Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

09 April, 2015

Kenaifan rang undang syariah yang dibawa Hj Hadi ke parlimen. Jom Baca

USUL AHLI PARLIMEN MARANG

Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49

(1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 seperti berikut:

i- menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.”;dan

ii- memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, sesuai dengan kehendak syariah Islam.”

Aku nak ulas sikit Usul Marang ni. Lama dah aku dok menahan diri daripada ulas usul ni, tapi memandangkan hari ini adalah hari terakhir sidang Dewan Rakyat dan kemungkinan besar usul nombor 16 ini boleh dibacakan untuk kali pertama, maka aku nak ulas jugak.

Jika kita lihat cadangan pindaan untuk meminda Seksyen 2 Akta tersebut, ianya jelas merupakan suatu kesilapan yang amat material. Apa kesilapannya.? Marang memohon meminda Seksyen 2 Akta Ibu iaitu Akta lama kepada Seksyen 2 yang baru.

Seksyen 2 Akta Ibu memperuntukkan spt berikut :-

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis: 

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Cadangan pindaan Marang berbunyi seperti berikut :

Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Jika kita lihat antara kedua-dua seksyen 2 tersebut, adalah jelas cadangan pindaan yang diusulkan oleh Marang adalah salah. Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan ialah di Senarai II bukan Senarai I seperti yang disebutkan oleh Marang.

Amat menghairankan siapakah yang membantu Marang menderafkan usul pindaan tersebut. Ada maklumat mengatakan ianya dideraf oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama tetapi aku amat musykil kerana kesilapan tu amat jelas dan tidak layak dilakukan oleh orang yang pakar.

Aku mohon mencadangkan pindaan kepada usul Marang.

ZULHAZMI SHARIFF
09/04/2015

Tiada ulasan: