Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 Mei, 2013

Penyebab kes sakit perut di Selangor ditemui!




PAS, DAP sokong Khalid kekal menteri besar Selangor



KUALA LUMPUR, 9 Mei — Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal sebagai menteri besar Selangor kerana beliau disokong oleh kepimpinan DAP dan PAS, dua parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) yang membentuk majoriti dalam kerusi Dewan Undangan Negeri, kata sumber hari ini.
Pemimpin senior PR, yang enggan mendedahkan identitinya, berkata PKR, DAP dan PAS bersetuju untuk memilih Khalid mentadbir negeri terkaya di Malaysia selepas pakatan pembangkang itu berjaya mengekalkan kuasa mereka di negeri berkenaan dalam Pilihan Raya 2013.
“Khalid (gambar) berjaya membuatkan kami memenangi dua pertiga majoriti,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kita tidak boleh pinggirkan beliau,” katanya lagi.
Walaupun berhadapan cubaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menawan Selangor, PKR memenangi 14 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan dimenangi mereka berjumlah 44 kerusi berbanding 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dikatakan sedang mengintai peluang menjadi menteri besar dilihat masih berdiam diri berhubung jawatan berkenaan.
Azmin dilaporkan berkata memetik laporan Sinar Harian Online berkata beliau “mahu menyelamatkan PKR daripada nepotisme”.
“Berdasarkan mandat besar yang diberiakn rakyat kepada kami di Selangor, saya mahu memastikan MB adalah seorang yang tidak mudah terpengaruh dengan kepentingan parti,” kata Azmin.
Tegasnya, beliau bagaimanapun tidak akan meninggalkan PKR sekalipun Khalid dilantik sebagai menteri besar.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad menjelaskan Khalid Ibrahim disukai oleh DAP, dan PAS.

Beliau menerima sokongan daripada DAP dan PAS, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu kepada The Malaysian Insider.

Setiusaha Politik kepada Khalid, Arfa’eza Abdul Aziz, berkata kepada The Malaysian Insider tarikh rasmi upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar secara rasmi bagaimanapun masih lagi belum ditetapkan.

Tiada ulasan: