Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

02 November, 2013

Telur Najib sedang dipicit USA?




Malaysia Diintip Kuasa Besar - Kenapa Najib Membisu? Anwar kutuk intipan dibuat AS keatas Malaysia KUALA LUMPUR 1 NOV: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk tindakan intipan oleh Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara lain ke atas Malaysia. Katanya, tindakan secara rahsia memintas komunikasi ke atas sesebuah negara yang dianggap ‘hubungan-hubungan hangat dan mesra diplomatik’ adalah satu pecah amanah serius dan sama sekali tidak boleh diterima. “Mengejutkan dan memeranjatkan. Satu pecah amanah serius dan tidak boleh diterima sama sekali ,” kata Anwar dalam kenyataannya hari ini.Katanya, secara etika negara yang melakukan intipan melalui kedutaan dan suruhanjaya-suruhanjaya tingginya seolah-olah mengabaikan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. Semalam akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden bahawa risikan dibuat keatas Malaysia oleh kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet. Edward Snowden mendedahkan risikan ini dijalankan di bawah operasi ‘STATEROOM’ yang turut melibatkan Britain dan Kanada.Dalam pada itu, Anwar menyelar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membisu terhadap tindakan tercela tersebut.“Jerman, Brazil dan Sepanyol dalam keadaan sama menyuarakan bantahan mereka, sebaliknya, di bawah Datuk Seri Najib memilih untuk diam,” tegas Anwar. 28 Oktober lalu, kerajaan Sepanyol memanggil duta AS, James Costos untuk memberi tunjuk sebab berhubung intipan dibuat Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) AS.Dalam perkembangan berkaitan Canselor Jerman, Angela Merkel turut menyatakan rasa kesal dan menuntut penjelasan White House berhubung pendedahan Edward Snowden bahawa telefonnya diintip. KEADILAN semalam dalam kenyataan rasmi menyatakan rasa bimbang tentang kemungkinan maklumat risikan diguna sebagai kelebihan strategik berikutan Malaysia kini terlibat dalam perbincangan berkaitan Perjanjian Persefahaman Trans-Pasifik (TPPA). [KD] ------------ Tidak hairan kenapa najib membisu.. sebab najib juga ambil khidmat apco yahudi sebagai punaisihat... 

sumber

Tiada ulasan: