Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

12 Mac, 2013

Jom pilih calon PR yang berkualiti!

Biar lambat asal selamat. Jika PR nak cepat berkuasa, sila pilih calon-calon yang berkualiti. Hahaha... mampuih pi!

Kalau ikut cakap Azmin macam berita di bawah, hancur!


***********************************************************

 Azmin: Niat Pakatan baik, rakyat perlu berani buat pilihan

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
RAWANG - Pemimpin kanan PKR meminta rakyat meneliti secara mendalam senario politik negara ini dan mereka perlu berani memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui tampuk kerajaan demi memperbetulkan segala kepincangan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, rakyat perlu terus memberi kepercayaan kepada semua parti dalam PR iaitu PKR, DAP dan Pas yang berniat baik ingin mengubah sistem pentadbiran negara yang rosak berpunca masalah rasuah.

“PR mengamalkan prinsip muafakat dan berbincang iaitu suatu budaya baru dalam menyelesaikan masalah dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Rakyat telah  memberi harapan dan perlu dihargai dengan membawa ke arah ekonomi yang lebih baik dan negara aman dalam skop keluarga besar,” katanya di hadapan  lebih 5,000 orang yang menghadiri majlis makan malam anjuran PKR Cabang Selayang untuk mengumpul dana menjelang Pilihan Raya umum ke-13, kelmarin.

Antara yang hadir Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, Adun Rawang, Gan Pei Nei, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jayakumar dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Beliau turut menuntut supaya rakyat mengundi untuk masa depan negara yang lebih baik dan manifesto baru yang dikeluarkan oleh PR menunjukkan parti itu berani membuat perubahan untuk kesenangan rakyat.

Sementara itu, Jui Meng pula berkata, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya lapan kerusi parlimen Johor bakal memihak kepada PR.

“Johor kubu kuat BN akan beralih kepada PR. Ia dapat dilihat selepas Himpunan Bersih apabila rakyat kini semakin berani dan memberi sokongan setiap kali ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.

“Ramalan itu ada benarnya apabila lima jeneral yang tegak pertahankan negara kini memberi sokongan kepada PR dan yakin PRU ke-13 adalah milik PR," katanya.

- sinarharian

P/S: Biar lambat asal selamat. Jika PR nak cepat, sila pilih calon-calon yang berkualiti. Hahaha... mampuih pi!

Tiada ulasan: