Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

16 Ogos, 2009

Muhyiddin - di mulut dan di dalam hati

Tangani ponteng sekolah, gangsterisme - Muhyiddin PUTRAJAYA 14 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ibu bapa dan pihak sekolah memberi perhatian terhadap gejala ponteng dan gangsterisme di kalangan pelajar bagi mengelak masalah disiplin khususnya jenayah yang lebih serius. Dalam hati: mmm... lagi bertambah budak-buadak ni maka lagi bertambahlah ahli UMNO untuk masa akan datang! Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha bersepadu perlu dilakukan bagi mengelakkan dua gejala itu berleluasa di kalangan pelajar sekolah. "Gejala ini (ponteng dan gangsterisme) cenderung untuk membawa kepada masalah disiplin dan kegiatan berunsur jenayah yang lebih serius seperti penagihan dadah, ragut dan pelbagai bentuk jenayah lain. Dalam hati: aku cakap je.. benda-benda ni lantak la Guru Besar yang handle! "Usaha bersepadu perlu dilakukan untuk membendung gejala ini di peringkat awal dan mengelakkannya daripada terus berleluasa di kalangan murid," katanya. Dalam hati: errr.... bersepadu tentang apa aaa....? kalau cikigu-cikgu tanya apa pulak aku nak jawab ni!? belasah je lah! kalau ada cikgu-cikgu yang lebih-lebih aku tukarkan ke Sabah!

Tiada ulasan: