Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 Januari, 2015

Projek pembodohan lebai politik!

Tajuk asal: PROJEK PEMBODOHAN PARTI PAK LEBAI – Luqman Tarmizi

Al-Imam As-Syahid Hassan al-Banna dalam karya beliau, Usul ‘Isyrin ( Usul 20) yang menjadi rujukan utama gerakan Islam hampir di seluruh dunia menyebut:

Asas ke lima:“ Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.”

Secara ringkas, kaedah di atas membawa maksud  para anggota jamaah haruslah mematuhi dan mentaati keputusan yang dibuat ketua mereka melalui ijtihadnya, kerana ijtihadnya adalah sah di segi syariat. Ada pun yang berlawan dengan syariat, maka tiada perlu lagi akan taat padanya."

Senario politik tanah air dua tiga hari ini digegarkan dengan kenyataan terbuka presiden PAS yang  menyatakan, cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bakal mengundang ketegangan kaum dan memungkinkan berlakunya kembali tragedi 13 Mei 1969.

Saya secara peribadi, terkejut dan tidak terkejut. Terkejut kerana tidak menyangka beliau seorang faqih dalam ugama, yang ‘alim benar akan bencinya Islam terhadap sikap perkauman, akan mengeluarkan kenyataan yang layaknya diungkap ultra-rasis seperti presiden Isma atau Perkasa saja.

Tapi saya juga tidak terkejut, lantaran menginsafi dalam permainan politik ini, siapa-siapa saja boleh memegang watak sesumpah.

Jika di zaman mudanya cukup lantang melawan Umno kerana parti itu bersikap perkauman, apa nak hairan di kala tua mampu tidur sebantal pula?

Presiden tak boleh disanggah?

Dalam suatu kuliah maghrib yang saya hadiri, seorang ustaz merangkap Adun kawasan tempat tinggal penulis mensyarahkan kaedah Imam Hassan al-Banna yang penulis nukilkan di atas. Beliau menyebut lebih kurang:

"Apa jua pendapat presiden (selaku pemimpin jemaah kita PAS), itu lah juga pendapat kita"

Apa lagi yang boleh difahami daripada ayat di atas melainkan projek pembodohan? Pengikut disuruh supaya ikut saja, jangan bantah jangan bersoal, jangan sanggah jangan dipikir lain! Sejak bila Islam mengajar umatnya apabila pemimpin mengaju pandangan, kita harus angguk dan telan saja?

Tidak perlu saya ingatkan pada mereka, kisah ketika Perang Badar, di mana Hubab al-Munzir memberi cadangan alternatif kepada Rasulullah s.a.w berkenaan posisi yang patut ditempati tentera Muslimin, setelah Rasulullah sendiri menyatakan cadangan asal Baginda hanya pendapat bukannya wahyu.

Nasib baik, ada juga pimpinan PAS Pusat iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa dan YB Hanipa Maidin yang berani untuk tidak bersetuju dengan pandangan presiden mereka.

Itu pun masih dalam nada segan dan malu-malu, mungkin takut akan "backfire" mereka kembali jika mereka "mengeraskan" sikit nada ketidak setujuan mereka itu. (Kerana ini saya mulai skeptik:

"So-called" kelompok progresif dalam PAS ini benar-benar layak digelar progresif dan reformis? Ya, mereka menongkah arus, namun apakah cukup sekadar menyatakan sikap tanpa tindakan konkrit? )

Berbalik kepada isu asal. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam hujahan beliau, menyatakan pilihanraya PBT ini hanya akan menguntungkan kaum Cina, kerana kaum tersebut majoritinya menetap di bandar. Ini akan menimbulkan polarisasi antara kaum-kaum di Malaysia.

Menurut Lim Kit Siang, berdasarkan bancian 2010, daripada 148 pihak berkuasa tempatan di Malaysia 89.2% atau 132 kawasan mempunyai majoriti Melayu melebihi 50% daripada populasi, hanya dua atau tiga peratus daripadanya mempunyai majoriti Cina, dengan baki 13 lagi dengan kaum bercampur-campur, yang tujuh daripadanya dominan Cina dan enam lagi dominan Melayu.

Ong Kian Ming juga mengeluarkan data dan hasil kajian yang lebih kurang sama. Daripada 3 Dewan Bandaraya, 9 Majlis Perbandaran dan 137 Majlis Daerah di Malaysia, hanya 6 yang mempunyai penduduk Cina yang melebihi Melayu – Ipoh, Kuching Selatan, Johor Bahru Tengah, Pulau Pinang, Sibu dan Subang Jaya.

Saya ingin sekali tanyakan pada Hadi; Tok Guru ambil data daripada mana?

Selain itu, pandangan umum tragedi berdarah 13 Mei itu adalah berpunca daripada sikap perkauman melampau juga sejak dahulu lagi dipertikaikan banyak pihak.

Sebagai contoh, buku 13 Mei: Dokumen-dokumen Deklasifikasi mengenai Rusuhan 1969 Malaysia karya Dr Kua Kia Soong dan terjemahan Seah Li Ling, menafikan tesis rusuhan kaum itu berpunca daripada ketidakpuasan hati sesama Melayu dan Cina.

Dr Kua, berpandukan dokumen-dokumen sulit British, laporan media asing (media tempatan digantung pada waktu itu) dan perisikan kedutaaan-kedutaan asing, menyimpulkan tragedi itu berpunca daripada rancangan Tun Abdul Razak dan kumpulannya untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, dengan menggunakan keputusan PRU tahun yang sama untuk mencetuskan huru-hara dan membuka peluang kepada penyingkiran Tunku.

Tapi seperti biasa, pandangan presiden yang berstatus ulama itu akan diterima sekalian ahli tanpa banyak soal.

Dr Haron Din dan Dato Mahfodz, dua ulama konservatif menyahut kenyataan beliau dan mengulang-ulang saja hujah yang sama.

Lebih jauh, Haron Din mendakwa seluruh ahli PAS tidak bersetuju dengan cadangan DAP ini. Saya bersangka baik, mungkin beliau terlupa (nyanyuk terlalu kasar) salah satu janji Pakatan Rakyat dalam buku jingga berbunyi:

"Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik."

Kesimpulannya, isunya bukan menyokong presiden parti sendiri, atau menyanggah rancangan DAP. Jauh sekali memecah belah perpaduan PR. Isunya ialah, menelan bulat-bulat pandangan pemimpin, dan mengkuduskannya setaraf kalam Tuhan yang tiada siapa boleh menyanggahnya.

Ya, tanya lah mana-mana ahli PAS, tiada siapa akan mengaku. Tapi realitinya, seakan-akan kalam presiden mereka adalah wahyu nombor tiga selepas Quran dan Hadith. Bayangkan saja jika presiden ini diberi peluang sebagai perdana menteri (Moga Tuhan jauhkan!).

Kalau diktator Umno menutup mulut rakyat atas alasan "menjaga keamanan negara", diktator lebai ini pula menggunakan "kepatuhan kepada ulama" sebagai candu.

Aduhai pak lebai!
Berhentilah membodohkan pengikutmu..!

30 Januari, 2015.

* Luqman Tarmizi merupakan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/projek-pembodohan-parti-pak-lebai-luqman-tarmizi#sthash.219TTye3.dpuf


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lebai lebai bengong yg taksub.........menganggap hadi ni doh sampai peringkat tok wali doh.......nok wat guane? Sy yakin dia (tak kemana) tapi pasti masuk kubur.......hi hi hi kubor politik hamno.Rasul saw berkata, maksudnya bukan dr gulungan ku mereka yg assobiah ni........xkan timb. Ulamak donie ni tak tahu.......

Yong Intan Noor berkata...

Salam Chor

Kalau demer lebaipun, pandai bab agamapun, bukan tahu semuanya. Tahun 1969 lebai-lebai ini di mana?

Segan bertanya sesat jalan!

Tanpa Nama berkata...

Besor DAP dari lebai. Itu sebab orang melayu selalu tergadai sebab cerghodik buah pelior. LGE tak peronoh nampak keadilan apabila berurusan dengan melayu.