Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 Januari, 2015

Anehnya ulama akhir zaman!

ANEHNYA ULAMA' AKHIR ZAMAN
Ulama' ialah terdiri dari orang-orang yang memahami agama Islam dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik.
Apa yang menjadi masaalah disini ialah ciri-ciri ULAMA PEWARIS NABI itu tidak diambilkira dan dipandang remeh akhirnya anda akan terbabas, rugi dan merana didunia dan membawa penyesalan di akhirat.
Diantara sifat paling utama yang mesti dimiliki oleh seorang ulama' ialah TAQWA. Taqwa dalam ertikata menjadi wakil ALLAH di bumi dalam urusan membimbing umat manusia yang lain kearah ketaqwaan kepada Allah. Ciri-ciri dan sifat ini jugalah yang dimiliki oleh Auliaullah. Auliaullah bersifat " Tidak takut dan tidak tahu berdukacita dalam diri mereka ".
Sifat utama Ulamaulamilin dan Auliaullah ialah tidak bergantung dengan makhluk dan tidak berpegang kepada Madah(unsur-unsur kebendaan).
Sifat dan ciri-ciri yang ada pada seseorang adalah menjadi kayu pengukur untuk kita mengenal pasti watak dan keistimewaan seseorang.
Auliaullah tidak pernah runsing kehilangan dunia yang dimilikinya.
Auliaullah tidak teringin memiliki atau merampas hak orang lain malah yang ada padanya bersedia untuk diberi pada orang lain.
Auliaullah yang keluar ketengah masyarakat dan membawa semua contoh keistimewaan ini untuk di ikuti dan menjadi panduan kepada umat Islam yang lain, maka dalam suasan ini mereka ini dikenali dengan gelaran ULAMAULAMILIN yang mengambil tugas sebagai pewaris NABI
Tetapi sebaliknya kalau ulama' risau kekurangan gajinya, bimbang kejatuhan pangkatnya, hilang popularitinya, hilang pengaruh dan kehebatannya dan tidak selesa ada ulama' lain yang menyaingi Ilmunya maka ini bukan ulama' namanya. Anda akan mendapati, ulama' yang bersifat begini dia sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan itu semua.
Andaikata keinginan duniawinya yang besar dan citi-cita kehidupannya yang tinggi menjadi target utama maka ulama' ini akan menjadi pengejar dunia yang dahsyat
Nabi S.A.W. pernah bersabda;
الدنيا جيفة فطلأب هاكل
Yang bermaksud kurang lebih "Dunia adalah najis dan pengejarnya adalah anjing"
Persoalan yang bermain dalam fikiran kita sekarang ialah kalau ulama' itu sendiri sudah kurang yakin dan kurang percaya pada Qadha' dan Qadar, Ulama' itu sendiri tidak boleh bertawakkal dan sentiasa bergantung hidup pada makhluk, mana mungkin boleh membimbing orang lain bertaqwa kepada ALLAH. Jauh!!!!!!! jauh!!!!!!! .
Paling bertambah parah lagi kalau seorang ulama' memberi contoh akhlak jijik seperti dendam, dengki, takabbur, mencaci maki orang lain, menghina dan tidak ada sifat kasih sayang dalam diri, dan bertambah malang lagi ada pula pengikutnya yang setia, Subhanallah!!!!!! tak tahulah.
Berbalik kepada kita dalam menilai dan dan meletakkan gelaran ulama' dan ustaz kepada sesiapa saja yang dikira terlintas di kepala kita. Maka dalam hal demikian berkeliaranlah para ulama' dan ustaz yang sentiasa bergerak dan mengembangkan ajaran Islam mengikut fikiran masing-masing.
Kadang- kadang ada dari kalangan mereka yang baru belajar beberapa patah Hadis dan menghafal satu dua surah dikira sebagai ulama'.
Maka ulama'-ulama' ini berceramah, mengajar, mendidik dan tidak kurang pula dari kalangan mereka mengeluarkan berbagai-bagai fatwa agama mengikut selera masing-masing.
Bertambah malang lagi golongan ini berpengaruh dan punya ramai peminat maka bertambah subur lah ajarannya menjadi ikutan ramai.
ALANGKAH BERUNTUNGNYA HIDUP DI AKHIR ZAMAN MEWAH DENGAN ULAMA' DAN USTAZ YANG BOLEH MENGELUARKAN APA SAJA FATWA DAN BOLEH DI DAPATI DI TEPI-TEPI JALAN, DIPASAR BORONG, DIPADANG BOLA DAN KADANG-KADANG ULAMA' INI BOLEH DIDAPATI MELALUI SENARAI PELAKUN-PELAKUN DRAMA HANDALAN.
Anehnya ulama' akhir zaman!!!.

2 ulasan:

Muhamad Sani Abu Bakar berkata...

Nak buat macam mana makan gaji dengan kerajaan BN

Miss Vee berkata...

This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!