Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

18 April, 2015

Kisah parti pak lebai malang.


PAS, ingatlah Fadzil Noor

Faisal Tehrani

Ada seorang Pemuda PAS bertanya kepadaku, mengapakah aku kelihatannya rimas dengan Abdul Hadi Awang, memandangkan Hadi banyak membela Syiah dalam kuliah-kuliahnya. Aku menjawab, “Kerana dia meruntuhkan apa yang dibina arwah ustaz Fadzil.”

Sebagai orang muda yang tidak pernah merasai kenikmatan menemui dan belajar daripada arwah Fadzil Noor, dia memang terpinga-pinga. Dia tidak pernah bertemu Ustaz Fadzil.

Untuk penggerak dan peneraju gerakan Islam di Malaysia, siri kuliah 'Akidah dan Perjuangan' oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor (13 Mac 1937 – 23 Jun 2002) yang kemudian dibukukan oleh Dewan Pemuda PAS adalah satu monumen; seakan-akan manifesto perjuangan yang mesti dibaca.

Almarhum Ustaz Fadzil atau Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang arwah adalah Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi yang merupakan seorang ulama terkenal di Kedah asal Patani.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978). Pada tahun 1974 ustaz Fadzil turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah.

Beliau menonjol dalam bidang kepimpinan ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, ketika itu Ustaz Fadzil Noor diamanah menjadi pemangku presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis. Kalau tidak silap aku, pada hujung tahun 1970-an, ketika beliau sedang berucap dalam suatu majlis ceramah di Kampung Seberang Takir, Terengganu, pihak polis telah mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah arwah Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya. Oleh kerana kedegilan ustaz itu polis telah menahannya berserta penceramah lain. Mereka bermalam di lokap.

Penangkapan itu telah meledakkan kemarahan orang di Kuala Terengganu. Kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu bagi mendesak pemimpin mereka dibebaskan segera.

Hasil perundingan dengan pihak polis, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan. Kemudian, beliau juga ditahan oleh pihak polis dalam satu ceramah di Jerlun, Kedah.

Seingatku ia berlaku ketika peristiwa pertelingkahan antara pimpinan PAS dan Umno mengenai Muassasah Darul Ulum. Ustaz Fadzil Noor telah ditahan semasa berceramah bersama-sama yang dipertua (YDP) PAS kawasan Jerlun pada waktu itu, dan dikenakan ikat jamin.

Kes tersebut dibawa ke mahkamah tetapi digugurkan setengah jalan.

Apakah yang telah dibina oleh almarhum Fadzil Noor dan diruntuhkan oleh Hadi Awang? Ada empat tunjang yang ditegakkan oleh gemulah ustaz Fadzil dan kini menjadi tebusan.

Dahulukan rakyat semua kaum

Pertama, tatkala Tuan Guru Yusof Rawa uzur dan terpaksa melepaskan jawatan Yang Dipertua PAS, Ustaz Fadzil Noor telah memikul beban PAS paling besar. Beliau perlu mara ke hadapan untuk mengambil alih kepimpinan di tengah-tengah tragedi Memali.

Sebagai antara pembantu Profesor Zulkifli Muhammad beliau sudah pun secara terbuka menerima idea PAS bersekutu dengan bukan Islam. Profesor Zulkifli adalah pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.

Dengan idea dan wawasan ustaz Fadzillah maka beliau menggerakkan pakatan Majlis Perundingan Cina (CCC), di mana PAS mulai berjinak-jinak dengan kaum bukan Islam.

Politik melampaui zaman

Kedua, idea tahaluf siyasi adalah suatu kebijaksanaan politik yang dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor di mana beliau menunjukkan contoh dengan mewujudkan pakatan bersama Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Kalau tidak kerana tahaluf siyasi ini, hampir sukar untuk PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 dan terus menguasainya sehingga hari ini. Kebijaksanaan politik beliau jugalah yang membolehkan gejala reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim dicetuskan.

Jika pemimpin PAS tidak campur tangan serta terlibat “membantu” Anwar Ibrahim, sukar untuk Anwar mendapat momentum reformasi yang terus ditunggangnya sehingga 2008.

Tanpa mengendahkan suara-suara bantahan dalam PAS yang resah, bimbang, dan gerun dengan hubungan akrab Anwar dengan 'Amerika Syarikat', ustaz Fadzil melakukan tindakan nekad, iaitu melihat masa depan dari konteks tempatan.

Beliau adalah orang yang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK), dan dengan GERAK itulah beliau merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru.

Waktu itu, Anwar sudah berada di dalam penjara. Ketika Wan Azizah Wan Ismail 'terkontang-kanting' untuk menjaga momentum reformasi yang makin merosot menjelang turunnya Mahathir Mohamad, ustaz Fadzil merintis kerjasama ini.

Pendek kata Ustaz Fadzil menyelamatkan Parti Keadilan Nasional dari hanyut dan berkubur. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.

Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

"Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini".

Kerjasama Parti Keadilan dan PAS, membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dalam pilihan raya 1999. Kebijaksanaan tersebut membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu.

Lain daripada itu, kebijaksanaan ustaz Fadzil telah melunakkan imej Islam sehinggakan YB Tian Chua yang ketika itu merupakan Naib Pengerusi Keadilan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting pernah berkata pada tahun 2001 bahawa tidak akan adanya ISA dalam sebuah negara Islam.

Ia sekali gus menyarankan bahawa negara Islam adalah serasi sepenuhnya dengan demokrasi, kemajmukan, hak asasi manusia, hak wanita, kepelbagaian budaya, pembangunan dan pemodenan.

Tak lupa sejarah

Ketiga, kepintaran almarhum bermain dengan tahaluf siyasi itu sebenarnya tidak terbit dari vakum. Ia adalah kerana kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa, pimpinan sebelumnya.

Tiada siapa dapat menafikan Tuan Guru Yusof Rawa adalah pemimpin yang bertanggungjawab membuka ruang bagi pemimpin pelapis PAS dengan gagasan 'pakatan politik untuk memenangkan dakwah dan politik Islam' ini.

Idea persekutuan dengan kaum Cina sehingga tertubuhnya CCC adalah hasil sokongan Tuan Guru Yusof Rawa.

Mengambil kira itu, Ustaz Fadzil Noor seorang pimpinan yang merenung sejarah dengan tekun di mana beliau tahu bahawa PAS adalah berakar umbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol.

Hizbul Muslimin adalah usaha Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Ustaz Fadzil tahu keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang bertanggungjawab merintis pelbagai tahaluf siyasi menerusi PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya mampu dijadikan model baharu bagi perjuangan PAS.

Ustaz Fadzil juga sedar beliau harus meminjam keberanian Dr Burhanuddin Al-Helmy yang berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam sebuah gerakan bernama PUTERA. Gerakan PUTERA ini berusaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Aku berpandangan idea PUTERA inilah yang memberi ilham kepada Ustaz Fadzil Noor untuk mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, iaitu ISA.

Poros Islam

Empat, kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno satu masa dahulu menjadi luka buat penyokong gerakan Islam. Peranan mengetengahkan Islam itu terpaksa diambil alih oleh Ustaz Fadzil Noor.

Menyedari itu, PAS bawah ustaz Fadzil juga menyedari bahawa untuk menjadikan Islam relevan di dalam masyarakat majmuk, inti pati Islamlah yang perlu diketengahkan. Falsafah dan bumbu Islam yang universal dan sentiasa munasabah sepanjang zaman perlu dijunjung.

Ustaz Fadzil adalah insan yang bertanggungjawab meminggirkan suara-suara Islam legalitas yang gila syariah. Beliau, dengan penuh bijak bangkit menjuarai Islam aktual yang berteraskan waqi atau keadaan setempat.

Beliau telah bertanggungjawab untuk bersetuju dengan Manifesto Bersama Barisan Alternatif dalam pilihanraya tahun 1999.

Untuk itu PAS bersetuju menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan Barisan Alternatif kerana:

(a) Tidak berbangkit soal negara Islam dalam Manifesto;
(b) Tidak boleh memaksa ideologi PAS ke atas rakan dalam pakatan;
(c) Dalam komposisi rakyat negara ini, tidak ada parti boleh memerintah secara bersendirian; dan
(d) PAS perlu bekerjasama dengan rakan pakatan BA atas perkara- perkara yang sudah dipersetujui.

PAS dengan itu telah bersetuju untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang membabitkan soal keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya sebagai agenda utama untuk perjuangan pakatan Barisan Alternatif.

Kesimpulan; tidak ada kebijaksanaan dan keberanian Datuk Fadzil Noor yang dapat ditandingi oleh pemimpin PAS hari ini. Beliau telah melihat dengan bijak bahawa retorik dan cogan kata tidak penting tetapi 'isi' yang menjadi keutamaan.

Hari ini PAS bergelut untuk menentukan sikap dan kedudukan politiknya. Syariah telah mengatasi keadilan. Dan fikah mengatasi akhlak. Peri perjuangan Rasulullah SAW iaitu untuk menyempurnakan akhlak telah berakhir.

Adalah menyedihkan, apa yang pernah dibina oleh arwah Fadzil Noor itu diruntuhkan sekelip mata oleh Hadi Awang (seorang alumni Saudi).

Hari ini PAS mendahulukan hudud dari rakyat Malaysia berbilang kaum. PAS mengundur zaman. Bahkan PAS sama sekali mengenepikan sejarah penubuhan dan kebijaksanaan pimpinan terdahulu.

PAS malah tidak lagi komited dengan idea-idea murni dalam Manifesto Bersama Barisan Alternatif seperti dikemukakan ketika pilihan raya tahun 1999.

Lebih menyayat hati PAS kini dikenal orang bukan Islam bukan lagi sebagai parti Islam, tetapi sebagai parti khianat dan lebai mungkir janji.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KERANA ia mrupakan wahyu yg tlh pon dijanjikan oleh TUHAN

LIHAT kdlm surah ke-17
Iaitu surah AL-Israa'...(17:63)

Ddlm ayat diatas itu (17:63), diceritakan "PUNCA" atau "umbi" kpd sgl MASAALAH ddonia ini..

ALLAH telah pon mngajar Iblis bgmn utk tipu = bodohkan = SESATkan = syirikkan anak cucu cicit Adam as tak kira sesiapon pon jua HATTA hullamak no.1 & no.2 donia skalipon!

"Sesatkan/SYIRIkkan mrk dgn "HARTA" & "anak2".." yakni anak2 Adam as yg dpt dibeli sbg sokongan/KUASA!(17:63)

Drp ayat itu (17:63)..
---No.1 paling utama ialah "umpan" HARTA/duit/ESOS/balak/PROJEK/proxy dsbnya
---No.2 dpt kan "title" KUASA(dgn sokongan anak2 cucu cicit Adam as yg mampu dbeli/dbodohkan)

Itulah PUNCA dan "umbi" kpd sgl-semua MASAALAH yg trjd diatas donia ini lebih2 lg kpd lebai2 kopiah sorban yg ber'IQ ciput bwh drp gred-3 yg hanya PRASAN & tahu mnghafal shj!?

Drp ayat (17:63) diatas itu..
Apb dpt mmiliki PUNCA No.1 = HARTA maka mudah memanipulasi No.2 = anak2 Adam as yakni mbeli KUASA sokongan

Sbb itu cukong2 sgt mudah menguasai politikus2 umno/BN dan... dgn sgt MUDAH pula otai2 setan2 yg dikenali/UMNO dpt menguasai lebai2 fakeh bwh drp gred-3 ddlm PAS!?

Sbb itu nabi2 as dan sbnr7PENCINTA kpd yg'HAQ(kbnaran) tidak tidak tidak & TIDAK pernah samaskali meminta upah = bayaran = sampul = gaji =ELAUN = walaq = title = glamor = PANGKAT dari kalangan ssama manusia dewa-dewata-raja-kisra-kaisar ddlm sjarah hidup mrk demi mnyuloh sbnr7 CAHAYA KBNARAN..

LIHAT..lihat jwpan mrk/nabi2 itu dlm surah ke-26
Iaitu surah As-Syuaara' (26:109)...(26:127)...(26:145)...(26:164)...(26:180)

Juga ddlm surah Yunus (10:72)

Juga surah Hud (11:29) dan bnyk lg disurah2 yg lain klu bnar2 ingin seNAFAS-sejiwa mnyuloh sbnr7CAHAYA KBNARAN sama sprt mrk..

"Aku ssekali TIADA mminta upah-GAJI-pangkat-GELARAN dr sesama mnusia krn "ganjaran"ku hanya dsisi ALLAH shj smata2"!(26:109)

HANYA dan hanya org2 yg TIDAK-prasan serta TIDAK-meminta2 "upah-dan-title" shj yg bnar2 akan dpt utk bnar7 dpt mnyelesaikan sbnr2 sbnr7 MASAALAH dikalangan ummah!

SOALnya..
Layakkah silebai2 fakeh sorban bebal yg sgt2 PRASAN mngaku konon2nya sbg ulamak itu betul2 layak dianggap "wostad/hullamak" sdangkan mrk sgt2 TERANG sekali tlh pon terperangkap ddlm sangkar-JERAT Iblis yg sgt2 GELAP sprt diatas itu!?

Ddlm jerat-perangkap ygGELAP itu, yg penoh padat dgn sgl MASAALAH2 dan mrk pula ingin mmbodoh kan umat masuk kdlm prangkap GELAP dgn mnambah lg masaalah kpd MASAALAH yg makin padat brtanmbah2!!

INGAT
Ingatlah..
Bhw sbnr2 CAHAYA KBNARAN itu sgt2 mudah & tramat2lah MUDAH!

Ibarat CAHAYA TERANG mentari ditengah2 hari digurun Kalahari-sgl2nya MUDAH sgt2 jls klihatan!

Sbnar2 ulamak..tidak mintak diri mrk dipanggil ulamak..TIDAK mintak upah-gaji pangkat & GELARAN2!

Sbnr2 ulamak hanya ingin mnyuloh sbnr7CAHAYA ygTERANG demi amanah CINTA-kaseh-SAYANG utk "selesaikan" sbnr7 MASAALAH ummah!

Itulah sbnr2 ulamak PEWARIS nabi2..

"Aku ssekali TIADA mminta upah krn "upah"ku HANYA dsisi ALLAH"!(26:109)


Layakkah mrk yg bebal & dah kena JERAT ddlm gelap itu dgelar sbg ulamak????????

If you really want to know The TRUTH...The TRUTH is very very very SIMPLE!!!

mohd shahran berkata...

pas diterajui oleh golongan haram jadah, bodoh piang, hati dipenuhi sifat syaitan