Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 Oktober, 2013

Mencantas yang berkredibiliti memang budaya PAS?




KENAPA PEMIMPIN YANG BANYAK BERJASA KEPADA JEMAAH HENDAK DICANTAS 2 Baru-baru ini satu sms yang mengandungi nama-nama pimpinan pusat yang dikatakan hendak dicantas dalam muktamar telah disebarkan. Antaranya ialah: YB Dato’ Paduka Husam Musa Ketika malam terakhir sebelum keputusan mahkamah berkenaan kes liwat 2.0 Anwar Ibrahim diputuskan, Pakatan Rakyat mengadakan ceramah umum menghimpunkan berpuluh-puluh pemimpin parti Pas, Dap, PKR dan pelbagai NGO di padang Kelab Sultan Sulaiman. Setelah semua pemimpin memberi ucapan, kemuncaknya ialah ucapan penutup oleh seorang tokoh politik Negara. 

Ramai yang beranggapan bahawa Anwar akan kembali semula ke penjara. Persoalan yang timbul ialah siapa tokoh lain yang mampu diterima oleh semua parti dan rakyat Malaysia untuk memimpin masyarakat. Entah kebetulan atau disengajakan, pada malam itu baik Pas, Dap dan Pkr telah memberi pentas kepada Dato’ Paduka Husam Musa untuk membuat ucapan kemuncak. Justeru, beliau dilihat mempunyai ketokohan untuk menjadi salah seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat jika Anwar dipenjara. Husam mempunyai kelulusan Bachelor of Economics dari Universiti Malaya dan pernah mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan pada tahun 1987. Beliau telah terlibat dengan Jemaah Pas sejak zaman mahasiswa lagi. Malah, gelaran tersohor untuk beliau suatu masa dulu ialah Pesuruhjaya Pas Universiti Malaya. Beliaulah antara pemimpin mahasiswa yang membawa masuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke dalam UM untuk menyampaikan pidato. Khidmat beliau dalam Jemaah bermula dari cawangan seperti kebanyakan petugas Pas lain. Kemudian diamanahkan sebagai Ketua Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu, Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu dan seterusnya Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

 Kini beliau diamanahkan sebagai Yang Dipertua Pas Kubang Kerian dan Naib Presiden Pas selama 3 penggal (2005-2009 dan 2011-2013). Beliau juga banyak kali diamanahkan oleh AJK Pas Pusat untuk mengetuai jentera dalam pilihanraya kecil, yang terbaru ialah PRK Kuala Besut. Siapa sangka, beliau juga boleh berbahasa Arab, mengikuti pengajian-pengajian Islam dan mampu menyampaikan ilmu agama dengan cara tersendiri. Kadangkala, isi perbincangan ilmu dan gaya penyampaian yang beliau bawa dalam kuliah atau tazkirah lebih menarik berbanding ustaz-ustaz lepasan Azhar. Husam adalah salah seorang ‘arkitek’ yang menyumbang kemenangan Pas di Kelantan pada tahun 1990. Kebijaksanaan politik dan keahlian dalam bidang ekonomi yang ada pada beliau telah menyebabkan dilantik menjadi Setiausaha Akhbar MB Kelantan, berkhidmat bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Beliau terus mendapat kepercayaan TGNA apabila dilantik menjadi Setiausaha Politik MB Kelantan selama 7 tahun. Pernah menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian dalam penggal 1999-2004 sehingga mendapat anugerah Newsmake of The Year 2003 kerana kebijaksaaan beliau berhujah berasaskan fakta di parlimen.

Beliau antara pemimpin Pas yang menggeruskan Menteri-menteri Umno di parlimen sehingga mendapat pujian Tun Mahathir. Sejak tahun 2004, beliau dipanggil pulang ke Kelantan untuk membantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz membangunkan ekonomi Kelantan.Beliau terus dilantik menjadi Exco kanan yang menjaga portfolio ekonomi dan menjadi satu-satunya Exco yang ditugaskan untuk mengurus bajet dan ekonomi Negeri.

 Penganalisis politik berpendapat era Kelantan di bawah pemerintahan Pas mempunyai dua fasa, iaitu fasa sebelum Husam dan fasa selepas Husam. Sebaik Husam pulang berkhidmat di Negeri, Kelantan mengalami pembangunan ekonomi dengan pesat dan meluaskan hubungan antarabangsa. Semasa beliau memegang portfolio ekonomi, KDNK Kelantan terus meningkat dan mepergiatkan usaha merapatkan hubungan Negeri Kelantan dan Wilayah-wilayah di Negara China dan beberapa Negara lain. Tindakan Husam ini adalah bertujuan untuk memakmurkan ekonomi dan budaya Kelantan setelah mendapat tekanan daripada kerajaan Umno-BN. Suatu masa dulu, beliau mendapat perhatian Negara dan Dunia apabila memperkenalkan matawang sunnah iaitu Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan dan menggalakkan agar peniaga dan rakyat Kelantan menggunakan matawang itu dalam amalan berjual beli. Apabila beliau mengkritik kerajaan Kelantan, ada yang menganggap beliau sebagai pengkhianat Jemaah dan mahu menurut jejak langkah Hassan Ali. Walhal beliau sudah lebih 30 tahun dalam Jemaah dan bersama-sama para ulama membangunkan Jemaah ini ketika Pas tidak dipandang oleh orang kebanyakan. Dalam pilihanraya umum ke-13, di saat ramai pimpinan mencari-cari kerusi selamat kerana menjangka Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan di Putrajaya, Husam sanggup mempertaruhkan ‘5 tahunnya’ di Parlimen Putrajaya. Dalam keadaan seluruh Negara mahukan beliau kembali ke Parlimen dan beliau tahu Putrajaya ialah kubu lawan dan mustahil untuk menang, beliau sanggup mengorbankan diri untuk menyebarkan HARAPAN KEMENANGAN ke seluruh Negara. 

Di peringkat pimpinan pusat mengamanahkan tokoh ini di posisi penting gerak kerja jemaah, di peringkat pengikut bawahan pula menyebarkan dakyah bahawa nama ini wajib dicantas.Ternyata, suara yang mahu menjatuhkan pemimpin ini hanya suara MINORITI terutama pemuda-pemuda yang ‘baru nak up’ dalam parti tetapi bijak mengekspoitasi Facebook. Buktinya dalam Muktamar Pas Pusat Ke-57, beliau mendapat undi kedua tertinggi daripada perwakilan muktamarsebagai Naib Presiden Pas Pusat sesi 2011-2013. Berhentilah daripada buat kerja bodoh untuk mencantas pemimpin tertentu hanya kerana berbeza satu dua pendapat. Telah terbukti pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang mereka curahkan kepada jemaah sejak dari muda lagi. P/s: PTM akan berkongsi latar belakang dan pengalaman dalam jemaah beberapa pimpinan yang diuar-uarkan sebagai pengkhianat parti dan mahu dicantas oleh orang tertentu dalam Pas.

sumber

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kredibiliti ramai..buan dia sorang je..pas tak hidup semata atas sorang tokoh.Namun DHM tetap sepatutnya ada dalam kepimpinan dan DHM hendaklah hendaknya tidak mengikut stail US Nasa bila kalah mula buat hal.

bat8 berkata...

Siapa susuk-susuk tubuh yang ramai itu? Sebut je senang semua tahu sebagaimana nama-nama yang hendak dicantas itu disebut dengan terang siapa?

Ingat hangpa duduk dalam jemaah yang memperjuangkan Islam bukan parti " jaga tembolok sendiri" UMNO. Aku jadi heran mengapa terdapat persamaan cara berfikir dan perangai segelintir puak PAS yang menyokong/condong kepada p3mimpin yang faqih ugama dengan perangai p3mimpin2 UMNO? BOLEH ANON 2:30 PTG TOLONG RUNGKAIKAN. Apakah Islam versi UMNO itu yang betul dan benar?

Waris berkata...

Husam sepatutnya sudah layak memegang jawatan presiden pas.

Tanpa Nama berkata...

Orang yang potensi nya besar, mengapa nak jatuh kan nya.Patut dah menanag Putrajaya,banyak penipuan dari umno Adenan dapat.Jangan ada iri hati pada anak muda ini nanti Pas hilang talent susah jadinya.