Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

20 November, 2013

Kenapa serangan terhadap Mat Sabu tidak berhenti?


Jadi, pihak mana yang menjalankan serangan kempen jahat terhadap Haji Muhamad Sabu? . Pihak yang sama menyerang pimpinan PAS yang lain , pihak yang sama menjalankan kempen melabel pimpinan dan ahli PAS dengan label parasit, anti ulama, fikrah tak jelas.

Apabila dua calon utama menolak bertanding jawatan Timbalan Presiden walaupun mendapat pencalonan yang tinggi. Semua mata memandang kepada calon yang menawarkan diri iaitu Dato’ Nik Amar. 


Pemilihan Timbalan Presiden - Mat Sabu difitnah, Nik Amar terima kesan 

Muktamar PAS Pusat tinggal beberapa hari lagi, cuma jawatan Timbalan Presiden penulis tidak buat jangkaan pemenang bagi jawatan ini. 

Sebelum mesyuarat agung kawasan bermula, kempen untuk jawatan Timbalan Presiden PAS sudah bermula. Serangan yang diterima penyandang jawatan Haji Muhamad Sabu terlalu hebat sehinggakan beliau membuat kenyataan bahawa kempen untuk pemilihan kali ini adalah paling buruk.

Jika sesiapa pun yang duduk ditempat Haji Muhamad Sabu akan membuat kenyataan yang sama. Bayangkan, tokoh PAS yang disegani diserang di facebook, blog dan beberapa program anjuran organisasi dalam parti.

Serangan semakin hebat apabila berlaku krisis di Syria yang melibatkan pihak Bashar Asad yang menganut Syiah dengan majoriti rakyat yang sunni.

Dalam masa seluruh negara memarahi Bashar yang membunuh rakyatnya, dalam masa yang sama Haji Muhamad Sabu diserang bertalu-talu sebagai penganut Syiah .

Walaupun sebenarnya tuduhan sebagai penganut Syiah terhadap Haji Muhamad Sabu sudah lama berlaku tapi kesempatan semasa krisis di Syria digunakan sepenuhnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam parti.

Tujuannya, untuk memperlihatkan bahawa Haji Muhamad Sabu tidak layak di jawatan Timbalan Presiden kerana menganut Syiah. Serangan fitnah ini berterusan berlaku sehingga di musim pencalonan jawatan dalam Mesyuarat Agung PAS kawasan .

Tidak ramai pemimpin dan perwakilan PAS kawasan yang berani mencadangkan Haji Muhamad Sabu sebagai calon Timbalan Presiden dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan ataupun dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Kawasan.

Kenapa tidak berani? Kerana terpengaruh dengan kempen jahat terhadap Haji Muhamad Sabu dan ada yang tidak berani kerana takut dituduh penyokong atau bersimpati dengan Syiah apabila mencalonkan Haji Muhamad Sabu.

Pun begitu ada kawasan yang mempunyai pemimpin kawasan yang rapat dan mengenali susuk Haji Muhamad Sabu tetap mencalonkan pemimpin PAS itu terutama di Wilayah. Kebanyakan kawasan lain , mencalonkan Dato’ Tuan Ibrahim dan Dato’ Husam sebagai calon Timbalan Presiden.

Ramai pada mulanya beranggapan , jika Haji Muhamad Sabu tidak dipilih Dato’ Tuan Ibrahim atau Dato’ Husam adalah calon terbaik untuk jawatan berkenaan.

Namun,penolakan bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Dato’ Tuan Ibrahim dan Dato’ Husam mencerahkan kembali peluang Haji Muhamad Sabu.

Dato’ Husam sebelum itu dalam satu wacana membuat kenyataan bahawa tidak ada sebab beliau menentang penyandang jawatan Timbalan Presiden.

Jika perwakilan kawasan dulunya sudah menetapkan pendirian akan mengundi Dato’ Tuan Ibrahim atau Dato’ Husam. Apabila keduanya menolak, majoriti perwakilan ini akan kembali mengundi Haji Muhamad Sabu kerana mereka bukan menolak Haji Muhamad Sabu cuma bagi mereka Dato’ Tuan Ibrahim atau Dato’ Husam lebih layak dari Haji Muhamad Sabu .

Penolakan bertanding jawatan Timbalan Presiden sebenarnya dapat menolak tuduhan bahawa pihak yang menjalankan kempen buruk terhadap Haji Muhamad Sabu adalah penyokong-penyokong Dato’ Tuan Ibrahim dan Dato’ Husam.

Jadi, pihak mana yang menjalankan serangan kempen jahat terhadap Haji Muhamad Sabu? . Pihak yang sama menyerang pimpinan PAS yang lain , pihak yang sama menjalankan kempen melabel pimpinan dan ahli PAS dengan label parasit, anti ulama, fikrah tak jelas.

Apabila dua calon utama menolak bertanding jawatan Timbalan Presiden walaupun mendapat pencalonan yang tinggi. Semua mata memandang kepada calon yang menawarkan diri iaitu Dato’ Nik Amar.

Dato’ Nik Amar, walaupun mendapat pencalonan yang rendah namun layak menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden. Tiada sekatan untuk beliau bertanding kerana menyuburkan demokrasi dalam PAS.

Pun begitu, apabila beliau menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden. Secara tak langsung , muncul tanggapan bahawa pihak yang menyerang Haji Muhamad Sabu dan pimpinan PAS yang lain dengan label Syiah dan label-label yang lain adalah penyokong Dato’ Nik Amar.

Walaupun, Dato’ Nik Amar mungkin tidak tahu pun mengenai pihak yang kuat berkempen melalui facebook dan saluran kempen lain. Namun, nama beliau akan terpalit sama sekiranya beliau tidak menafikan bahawa pihak berkenaan adalah penyokong beliau dan mengutuk tindakan kotor pihak yang berkempen untuk beliau sambil menyerang pimpinan PAS lain termasuk Haji Muhamad Sabu.

Memandangkan ada kenyataan daripada Jawatankuasa Pemilih PAS Pusat bahawa siasatan dan hukuman terhadap kempen tidak beretika ini hanya dilakukan selepas muktamar. Pihak yang menjalankan kempen yang buruk ini akan terus bebas berkempen menyokong Dato’ Nik Amar dan pemimpin tertentu dalam PAS.

Facebook yang berselindung seperti El-Haraki, Fikrah Islamiah Pilihan Kami, Kami Bersama Ulama Muda Haraki disamping facebook bernama wanita seperti latifah omar, zakiah anas, asmidar zainal, syarifah khaulah akan terus menyuburkan fitnah terhadap Haji Muhamad Sabu sambil berkempen untuk Dato’ Nik Amar dan pemimpin tertentu dalam PAS.

Ini bukan strategi saraf kerana facebook tidak bernama ini sudah lama menjalankan kempen menyerang Haji Muhamad Sabu dan pemimpin lain yang mereka anggap parasit.

Kesan kempen ini, sebenarnya bukan meningkatkan sokongan kepada Dato’ Nik Amar tetapi menambahkan undi simpati kepada Haji Muhamad Sabu dan pemimpin PAS yang difitnah. Semakin kuat serangan kepada Haji Muhamad Sabu , semakin banyak simpati perwakilan kepadanya.

Justeru itu, adalah wajar Dato’ Nik Amar membuat kenyataan bahawa beliau tidak menyokong kempen jahat facebook tidak bernama yang menyokongnya sambil menyerang Haji Muhamad Sabu.

Perlu juga diingat, majoriti daripada perwakilan adalah dari kelompok yang mahu gabungan ulama, aktivis dan profesional. Ini sebenarnya memberi kelebihan kepada Haji Muhamad Sabu yang merupakan aktivis yang sudah dikenali lama dikenali perwakilan.

Perwakilan sudah tentu tidak mahu dilihat hanya mahukan ulama sebagai pemimpin tertinggi parti. Justeru, kebarangkalian Dato’ Nik Amar untuk dipilih perwakilan adalah rendah.

Kenyataan Dato’ Nik Amar untuk isu mengkaji semula Tahaluf Siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat juga memberi kesan kepada sokongan kepadanya. Majoriti perwakilan adalah dari kelompok yang mahu PAS terus bersama Pakatan Rakyat , maka kenyataan Dato’ Nik Amar akan mengurangkan undi kepadanya.

Timbul kebimbangan mereka jika Dato’ Nik Amar dipilih , PAS mungkin keluar dari Pakatan Rakyat.

Memandangkan majoriti perwakilan mahu PAS terus bersama Pakatan Rakyat, bukan Dato’ Nik Amar sahaja akan menerima kesan hilang undi dari perwakilan , malah pemimpin lain yang bertanding yang mempunyai pendirian yang sama dengan Dato’ Nik Amar.

2 ulasan:

DinSerati berkata...

kuang kuang kuang
apa bezanya antara Mat Sabu dengan Nik Amar?
Mat Sabu adalah abang kepada Nik Amar, kedua-duanya adalah adik beradik. Otak keduanya berada dalam tempurung yang sama, yang berbeza adalah rambut. Dimana rambut Mat Sabu lebih tajam dari rambut Nik Amar.
Jika Mat Sabu tidak merupakan calon dari kelompok ulama. Nik Amar juga bukan dari kelompok ulama.
Jika Mat Sabu seorang aktivis PAS yang bersemnagat dan tahan uji, maka Nik Amar seorang pentadbir dan aktivis PAS yang telah diuji semangatnya sejak dari bapanya.
Jika Mat Sabu kurang mesra dengan UMNO, maka tiada bukti pula bahawa Nik Amar mesra dengan UMNO.
Jika Mat Sabu disokong oleh profesional, maka Nik Amar juga akan disokong oleh profesinal.
Jika TGNA mengatakan Mat Sabu seorang ulama, Nik Amar juga disayangi TGNA sebagai seorang ulamak.
Tiada ulama tiada profesional dalam pimilihan PAS. Yang pasti ahli PAS akan memilih salah seorang yang akan menguatkan parti, mengeratkan hubungan dengan PR dan meruntuhkan UMNO.
Saya yakin Mat Sabu akan redha jika beliau Nik Amar menang, kerana yang menang adalah adiknya. Begitu juga Nik Amar tidak akan kecewa jika abangnya mengalahkannya.
Yang penting! Mat Sabu jangan jadi seperti Nasaruddin Mat Isa apabila kalah kepadanya, dan Nik Amar jangan jadi seperti Husam Musa apabila tidak terpilih sebagai Tim. MB kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Ingat, musuh Pas ialah kaum munafik, yang hanya berlakon Islam dan hasad denki mereka nak pecahkan ikatan Pakatan Rakyat.Kalau Pas pecah kaum munafik sungguh gembira kerana boleh menambah kaum nya.Mengapa la ni baru nak sibuk pemilihan Pas? Takut ke dengan Abg Mat nanti banyak rahsia terbongkar di Parlimen.