Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

18 Oktober, 2013

Kisah balak yang masih Husam lindungi!

Oleh: Mat Saman Kati


Skandal Balak Kelantan

October 18, 2013 at 10:49pm
Sebenarnya aku tak ada locus standi dalam isu balak Kelantan ni sebab pertamanya, aku bukan rakyat Kelantan. Kedua, aku bukan ahli PAS dan ketiga, aku bukan penyokong Husam.Lagi pun, isu balak ni dah selesai bila MB Kelantan memaklumkan bahawa permohonan untuk mendapatkan konsesi balak ini ditolak. Khalas.
Tapi, orang-orang yang tak berpuashati dengan Husam terus membedil Husam dengan macam-macam tuduhan sampaikan ada diantara ahli PAS yang sanggup melabelkan Husam sebagai pengkhianat.Aku dah banyak kali kena maki macam tu dan selalunya aku jarang ambik pot. Contohnya bila aku dedahkan Ngeh Koo Ham dapat 10,000 ekar di Kelantan, ramai yang kutuk aku dan mintak bukti. Aku boleh tunjuk bukti, tapi ia akan membahayakan kerajaan Kelantan.

Aku cuba ikut saluran..bagi tau kepada kepimpinan PAS. Kalau depa sapu bawah karpet...yang tu bukan salah aku dah. Kalau aku publish dalam FB, semua orang akan nampak...dan yang akan menerima kesan negatif ialah PAS. Tapi bila aku tak siarkan, orang maki aku dan tuduh aku fitnah dan pengkhianat kepada PR.

Serupa juga dalam kes Husam. Husam nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan, tapi Husam tak boleh la nak dedahkan semuanya kepada umum. Kalau dia dedahkan..yang menerima kesan ialah PAS dan kerajaan Kelantan.

Tapi bila Husam tak dedahkan, dia dituduh pengkhianat. Dia dituduh memfitnah. Dan yang menuduh dan memfitnah bukan ahli sebarangan!! Nik Amar yang datang ke Liqa Fikri Pas Perak juga mengambil kesempatan untuk menghentam Husam. Ulama jenis apa ni?

Aku pun dah lama simpan benda ni dan dah malas nak cerita...tapi bila membaca satu posting macam mana Prof. Agus menitiskan airmata ketika berjumpa Menteri Besar dan TMB Kelantan..itu menunjukkan Prof. Agus sayang kat negeri Kelantan. dan bila dia kritik kerajaan Kelantan, itu kerana dia sayang kat PAS Kelantan.

Balik kepada isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan.

Aku pernah tanya...pasai apa Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak? Sebenarnya, Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan. Sesiapa yang rajin atau mahu mencari kebenaran...boleh cari. Tapi sapa yang tak mau kebenaran atau mengharapkan kebenaran akan datang menggolek...sampai bila pun tak akan jumpa.

Aku tunjukkan kronologi permohonan tersebut. Kita mula dengan surat no 1 ini.



Surat ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri  untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

Kalau diperhatikan kepada salah satu syarat yang ditawarkan oleh AFDB Gemilang Timber (3(i) ... syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta.

Kemudian cuba tengok tarikh permohonan ini dibuat....20 Jun 2013. Kalau aku Pengarah Hutan Negeri, perkara pertama aku buat ialah check syarikat yang memohon sama ada syarikat tu layak atau tidak...ada modal atau tidak. Jadi, aku check di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ini yang aku dapat.



Wei!!! Syarikat didaftarkan pada 13.6.2013. Pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!! gila ka? Berapa modal syarikat ni? Siapa pengarah? Pasal apa buat syarikat Enterprise...bukan Sdn Bhd?



Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri!! Gila ka?

Kalau aku Pengarah Hutan..aku tak payah ambik apa-apa tindakan. Campak dalam bakul sampah saja. Tapi ini bukan sebarang budak. Budak ni macam anak Nazri Aziz juga!!

Dan surat permohonan ini bukan dihantar sendiri oleh budak 22 tahun ini, tapi dihantar sendiri oleh kabel dalam pejabat MB.

Pengarah Hutan tak boleh luluskan. Ini kerja gila dan kalau dia luluskan...dia jerut tengkok sendiri. So, telefon la kat kabel.."Susah la Tuan. Tak logik langsung!!"  Apa nak buat?

Kabel pun cuba mengubahsuai syarikat supaya nampak ada kredibiliti sikit. Dan seorang lagi dibawa masuk sebagai rakan kongsi pada 1 Ogos 2013.



Kenal sapa dia?

 Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO secepat mungkin.



Whoa!! Macam ni ka hangpa punya kerja? Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu?

Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran?

 Ini yang cuba di sampaikan oleh Husam...tapi sebagai salah seorang pemimpin PAS..dia tak boleh la nak dedah kerana ia akan menyebabkan kejatuhan PAS. Tapi kalau orang macam Husam yang cuba untuk mengelak sesuatu yang buruk berlaku...tak patutla kalau pemimpin dan ahli PAS sendiri tuduh dia pengkhianat.

Sebaliknya, pengkhianat PAS adalah penjenayah kopiah putih yang laparkan balak...dan juga pemimpin kopiah putih yang cuba melindungi penjenayah kopiah putih.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jalan penyelesaian paling afdhal ialah pertandingkan jawatan presiden. Selagi presiden lembik dan lembab tu tak berubah, selagi tu pas huru hara.

bat8 berkata...

Bhai,

Penjenayah yang jenis "Putih" fuh memang bahaya betul la......hahaha

Cuba fikir, penjenayah " KOLAR PUTIH" - depa ni kalau menj3nayah, depa sebat bukan seratus dua inggit tetapi berjuta-juta. Malah berbilion-billion.

Aku tak heran la bila bhai sebut penjenayah "Kopiah Putih". Bila ada perkataan "PUTIH" aku dah tahu nafsu merembat memang besou.....hehehe.

Inilah tanda-tanda bahawa PAS AKAN LINGKUP DI KELANTAN DALAM PRU 14 nanti. Tukang pelingkupnya nanti adalah g3ng-geng fakih ugama yang berkopiah putih ni le. Ramai orang telah meramalkan bahawa PAS Kelantan pasca TGNA akan pecah dan r3bah.