Sempena cuti kemerdekaan, pagi tadi aku pergi ke Ipoh bersama isteri. Tempat arah tujuan yang pertama aku ke rumah aku yang disewakan di Simpang Pulai kemudian macam biasa singgah di gedung kain Riamoda di persimpangan Simpang Pulai, Lahat, Ipoh dan Cameron Highlands. Sambil-sambil isteri aku pergi membeli kain ela, aku layan anak lelaki aku yang berumur 2 tahun ke kedai 2 ringgit yang berhampiran. Hampir sejam setengah selepas itu isteri aku selesai membeli belah terus kami menuju ke Ipoh. Mulai dari Simpang Gopeng melalui flyover menuju ke Ipoh memang tak ada langsung tanda-tanda menyambut merdeka.
(gambar kurang memuaskan kerana pakai kamera handset)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan