu dan dimainkan oleh media, kita ambil sikap berbincang secara dalaman dan itu sikap kita. Apa yang DAP buat, itu hal dia dan kita lebih bersikap dalaman,” katanya.
P/S: Takder siapa nak melarang aih!
Keluar je la. Lagi cepat lagi bagus!
8 ulasan:
Hoi nko nak keluar, keluar la.......apasal nak bawa pas sekali......nko ingat pas nko punya, ulamak bengong macam hamno la nko ni! P/ s bawa sekali tok guru nko......dan mereka yg sewaktu dengang mu!!! Ade faham!
BN jahat, kita undi pas (pakatan)
Dah menang
Bodoh pulak tu.
Cuba buat independant survey, sebelum buat keputusan. Tanya apa voter nak. Susah sangat ke?Yang bagus org bawah shj, top leader semua haprak.
Benarkah berjuang kerana rasa tanggungjawab ke atas agama. (Mungkin 20tahun dahulu) . Jika rasa dah terpesong baik berhenti. Itu lah yg sebaiknya.
Hai bila la PAS nak cabut keluar..... Naik rimas dan meluat aku tgk dia kat dlm...Dah rasa besar dan hebat sangat buktikanlah, bermula dgn perletakan jawatan sebagai Exco Selangor!
mangkuk ni duduk dalam dewan tak dak teloq!lebih kurang sama ngan tontonwi la gak luaq dewan dia 'hero'kalu hantak musuh tak pa gak ni hantam rakan pakatan.nak hantam musuh tak berani,'hero2' pas mesra UG umno.tunggu lah 2016 nanti adakah penumpang bukan ISLAM akan menumpang bahtera pas yg dikemudikan oleh pak haji dan geng UG/GU? INGAT! Yang banyak membantu bahtera pas pada 2008 dan 2013 adalah penumpang yang bukan ISLAM.Dan yang banyak sangat kuar statemen bodoh datang dari UG/GU Ganu kite ja,tontonwi pun asal Ganu gak.Dia ingat bila ada pangkal nama'Ustaz,Dr' boleh cakap apa saja.Nampak macam hebat sangat!seolah2 bila bercakap tak ada kesannya tunggu lah 2016 sok
Atikiri tidak mewakili sejuta ahli pas. Hanya dua kerat yg mkn hasil harakah dari kegagalan terenganu... Inilah ularmak sesat yg di tunggu manusia akhir zaman
kumpulan ni memeng nak jadi pembangkang aja... dalam parlimen menikus... pru 14, pastikan tak terpilih lagi.
dulu takabur kata org " ubat tamat tempoh ".
krjn pas negeri trengganu melingkup.dpt bertahan sepenggal.dah 3 kali PRU tak dpt tawan balik.
skrg takabur kata parti dia kuat dan dah lama bertahan...tunggu kot kelantan pulak melingkup......
cakap takda otak.cara persempadanan parlimen yg ada skrg,tak akan blh buat mana mana parti tunggal menang,UMNO kalau tak berganding dgn parti lain as a BN pun lingkup lama dah...
bodoh punya org..otak letak dilutut
Salam, memanglah kiya yakin akan kerja Allah, tapi mana Allah suruh kita api-apikan permusuhan sesama manusia. Kalau betul DAP atau PKR salah, hujah lah. Salah di mana?
Catat Ulasan