Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

01 November, 2013

Khalid Ibrahim. Aset bernilai Pakatan Rakyat.




Post Pic
[ULASAN] Tiada angin takkan pokok bergoyang. Mungkin ini bidalan yang sesuai digunakan untuk menjelaskan kecamuk politik kuasa di Selangor hari ini walaupun pelaku-pelaku utama Pakatan Rakyat cuba menyorokkannya.
 
Mungkin yang paling cekap menangani isu bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohd Azmin Ali, ialah Khalid sendiri.
 
Sejak bibit tidak puas hati terhadap cara pengurusan kewangan kerajaan negeri Khalid mula diterjemahkan dalam kritik terbuka oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim timbul, cara Khalid menghadapi pengkritiknya amat berhemah sekali.
 
Tidak sedikitpun beliau muncul untuk menyanggah teguran terbuka Anwar bahawa prestasi beliau menguruskan kewangan negeri Selangor adalah lebih lemah berbanding seorang lagi Ketua Menteri Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng yang menerajui Pulau Pinang.
 
“Tidak mengapa, saya tidak terganggu dengan segala khabar angin ini. Saya sangat realistik kerana saya orang korporat. Apa yang penting ialah (saya) berkhidmat untuk rakyat,” kata Khalid.
 
Memang benar Khalid tidak cemas atau gugup. Dalam soal ini pemikiran beliau sedikitpun tidak segagap caranya berbicara. Beliau insaf apa yang harus dilakukannya ialah sentiasa “berhati-hati dan berdisiplin dalam memastikan pentadbiran Selangor sentiasa lancar”.
 
“Sebab itu saya ingin berkongsi pengalaman saya yang terhad dalam bidang korporat untuk diterjemahkan dalam operasi negeri,” kilas Khalid apabila menerima teguran paling sinis daripada Anwar Ibrahim yang membandingkan beliau dengan Guan Eng.
 
“Apa pun saya berpendapat orang ramai harus mengkritik dan kita harus benarkan kritikan kerana dari kritikan itu, kita akan belajar untuk jadi lebih baik,” kata Khalid.
 
Khalid bijak ambil peluang
 
Di sini beza Khalid dengan Anwar. Khalid mengerti nilai kritik orang lain. Bagi seorang korporat sepertinya setiap masalah seharusnya ditangani agar menjadi satu peluang.
 
Natijah pemikirannya ini ialah Khalid mendapat semakin banyak publisiti betapa beliau berjaya meningkatkan rizab negeri hingga sampai RM3 bilion! Memang cekap orang korporat menggunakan ahli politik untuk mendapat publisiti percuma.
 
Lantas, tentu ada yang bertanya pula, berapa bilionkah pula rizab Pulau Pinang yang diuruskan oleh Guan Eng?
 
Ini hasil pemikiran korporat dan ia berbeza dengan pemikiran Anwar Ibrahim yang menyuluh semua isu dari sudut politik. Yang pasti Anwar memang maklum bahawa pendekatan pengurusan Khalid memang bukan berteraskan politik semata.
 
Maka adalah mustahil untuk mengatakan bahawa Anwar sebagai seorang ahli politik yang tangkas tidak dapat menghidu bahawa ketidakpuasan hati rakan-rakan dari kalangan kerabat Pakatan Rakyat - DAP dan PAS semakin menggelegak dan akan menegur Khalid secara rasmi.
 
Lantas bagi mengendurkan kesan tekanan politik terhadap PKR akibat memorandum yang ditandatangani oleh wakil-wakil rakyat PKR, DAP dan PAS, bertarikh 7 Oktober lalu, Anwar terpaksa “bersandiwara” dan menegur Khalid secara terbuka terlebih dahulu.
 
Isyarat yang hendak diberi oleh Anwar kepada PAS dan DAP ialah usah bimbang, beliau sebagai Ketua Umum PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor tahu apa yang sedang berlaku di Selangor dan bersedia “mengingatkan” Khalid untuk memperbaiki keadaan.
 
Pendekatan Anwar memang jelas langkah politik. Dengan membuat pengakuan tersirat bahawa beliau maklum kedudukan politik di Selangor, beliau mahu menegaskan kepada DAP dan PAS, partinya masih cekap mengawal polemik daripada merebak menjadi krisis.
 
Anwar masih mahu Khalid sebagai Menteri Besar
 
Anwar maklum kerusi Menteri Besar diberikan kepada PKR hanya atas ehsan PAS dan DAP. Oleh itu kritiknya terhadap Khalid hanya untuk memastikan bahawa kedua-dua kerabat Pakatan Rakyat tidak mula mempertikaikan kewibawaan PKR yang dipimpinnya.
 
Dalam hal ini Anwar mungkin telah “overpoliticise” atau mengamalkan politik yang agak berlebihan. Di satu pihak Anwar mahu Khalid terus berkhidmat sebagai Menteri Besar demi nama baik PKR, namun di sisi lain beliau cuba mententeramkan keresahan pemimpin PKR (dan kini pemimpin DAP dan PAS) Selangor terhadap “kepelikan” cara pentadbiran Khalid.
 
Hakikatnya, Anwar tidak mahu Khalid diganti. Jika beliau berasa itu perlu, sudah lama beliau menggantikan ahli korporat itu. Malah sebaliknya, Anwar senang menjaja cara pengurusan Khalid sebagai dalil keberkesanan pengurusan PKR dengan menguar-uarkan kepintaran Khalid meningkatkan rizab Selangor dalam pilihan raya umum Mei lalu.
 
Sebagai orang korporat, Khalid tidak khuatir dengan sepak terajang politik. Fokusnya tidak berubah. Kritikan Anwar hanya layak dilayan oleh Setiausaha Politiknya, Faekah Husin yang mengatakan bahawa Khalid bukan kedekut tetapi berhemah.
 
Mungkin pada perhitungan Khalid memang itu tugas Anwar - Penasihat Ekonomi Selangor yang beliau sendiri lantik. Teguran Anwar itu bukanlah satu kritikan baginya. Sebaliknya ia adalah “perisai politik” yang Anwar wajib berikan padanya dengan saguhati RM1 sebulan!
 
Hakikatnya juga adalah, secara teknikal Anwar bekerja untuknya bukan sebaliknya. Sebab itu Khalid tidak pernah gusar dengan teguran Anwar. Lantas segala sindiran dan bidasan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, hanya ibarat rengekan anak kecil yang sudah bosan dengan permainan yang ada dan mahu alat permainan atau jawatan yang baru.
 
Khalid tahu Anwar amat memerlukannya untuk menjadi sempadan kepada Azmin agar tidak terlintas dalam fikirannya untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor demi mengukuhkan kedudukannya untuk menguasai parti melalui jawatan Presiden dalam pemilihan PKR akan datang. - Antarapos

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Angka adalah fakta
angka adalah bukti nyata
angka sehingga keTITIK perpulohan
keTITIK prpulohan yg paling akhir adalah NOKTAH & FAKTA!

Angka tak pernah AUTA
Angka tiada DUSTA
tiada tipu SANDIWARA
tiada belit ular sawa!

Yaumil 'MAHSYAR'..yaumil HISAB
Yaumil "HISAB"..HISAB itu angka2!
HISAB itu "HAQ" sbg bukti nyata

sbb itu, pakar2 sains maths ekonomi &jurutera2 SUKAR ditipu KLENTONG dgn "ayat2" power oleh KAKI auta yg kelahap harta & kuasa donia!

HISAB itu bukan klentong AUTA
BUKAN temberang AUTA TIPU klentong mcm pil-Cuddha!

Klu org2 melayu ramai sprt Khalid
klu mahu belajar brGURU dgn Khalid
kita akan nampak byk RAHSIA sulit
umno & otai2 pas yg KAKI belit

Ular sawa belit hanya seekor babi
Belit sarban belit KELILING lalok wala' sampai kemati..

Tanpa Nama berkata...

V

Tanpa Nama berkata...

Aq rasa TSKI dilantik utk penggal kedua krana perbincangan di antara rakan-rakan dlm pktan rakyat slps kmngan besar berpihak kepada pakatan rakyat,ini bkn atas dasar ehsan okey tetapi ianya mengiktiraf dan menghargai jasa dan pengorbanan TSKI,slh satu dasar yg diperkenalkan oleh beliau ialah MES dan meningkatkan rizab negeri,psal dasar yg diprknlkan itulah yg mnybbkn kmngn bsr pktan rakyat pd pru yg lps