Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 Oktober, 2013

Kisah yang terhebat antara KJ, Nasa dan Samsul!


Kerajaan telah mengadakan satu pertandingan keberanian antara sayap-sayap pemuda PAS, PKR dan UMNO di satu gerisen askar. Oleh kerana, ada ketua-ketua sayap baru, maka tujuannya adalah untuk berkenalan dan secara tidak langsung, mengurangkan ketegangan antara parti.

TG Nik Ajis, ANuar, dan Najib dijemput datang dan terlibat. Dalam acara pertama, ketua-ketua sayap akan diberi arahan dari ketua mereka dan mereka akan diukur keberanian.

Tok Guru Nik Ajis sebagai orang yang lebih tua diberi penghormatan jalan dulu. Dia memanggil ketua sayap pemuda PAS baru, Al Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi. Amboi panjangnya nama. Kita panggil Nasa saja lah.



"Nasa, mu maghi sini. Tok gughu nok ghoyak."

Nasa pun datang dengan akur. Dalam PAS, Tok Guru memang diberi penghormatan sangat tinggi. 

"Pisto ake ditembok ke aghoh mu. Tangkak pelughu tu."

"Ambo siak sedio doh, Tok Ghuru," Jawab Nasa.

Walaupun Nasa ni jenis Pak Lebai dan tidak menyerlah semacam Salahuddin Ayub, yang menjadi Ketua Pemuda tiga penggal, latihan PAS menjadikan pemuda mereka berani dan bersedia. Lihat hebatnya Unit Amal.

Pistol ditembak tetapi tak dapat tangkap. OLeh kerana terlalu dekat, peluru terkena bahu Nasa. Cederalah dia dari tembakan itu.

Nik Ajis tengok kepada Nuar Berahe dan Najib dan mengatakan, “Mu lihak ketua pemuda Pah. Beghani nok tangkak pelughu."

Najib beri penghormatan kepada Nuar Berahe, yang pernah jadi bos dia dalam Pemuda UMNO, jalan dulu. Maka giliran Nuar pula.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) adalah Shamsul Iskandar. Memang berani orangnya. Mana-mana demonstrasi mesti nampak dia di hadapan dan beri ucapan.



Muka nampak garang tetapi secara peribadi, sopan dan lembut orangnya. Mungkin itu yang katanya dia terkencing dalam seluar menghadapi pemuda UMNO Melaka. Mereka bertembung di balai polis Melaka selepas AMK membuat laporan rasuah terhadap Ali Rustam. Tak apa tetap berani.

Nuar nak tunjuk pada Tok Guru dan terutama sekali Najib, betapa beraninya Sam nie. Dia memanggil, "Askar maju sini."

Ketua pemudanya dipanggil askar. Anak pakai sistem militeri dari RMC. MCKK takda. Sam menjawab, "Siap Jeneral."

"Tangkap peluru dari RPG yang saya akan tembak," Nuar beri arahan. Puh ... pakai RPG. Mestilah lebih terer dari Nik Ajis.

"Siap Jeneral," Sam menyahut. Sungguh disiplin. Nampak tak disiplin cuma di mata polis kerana selalu sangat buat demonstrasi. 

Peluru meluncur cepat. Sam dapat menangkap tetapi peluru meletup dan hilang tangan kanannya. Tanpa terkejut, Nuar menoleh kepada Nik Ajis sambil menjeling ke arah Najib dan berkata, "Ketua sayap pemuda saya berani dan dapat tangkap walaupun cacat anggota. Ini menunjukkan saya pemimpin yang layak jadi PM."

Giliran Najib akhir sekali. Ketua Pemuda UMNO kita tahu adalah Khairy Jamaluddin. Dia dulu sensitif tetapi sudah jadi berani. Pandai bercakap, berstrategi politik dan belajar Oxford.



Satu tokoh berpotensi yang punya cara mentaksubkan pengikut. Sampai pengikut boleh kata hanya Khairy boleh realisasikan penyatuan UMNO dan PAS. Presiden, Timbalan dan Naib pun tak boleh.

Najib melentik mata. Khairy pun mahu menang maka dia sanggup tunjuk taat setia. Lalu dia datang ke pada Najib dengan cara begitu penuh disiplin.

Melihat apa terjadi pada Nasa dan Shamsul, Najib ingat ini peluang untuk hapuskan pengacau ni. Dia tukar rancangan asal dan memberi arahan baru, "Seberang ladang periuk api dengan berlari cepat!"

Khairy tahu Najib niat nak cantas politiknya. Dia enggan, "Tidak mau, Dato Seri!"

Najib terkejut mendengar keenganan dan perintah lagi, "Seberang cepat!"

Khairy tetap berdegil, "Tidak mau, Dato Seri!"

Lalu Khairy terus lari. Najib rasa malu. Dalam hatinya menyebut, memang jenis tak dengar cakap punya budak. Dah suruh jangan main politik wang, dia tetap main.

Dia pun menoleh ke arah Nik Ajis dan Nuar lalu berkata, "Lihat Ketua Pemuda UMNO, dialah paling berani. Perintah Presiden langsung dia tak turuti."

Menanglah sayap pemuda UMNO. Najib pun pulang bawa tropi.

Tengah-tengah dalam perjalanan pulang, Najib terima panggilan di talipon bimbitnya. Diangkat dan letak ditelinga. Kedengaran suara wanita tua berkata, "Hoi Najib! Apa kau nak bunuh anak omak ..."


SUMBER

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HE!HE!HE!

LAWAK BODO !!