Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

19 November, 2009

Terdesak sangat ke zambry?

Sumber memaklumkan SM Chung Wah Kuala Kangsar akan mengadakan Hari Penyampaian Hadiah sempena berakhirnya sessi persekolahan 2009. Ramli Zahari ADUN Manong (umno) telah dipilih untuk menyampaikan ucaptama dan penyampaian hadiah. Zambry telah mendapat maklumat ini dan memaklumkan pengetua beliau akan mengambialih tempat Zamri. Ketika ditanya kepada pengetua akan hal ini beliau mengulas "haiya! susahlah ini olang. Tapi takpa, kalu dia mari kita akan mintak macam-macam. Tengok dia boleh kasi ka tak boleh kasi!" P/S: Sumber lain memaklumkan kedatangan Zambry ke tempat banjir di Parlimen Bukit Gantang tidak dihiraukan penduduk!

17 November, 2009

Sumbangan RM2: Umno terkedu!

UMNO menggunakan SPRM, SPR, PDRM dan segala mak datok untuk meneruskan agenda jahat mereka. Ancaman terbaru Umno terhadap TG Nik Aziz (Ahli politik yang paling aku respek) dibalas oleh marhaen dengan kutipan dana untuk menaja TG Nik Aziz ke Mekah! Baca sendiri n3 bro MSK kat bawah. Oleh: MSK Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya. Gambar Ihsan Pinkturtle. Tok Guru, Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru. Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru. Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru. Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan. Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru. Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan. Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru. Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru. Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru. Jangan diambil sedekah orang yang khianat. Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis. Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru. Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat. Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat. Sebab aku tahu Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat. Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat. Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat. Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru. Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah. Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain. Hari ini aku jual getah. Lepas tolak duit beras. Lepas tolak duit gula dan kopi. Lepas tolak duit belanja anak kesekolah. Lepas tolak duit bayar bil air dan api. Lepas tolak bayar duit streamyx. Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru. Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini. Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami. Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami. Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku. Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat. Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan. Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan. Kita tidak mengharapkan pembalasan. Kerana kita tahu… Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat. Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat. Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat. Doa Tok Guru adalah untuk rakyat. Kita buktikan…. Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat. Kemaskini 1.25 pagi. Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan. Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com Dibawah adalah printscreen akaun yang akan digunakan, dan baki didalam akaun tersebut ialah RM26.44. Aku akan bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan kedalam akaun ini sahaja. Tolong maklumkan, kalau ada blog-blog lain yang membuat kutipan sumbangan ini, tetapi menggunakan akaun yang berbeza. Dan aku tak mau terima cash, cek, gelang cerai atau rantai emas. Aku hanya menerima sumbangan yang dimasukkan terus kedalam akaun. Nombor akaun ada terdapat di sidebar sebelah kanan. Maybank: 158 097 625 245 Pemegang Akaun: Mohmad Afandi bin Ahmad. (MSK) Sebarang pertanyaan: email: matsamankati@gmail.com HP: 013-5935721 Untuk melihat Senarai Penyumbang, klik disini. Senarai Penyumbang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

16 November, 2009

Kibaran sulong bendera Pakatan Rakyat!

Bendera Pakatan Rakyat julung kali akan dikibarkan di DUN Kota Siputeh (N03). SPR yang bertindak seolah-olah parti komponen ke 12 BN akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi jumaat ini dan sekiranya berjaya akan membuat rayuan untuk membatalkan keputusan kekosongan DUN Siputeh. Macam sial! Maklumat berkenaan DUN kota Siputeh yang kali terakhir dikemaskini pada 26 februari 2008 seperti berikut: Jumlah Pengundi: 20,281 Peratusan Kaum: M:91.69% C:7.46% I:0.08% L:0.78% Calon 1. Ismail bin Wan Teh (PAS) 2. Datuk Abu Hassan Sarif (BN) Pemenang Abu Hasan Sarif (BN) dengan majoriti: 1,573 undi. Hal2 lain aku tak ambik pot. Yang aku ambik pot ialah: 1. Ketiga2 parti dalam Pakatan Rakyat akan berjuang habis-habisan dalam PRK ini. 2. Hasan Ali jangan buat hal lagi (dah passing baton kat orang lain pulak kot?) 3. Mustapa Ali n the gang diharapkan tutup mulut sehinggalah PRK berakhir sebab sepatah puak2 ni bercakap persepsi pengundi kepada Pakatan Rakyat akan jatuh merudum! Apa2 pun tahniah kepada ahli politik yang paling aku respek TG Nik Aziz atas perlantikan beliau sebagai pengerusi Pakatan Rakyat! Hj Hadi jangan buat taik pulak aaaa!

15 November, 2009

Anwar open to Zaid's Ideal Pakatan Chief

From The Malaysian Insider By Clara Chooi IPOH, Nov 15 – Datuk Seri Anwar Ibrahim has kept an open mind over Datuk Zaid Ibrahim’s suggestion for PAS spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat to lead Pakatan Rakyat Malaysia but reminded the former Umno leader that for now, it was just his personal expression. The PKR de facto leader took pains to stress in a press conference yesterday that if and when the PR gets registered as a formal coalition, the pro tem committee which Zaid chairs, would have to be surrendered to the leadership council. Only then would the due process of determining the coalition’s leaders ensue, he added. “If the (Zaid’s) suggestion is a serious one and follows the due party processes, then of course we will deliberate on it and listen to reasons and arguments. “But for now however, it is a personal expression,” he said after attending the Perak PKR convention here yesterday evening. The Opposition leader added that others in the PR leadership council, namely DAP adviser Lim Kit Siang and PAS president Datuk Seri Hadi Awang, had told him that the matter had not cropped up or been discussed to date. Anwar also reiterated that all parties in the PR had made the decision to stay silent on the issue of the PR’s registration as a formal coalition. “We decided that an announcement would only be made once the registration is formalised. The task of the pro tem committee is solely to register the coalition and surrender it over to the leadership council. “That is why we decided that no announcement should be made, knowing the structure of the Registrar of Societies, under the Umno administration,” he said. Meanwhile in a ceramah late last night, Anwar came to the defense of the frail but fiery Nik Aziz over allegations of corruption on the latter’s trips to Mecca to perform the haj. He called on the allegations to stop, saying that there was no man who lived as simply and as humbly as the Kelantan Mentri Besar did. “Look at him, how he dresses, so simply and humbly. “Even I could not live like him, in a simple house, with a simple car. Look at my clothes, I still insist on style,” he told a large crowd outside the Perak PKR’s new headquarters in Medan Istana here. As he spoke, Anwar gestured to his silky blue shirt, causing laughter in the crowd. “He (Nik Aziz) even decided to cancel his trip to Mecca because of this. I think, this is enough la,” he said. Nik Aziz had earlier admitted certain individuals had sponsored his haj trips to Mecca, one of which cost some RM65,000. The elderly PAS leader has since maintained that this was not a form of corruption but decided to cancel his coming trip on Nov 18 anyway. Anwar lambasted the individuals that chose to pick on such an issue and said that this was an example of the Barisan Nasional’s typical strategy to demonise the Opposition. On his appointment as the Selangor government’s economic adviser with a token monthly salary of RM1, Anwar said that he was well aware it would be material for more criticism from the BN. “Bring it on,” he challenged. He said that on the very day he was appointed, Arab investors had called him up and pledged to look into ways and means to invest in the state. “Insyallah, this will come true soon,” he said, adding that he had insisted to the Selangor government to only give him the barest necessities for his work as adviser. “I just need a simple table and chair to do my work. But of course, I would need a better chair for my bad back,” he joked. He added that his work as the adviser was to help the Selangor government and Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim to expedite the state’s development process and focus on investments. “We want to ensure that the trickle down effect of the state economy will benefit everyone, including small businesses,” he said. P/S: Kalau tak faham buka Google translate. Copy, Paste, Translate!

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri - 1

KOTA BHARU – Laporan media dan komen penganalisis politik kononnya PAS kini berada di ambang perpecahan ekoran siri krisis dalaman sejak sebulan dua ini hanya satu persepsi ataupun telahan semata-mata. Malah ia tidak berasas dan meleset sama-sekali, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. Nasharudin menyifatkan cetusan gelombang politik seperti digembar-gemburkan sebelum ini adalah proses ke arah mematangkan lagi PAS dalam pelbagai aspek termasuk kepimpinan, pemerintahan dan berkerajaan. “Apa yang berlaku di luar itu cuma perbezaan pandangan ataupun pendapat sahaja, tidak lebih daripada itu. “Persepsi yang mengatakan PAS sedang menuju kehancuran itu memang saya tidak nafikan, ada... tetapi itu kerja media sejak dulu-dulu lagi,” katanya. Beliau menafikan berlakunya keretakan di dalam PAS, katanya kepada The Malaysian Insider semasa ditemui pada majlis kemasyarakatan di Bachok dekat sini tengah hari tadi. “Buktinya, hingga ke hari ini ukhwahnya terus utuh walaupun terdapat cerita-cerita seperti mana masyarakat sedia maklum sebelum ini,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan politik PAS mutakhir ini setelah dicengkam pelbagai isu sehingga baru-baru ini dituntut diadakan Muktamar Agung Khas (EGM), Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat dan Seminar Pengukuhan Parti. Rentetan beberapa peristiwa tersebut membawa kepada persepsi PAS umpama ‘retak menanti belah’. Pada masa sama, Nasharudin memberitahu pengalamannya selama lebih kurang 10 tahun bersama kepimpinan tertinggi partinya, PAS bukan sebuah organisasi diktator di mana orang lain tidak boleh memberikan pandangan atau pendapat. Bahkan PAS dengan sikap terbukanya sentiasa meraikan pandangan serta pendapat termasuk kritikan, dan segalanya itu akan digabungjalinkan untuk dinilai bagi penambahbaikan parti. “Kalau saudara lihat di muktamar, seminar, forum atau sebagainya kita memberi ruang secara terbuka kepada ahli mahupun pakar runding melontarkan pendapat atau kritikan,” katanya. Katanya juga, PAS tidak akan lemah dengan sebarang telahan mahupun ugutan mana-mana pihak kerana cetusan sesuatu isu yang timbul dalam PAS, kaedah penyelesaiannya tidak berakhir dengan teori sebaliknya disusuli bersama kajian dengan mekanismenya yang tersendiri. “Semuanya demi keutuhan parti,” tegasnya. - themalaysianinsider P/S: Tajuk n3 adalah persepsi aku pada mamat ni!

14 November, 2009

Taktik yang sedang diguna oleh UMNO!

Dalam peperangan, perisik barisan hadapan akan membuat kerja lapangan merangkumi: a. Tempat Stratejik. b. Keadaan cuaca. c. Populasi Penduduk. d. Pekerjaan penduduk. e. Tahap kerja sama penduduk. f. Kelemahan penduduk. g. Kekuatan pertahanan pihak lawan. h. Dll (he he. tak leh bagitau suma) Apabila balik ke pasukan tentera akan membuat persiapan dari segi persenjataan, latihan penyesuaian, menambah bilangan untuk menentukan kuasa yang mencukupi untuk memenangi serangan berpandukan maklumat awal yang diperolehi seperti di atas. Dalam peperangan BN (baca: Umno) VS PAKATAN RAKYAT. Persiapan Umno untuk menang perang melawan PR sebenarnya masih tidak mencukupi. Apa yang dilakukan oleh Umno sekarang adalah taktik yang diberi nama 'taktik mengharukan musoh'. Daripada maklumat yang diperolehi seperti di atas, Umno sedang mengasak di sudut (f) iaitu kelemahan penduduk. "Kelemahan Penduduk" yang ada pada PR ialah: a. Mudah layu dengan momokan'Melayu' dan 'Islam'. b. Mudah layu bila kesempitan kewangan. c. Mudah tergoda dengan pangkat dan jawatan. d. Mengutamakan kelompok sendiri samada antara parti atau kelompok sendiri di dalam parti. e. Pemimpin tak berupaya untuk mengubah konsep berpolitik. Masih lagi menggunakan konsep politik sebagaimana yang digunakan Umno. f. Strategi politik masih meneruskan tradisi datang dari atas dan bukan dari akar umbi. g. Pemimpin masih tidak keluar dari kepompong pemikiran bahawa orang bawah adalah lemah/tak tau apa-apa. h. Kepentingan peribadi diutamakan bukannya kepentingan parti. Contoh: (1) Anwar tidak berusaha mencari barisan pelapis yang boleh meneruskan idea beliau. Mungkin tidak mahu impian beliau untuk menjadi PM terjejas! (2) Hj Hadi masih tidak mahu meletak jawatan sebagai presiden PAS walau diasak dari segenap penjuru. Mungkin sayang melepaskan keselesaan yang beliau nikmati sekarang! Sekiranya Pakatan Rakyat mampu mengatasi kelemahan2 ini, Insyaallah, PRU-13 milik PAKATAN RAKYAT! P/S: Ahli2 PAS dan PKR jangan marah! Pandangan ini hanya berdasarkan apa yang aku nampak!

Tanda awal PKR Perak nak lingkup!

ditulis oleh: haji kedekut sini DSAI mungkin tak pernah lupa kawan-kawan kot, baik masa senang atau masa susah. Sebab itu le agaknya bila DSAI di pecat, disepak, diterajang dan ditelanjangkan masih ada kawan yang memberi sokongan. Mungkin itu sebabnya dia boleh kemana saja dalam dunia politik, berjiwa rakyat. Itu Anwar Ibrahim...bukan Ibrahim Ali ! bukan Hassan Ali! bukan Azmin Ali! Mungkinkah satu hari nanti, bila DSAI menjadi Perdana Menteri dia akan melupakan kawan-kawan...? mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi ada orang tu, belum pun jadi "orang besar sangat " dah lupa pada kawan-kawan, usahkan nak terkenang, sebut pun tak ooooo!!! jauh sekali le nak minta pandangan. Itu belum sehebat DSAI, kalau sehebat DSAI harus kawan-kawan mati pun tak datang!!! Sekarang dah "jem", kepala otak dah buntu, nak buat macam mana pun dah tak tau. Nak tanya segan. Maklumlah "awak" tu hebat. Hebat muka tak guna, kalau penuh hasad dengki, tamak ! Belum tentu " awak " tu jadi macam apa yang ada dalam hati yang busuk tu!!! Cita-cita besor! Bercakap bijak, jangan jadi penipu, guna kaedah "Islamik" konon, supaya orang tertarik...!!!! Jangan satu hari, pekung di dada terdedah, malu, mana nak letak muka yang "handsome" tu. Pandai suruh orang lain muhasabah diri, bersyukur, sabar dan segala-galanya. "Awak" tu main langgor je, tak pe le pulak ke..? nak kata tak tau adab dan sopan, baca Al -Quran nye hari-hari. Hadis Nabi dalam kepala je...!! Jangan sombong...nak jadi pemimpin ni tak boleh hasad dengki , tak boleh khianat. Banyak-banyak bersabo...!!! tau ke azab di dalam kubur macam mana ? baca bawah ni..... 1. Penghuni kubur didedahkan kepada bahang api neraka setiap hari iaitu di waktu pagi dan petang. 2. Dihampari kubur dengan hamparan dari api neraka 3. Kubur disempitkan hingga saling bersilang tulang-tulang rusuk 4. Didatangkan 99 ekor ular yang berbisa dan menggerunkan 5. Didatangi seorang lelaki yang buruk wajahnya dan berbau busuk (iaitulah jelmaan kepada amalan-amalan kejahatan di dunia dulu) Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyiksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuk/menyengatnya hingga berdirinya kiamat. Jika sekiranya seekor sahaja dari ular-ular itu meniupkan bisanya ke bumi nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi)”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abi Said al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu-)

11 November, 2009

Prihatinnya PKR letak calon!

Semasa PRU 12 dulu, PKR meletakan calon Parlimen Kuala Kangsar orang Tambun. Calon bagi DUN Chandan pulak kalau tak silap aku orang Gopeng (kalau salah tolong betulkan). Tanya Simpang Penaga kat mana, tak tau. Tanya Senggang kat mana, tak tau. Tanya Talang kat mana, tak tau. Kalau nak tau pun mungkin Sayong pasal tempat industri labu. Ditakdirkan Allah depa kalah. Sampai sekarang tak nampak muka kat Kuala Kangsar. La ni aku dengar bakal calon untuk PRU-13 masih orang yang sama dengan sedikit penambahan calon spare Puan Fathmawati orang Gopeng. Apa? Kuala Kangsar ni tak ada calon yang layak ke? (Ni soalan untuk DSAI dan Pengarah Pilihanraya negeri) Pada akulah, kat Kuala Kangsar ni bersepah ahli PKR yang boleh dijadikan calon. Ibarat kena selak calon untuk cari pengundi. Mungkin AJK-AJK kat cabang Kuala Kangsar majoriti bukan asal orang tempatan yang menyebabkan perkara ni berlaku? Entahlah. Aku malas nak ambik pot. Untuk PRU 13 nanti. Aku mintaklah boleh atau tak boleh bubuhlah orang tempatan untuk jadi calon Parlimen dan DUN. Aku boleh tolong kempen. Kalau taruh orang luar aku boleh tolong kempen jugak. KEMPEN BAGI KALAH!

09 November, 2009

Anwar dijangkiti penyakit Hj Hadi?

cilok dari Tukar Tiub. TINGALKAN PKR JIKA TIDAK MAHU IKUT DASAR: ANWAR - melayau Anwar Ibrahim hari ini memberi dua pilihan kepada pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan. Penasihat PKR itu berkata beliau sedia menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan anggota yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan parti. "Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” katanya ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam ini. Katanya, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti. "Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” katanya. P/S: Setau aku, ramai anggota parti mahukan pemimpin ditukar kerana ramai pemimpin tidak mengikut dan melaksanakan dasar yang ditetapkan malah terus berfikir dalam kerangka UMNO! Ni mesti agenda nak menyingkirkan pelapis baru yang mengancam kedudukan orang lama!

08 November, 2009

Langkah penyelamatan Rakyat

Aku kerapkali terfikir, kadangkala sehingga mengganggu kerja harian aku. Dengan masalah PAS yang tak habis-habis dengan segala alasan menghalalkan UG. Dengan PKR yang sebahagian ahlinya masih berfikir dalam kerangka Umno. Mungkin PRU-13 nanti ramai pengundi tak berparti macam aku tak keluar mengundi. Nak mengundi Umno, meluat dah maksima tahap gaban. Nak mengundi Parti dalam Pakatan Rakyat, bila dah menang ada calon jadi macam gampang. Fikir, fikir punya fikir, aku membuat keputusan. Kepada pembaca yang pro rakyat melebihi parti, tolong pantau calon Pakatan Rakyat yang mewakili DUN masing-masing. Pada PRU-13 nanti, aku bercadang nak menaja calon bebas pro rakyat untuk bertanding dalam kawasan DUN yang ditandingi oleh PAS,PKR dan DAP tetapi calonnya samada tersilap pilih atau melobi pihak atasan parti masing-masing lebih-lebih. Kita harus bertindak agar budaya yang berlaku sekarang tidak lagi berulang untuk kepentingan generasi kita di masa hadapan. Kalau tidak, bila kita mati dan tubuh kita dah hancur menjadi tanah(mungkin yang tinggal tulang cenongking!), budaya politik yang ada sekarang akan berterusan! Tolong!

06 November, 2009

Jangan bersyubahat!

Aku kerapkali berfikir, politik ala Malaysia memang penoh dengan pembohongan. Yang betul sikit, bohong banyak. Semua kata-kata tak lebih hanya untuk mendapatkan kuasa. Tapi kerana berimej smart, pakai serban, pakai tie maka khalayak tertipu bulat-bulat. UMNO - tak payah tulis. A - Z macam sial. PAS - "PAS for All" tapi: a. Banyak fikiran berlegar untuk ahli parti, untuk Islam konon tapi dok cerita pasal Melayu. b. Buat konvensyen untuk blogger PAS sahaja. All apakebenda! c. All untuk all Malaysian tapi duduk dalam Pakatan (kengkawan tuh!) buat taik. Jemaah untuk sesama ahli je tapi jemaah sesama Pakatan Rakyat tarak! d. PJ Negeri kuasa presiden. Patut all ahli yang pilih. All? Kah Kah Kah! PKR - ""Keadilan untuk semua" tapi: a. Pilih pengerusi negeri guna kuasa veto. Adil? Pooraahh! b. Orang yang berkredibiliti masuk, dengki! (Kes Azmin n Zaid) Ni berparti untuk rakyat atau untuk kepentingan diri sendiri? Depa kutuk parti bateri 3A marah plak! DAP - "Malaysian Malaysia" tapi: a. Semua cadangan kebanyakannya untuk kepentingan ahli terutama Cina. Lim Guan Eng terkecuali. b. Ada lagi tapi aku tak faham pasal depa cakap bahasa cina. Mulai sekarang aku ambil keputusan yang betul aku sokong yang salah aku hantam. Kalau tak, BN perentah ke, Pakatan Rakyat perentah ke, keadaan akan tetap sama. Yang susah tetaplah susah jugak sampai bila-bila. Aku tak nak bersyubahat. Dosa syubahat lebih besar dari dosa situkang buat! Mampuih pi!

05 November, 2009

Nizar: Kalau Menang... Kalau Kalah ...

Aku sebenarnya tak ambil pot sangat samada Nizar menang atau kalah dalam perbicaraan hari ini. Seperti yang sudah-sudah, keputusan akhir akan menyebelahi BN. Tau Dah! Tapi kalau Nizar menang, paling penting pada aku: 1. Pastikan PRK di Behrang, Jelapang dan Changkat Jering. 2. Kuota Staff di Pejabat MB harus dibahagikan samarata. Jangan macam dulu di kongker oleh PAS! Mungkin Allah s.w.t sengaja bagi Nizar kalah kerana: 1. Yang buat kerja sikit, yang ramai Pok Yet. 2. Saja suruh puak-puak PAS yang mintak lot balak (untuk jemaah konon!) masa Pakatan Rakyat memerintah mati cepat. 3. Ramai lagi geng dalam PKR yang berselimutkan Umno. Kalau tak berselimutkan Umno pun banyak yang jenis "sembang mantap tapi masuk ikut pintu, teghebit ikut tingkap!" Pembersihan belum selesai. 4. Tunggu Nizar jadi Presiden PAS dulu. (Ini memang aku berharap sesangat!) P/S: He he he. Aku dah standby nak gi Ipoh ni kalau Nizar menang!

31 Oktober, 2009

Kisah manusia tak berkepala di Padang Rengas dan Kolej Islam Chandan.

Alkisah seorang calon yang bertanding pada PRU yang lalu. Di sebuah kedai kopi bertanyalah seorang kawan "Mal! Mike ghaser boleh ke menang kali ni? aku dengor sokongan parti mike dah koghang. Cer mike kabo ke teman!". Mal "Ishhh...! mike! aku aci potong kepala kalau aku kalah! kirim salam bebanyak ler pada oghang yang menghaghapkan aku kalah!" Satu kedai menoleh ke arah beliau. Maka berlakulah pilihanraya. Setelah diisytiharkan oleh SPR, maka kompom ler si Mal ni kalah kalau tak silap 76 undi!? Iya, 76 undi! Keesokan harinya berbondong-bondonglah orang kampung membawa parang menyuruh si Mal potong kepala! Tapi si Mal tiada di rumah! Sampai sekarang tiadalah nampak lagi muka si Mal nih! Dikhabarkan orang, kadang-kadang sesiapa yang pergi ke Grik dari Taiping melalui jalan shortcut Padang Rengas ada terjumpa dengan manusia tanpa kepala! Dan peristiwa manusia tanpa kepala ini dikhabarkan turut berlaku di kantin Kolej Islam Bukit Chandan! Tetapi jangan ler ghisor weh oi! Manusia tanpa kepala itu kemungkinan besor adalah si Mal dan si Mal juga di khaborkan dah ngambik kontrek catering di Kolej Islam! aa.. Petronas Padang Rengas pun dengor ceghiter dia jugak yang punya! P/S: Err.. Ustaz Zainudin mana ha? lama teman tak dengor ceghiter. Dalam proses jadi mengkarung juga ke gamaknya? Ghentikan ler yob! Cukup ler puak terengganu ajer!

29 Oktober, 2009

PKR ternak katak, PAS ternak mengkarung!

Katak, ADUN Behrang - Bekas Posmen, PKR. ADUN Lunas - Bekas Posmen, PKR. ADUN Cangkat Jering - Bekas Tentera yang kuat bodek jadi Pegawai jawatan Kuartermaster,PKR. ADUN Port Kelang - Postmaster (posmen sikit atas!), PKR. kesimpulan: Untuk masa depan PKR mesti elakkan letak calon background posmen dan askar peringkat bawah yang di commission jadi pegawai(kuat mengampu dan tak tetap pendirian). Mengkarung ho ho! yang ni susah sikit! pakar tukar kaler! Mustapa Ali - PAS (Background tak tau) Harun Taib - Pemikir Hj Hadi, PAS. Hassan Ali - Pakar Motivasi, PAS. Nasharuddin Mat Isa - Pensyarah, PAS. Ada lagi tapi belum bertukar sepenuhnya jadi mengkarung! 4 lawan 4. 1 kuat lompat dan 1 lagi tukar-tukar kaler! PKR atau PAS mampuih pi! Aku cuma sokong Pakatan Rakyat! kesimpulan: Untuk species mengkarung aku tak tau nak cakap apa-apa. Aku cakap kang blogger PAS marah plak!

27 Oktober, 2009

Wakil Rakyat untuk parti atau kepada rakyat?

Perkataan di bawah aku kutip dari blog albanjari. Bila aku baca mendidih darah aku dengan perkataan yang aku boldkan. "YB Dato' Dr Hassan Ali banyak memperkatan tentang peranan PAS di Selangor dan menerangkan kepada kami susur galur kepada beberapa isu yang membabitkan beliau dalam politik negeri Selangor terutamanya yang berkaitan dengan isu arak, SELCAT dan kepala lembu dan lain-lain. Pun begitu banyak lagi isu-isu yang lebih hangat yang tidak diketahui oleh umum yang menjadi cabaran kepada tugas beliau sebagai ahli EXCO Selangor yang mewakili PAS dan masalah yang berkaitan dengan beberapa individu dalam PAS yang telah diketahui oleh umum telah dinyatakan secara serius oleh beliau." Aku tertanya-tanya. Adakah semua Wakil Rakyat yang berjaya menjadi YB berkhidmat untuk parti atau berkhidmat kepada rakyat? Kalau nawaitu semua YB untuk berkhidmat kepada parti maka tertipulah semua pengundi tak berparti yang telah memberikan undi mereka. Untuk PRU-13 nanti aku berseru kepada pengundi tak berparti jangan memberikan undi anda kepada calon species macam ni. Kalau boleh berkempen untuk bagi depa kalah lagi bagus!

25 Oktober, 2009

EGM: Sesuatu yang ditakuti oleh pemimpin UG dah bermula!

(Sumber-Malaysian Insider) By Adib Zalkapli KUALA LUMPUR, Oct 25 - Para penyokong Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dah bergerak untuk memastikan bahawa Muktamar khas akan diadakan untuk mengusir pemimpin bermasalah yang menghalang ikatan yang lebih erat dengan sekutu dalam Pakatan Rakyat. Di Selangor setidaknya satu bahagian akan mengadakan mesyuarat bahagian penuh untuk mencapai sebuah resolusi untuk menyokong pemimpin spiritual parti telefon. Ahli jawatankuasa pusat diharapkan sejajar dengan Menteri Besar Kelantan untuk menyokong cadangan EGM. Di bawah perlembagaan PAS, Muktamar khas hanya boleh diselenggarakan oleh Presiden atau dengan permintaan salah satu daripada satu pertiga ahli jawatankuasa pusat. 176 bahagian parti juga boleh membuat permintaan serupa dan Muktamar khas harus bersidang jika disokong oleh setidaknya satu-pertiga daripada bahagian. "Kami telah bersetuju untuk menyokong pandangan Tok Guru, demi kelangsungan hidup 'jemaah'," kata Ketua PAS Kelana Jaya Izham Hashim. Bahagian tertinggi PAS telah mengadakanr mesyuarat tergempar malam tadi di mana ia memutuskan samada perlu untuk mengadakan Muktamar khas. "Kami percaya Nik Aziz mempunyai perasaan cintakann parti dan kami mengambil pertimbangan, yang menghormati arahan Nik Aziz, dari dalam dan luar parti," kata Izham kepada The Malaysia Insider. Dia juga menepis laporan bahawa PAS Selangor telah menolak panggilan untuk Muktamar khas, mengatakan bahawa masalah tidak pernah dibahas oleh jawatankuasa pusat. "Itu adalah pendapat peribadi Roslan jadi kami memutuskan untuk tidak menerima pandangan beliau," kata Izham merujuk pada pernyataan oleh ketua penerangan PAS Selangor Roslan Shahir. Kenyataan dilaporkan mewakili pendirian PAS Selangor diterbitkan di harian bahasa melayu, Utusan Malaysia kelmarin. Sementara itu naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertemu dengan Nik Aziz kemarin mengatakan dia akan menyampaikan mesej pemimpin spiritual itu kepada jawatankuasa pusat parti. "Dia telah memberikan saya tugas melewati mesej beliau kepada kepimpinan, sehingga jawatankuasa pusat akan bertemu " kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Salahuddin Ayub menolak untuk menyatakan pendapat peribadi beliau apakah dia akan menyokong usulan Muktamar khas di pertemuan jawatankuasa pusat. Malaysia Insider memahami bahawa pertemuan Salahuddin dengan Nik Aziz kemarin bertujuan untuk menghapuskan desas-desus dalam parti bahawa pernyataan kontroversial itu tidak dicipta oleh beliau. "Sudah ada kata-kata di kalangan beberapa pemimpin parti yang Nik Aziz dihasut oleh penasihat-penasihat beliau dan kenyataan untuk EGM itu bukan dari dia," kata seorang ahli dalaman PAS Kelantan. "Jadi Salahuddin kenyataan bahawa itu memang dari Nik Aziz sendiri dan ia akan membawanya kepada jawatankuasa pusat sebagai satu langkah besar," katanya kepada The Malaysia Insider. Dia menambah bahawa Nik Aziz mempunyai cukup penyokong dalam 36 ahli jawatankuasa pusat menuntut Muktamar khas. "Tidak ada masalah tentang Mengadakan sidang Muktamar khas, masalahnya ialah menetapkan agenda, apakah mungkin untuk memilih presiden di luar mesyuarat," katanya. Nik Aziz melalui blognya pada Rabu lepas mendesak PAS mengadakan Muktamar khas untuk menapis pemimpin yang dianggap menyokong UMNO yang membuat PAS tidak konsisten. Panggilan untuk Muktamar khas dipandang sebagai langkah terakhir habis-habisan PAS untuk mengembalikan ikatan yang lebih dekat dengan sekutu-sekutunya iaitu PKR dan DAP.

Mustafa Kamil Ayub? Tahniah Anwar! PKR Perak Bakal Lingkup!

Suatu ketika dahulu, Tuan Hj Ismail Yusup adalah Pengerusi Perhubungan (PPN) PKR Perak yang amat disegani dan disayangi oleh ahli PKR Perak. Masa itu, PKR Perak amat aktif dalam menjalankan aktiviti untuk menghampiri pengundi. Entah macamana, hasil mainan dua orang ADUN yang melobi Anwar akhirnya Tuan Hj Osman dilantik untu mengantikan Hj Ismail. ADUN tersebut akhirnya bertukar menjadi katak dan PKR Perak di bawah Hj Osman menjadi lesu. Tup-tup hari ini, Hj Osman digugurkan. PKR Perak bergembira seketika. Tiba-tiba dikhabarkan yang akan menggantikan Hj Osman adalah Mustafa Kamil Ayub . Terimakasih kepada Anwar di atas perancangan untuk melingkupkan PKR Perak! Di bawah ini diturunkan serba sedikit kisah Mustafa Kamil Ayub. Kalau Anwar tak prihatin bermakna samalah Anwar dengan Hj Hadi! Kisah Mustafa Kamil Ayub. Tahun 2004, Mustafa Kamil Ayub bertanding di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Lumut. Selepas itu menjadi Ketua Bahagian PKR Bukit Kuala Kangsar. Tapi tak ada yang mampu ditunjukkan. PKR Kuala semakin lembap. Mustafa hanya turun untuk majlis rasmi parti. Mesyuarat ataupun apabila dijemput. Tak pernah turun padang berjumpa rakyat. Tahun 2008, Mustafa Kamil Ayub lari ke Pasir Salak. Bertanding Parlimen Pasir Salak dan DUN Sungai Manik. Tewas. Lepas kalah, tak pernah balik kawasan. Mustafa Kamil Ayub tak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak. Tak ada jasa-jasa Mustafa Kamil Ayub dalam PKR Perak walaupun sebagai Naib Presiden PKR. Masa jadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar ataupun Ketua Bahagian Pasir Salak, tak pernah hadir mesyuarat Perhubungan Negeri. Hanya hadir di Perak kalau dijemput berceramah. Mustafa Kamil Ayub dianggap pemimpin elit...hanya bergayut diketiak Anwar. Tak ada track record yang boleh dibanggakan kecuali membodek Anwar. Pernah dilantik jadi Ketua Perhubungan Negeri Terengganu, tapi PKR Terengganu lingkup. PKR Trengganu tolak dia. Kemudian dilantik jadi Ketua PKR Sarawak...apa jadi kat PKR Sarawak? Gabriel Adit keluar parti dan nak tubuh Pakatan Rakyat Sarawak. PKR Sarawak tak mahu Mustafa Kamil, dan Mustafa merayu kat Anwar suruh bagi kat dia PKR Perak. Makin teruk la Pakatan Rakyat Perak. dah la PAS lantik Hj. Bakaq. La ni PKR pulak lantik Mustafa Kamil Ayub. Naib Presiden yang tak pernah turun padang. Tok sah kata nak jumpa rakyat. Nak jumpa ahli parti pun tak pernah. Tahniah Anwar Ibrahim!

Perlukah ditubuhkan parti lain untuk mewakili suara rakyat?

Sejak aku aktif ikuti perkembangan politik di Malaysia ni, aku berpendapat adalah wajar rakyat yang prihatin tubuhkan parti yang benar-benar mewakili suara rakyat. Di bawah adalah perkara-perkara yang berjaya melahirkan rasa meluat aku tentang parti UMNO, PKR dan PAS (MIC, DAP dll aku tak ulas sebab tak faham bahasa depa). 1. UMNO a. Mengutamakan kroni. b. Menganaktirikan rakyat yang tidak menyokong mereka walaupun seagama. c. Jawatan dah jadi macam hak keturunan depa. 2. PKR a. Sebelum jadi calon cakap begitu-begini, dah menang pilihanraya lompat parti. b. Dah jadi macam UMNO, cuba nak menyekat keahlian baru kepada pemohon yang mungkin jadi ancaman depa. 3. PAS a. Parti untuk golongan yang cintakan agama (konon) tapi penuh dengan sifat munafiq. Tak menjaga amanah pengundi (kes UG), suka berbohong (Nasha timbalan presiden), b. Wala' kepada pemimpin yang sehaluan dengan depa. Yang tak sehaluan 'fuck-off'. Kepada PKR dan PAS di negeri yang baru diterajui (Selangor dan Kedah). Hangpa dah setelkan ke manifesto menjelang PRU-12 dulu? P/S: Kepada ahli-ahli PKR dan PAS, hangpa tak payah lah dok berebut jawatan dalam parti untuk PRU-13. Rakyat non partisan macam aku dah meluat dengan hang pa! Fedup aku!

23 Oktober, 2009

Bajet 2010: UMNO nak menfaraid harta negara!

Mulai 3 ptg sampai 6 ptg tadi aku mendengar dengan teliti bajet oleh Najibtuya. Pada aku kebanyakannya biasa-biasa aje. Tak lebih tak kurang seolah-olah macam memberi gula-gula kepada 'pengundi fuck-off hal politik' sebagai persediaan nak menghadapi pilihanraya umum pada 2010 seperti jangkaan kebanyakan blogger. Yang paling aku terkesan dan seperti yang aku jangkakan ialah rancangan Najibtuya untuk mengswastakan syarikat berkaitan kerajaan yang berdaya maju. Adalah dijangkakan tujuan ini adalah serampang 2 mata. 1. Memberi punca kewangan kepada kroni dalam keadaan kelembapan ekonomi. 2. Sebagai persediaan sekiranya kerajaan persekutuan diambilalih oleh Pakatan Rakyat selepas PRU-13. Penutup pembentangan bajet najibtuya bermegah dengan kemenangan UMNO di Bagan Pinang kononnya pengundi telah kembali kepada BN. Gerak-geri mempamerkan seribu kata-kata. Senyuman Najib di akhir pembentangan itu seolah-olah dia sendiri tidak yakin dengan dengan apa yang diperkatakannya. P/S: Susulan cadangan Nik Aziz untuk EGM PAS, sila perhatikan gerak-geri puak UG! Yang pasti sekarang mungkin Nasha sedang merancang strategy dengan Kumpulan Task Forcenya!

Pandangan terbaru Presiden Bar Council terhadap skop penyiasatan Teoh!

Sumber: Malaysia Star KUALA LUMPUR: Bar Council menginginkan Suruhanjaya Penyelidikan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat keadaan dan punca kematian pembantu politik Teoh Beng Hock. Ragunath Kesavan presiden Bar Council mengatakan kesaksian ahli patologi forensik Thailand terkenal Dr Pornthip Rojanasunand dalam pemeriksaan pada Selasa Teoh mengangkat isu-isu serius yang perlu diatasi. Suruhanjaya kerajaan, tambah beliau , seharusnya tidak hanya melakukan pandangan tentang SPRM dari segi soal siasat dan teknik siasatan sebagai punca kematian dan teknik-teknik soal siasat yang berkenaan secara dasar dan tidak boleh dianalisis secara berasingan. "Hal ini dibuktikan sekarang, lebih daripada dahulu, bahawa ruang lingkup penyiasatan Suruhanjaya Diraja tidak boleh dihalang untuk mengkaji kaedah soal siasat SPRM sahaja seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan," katanya dalam sebuah kenyataan terakhir. Ragunath menambah bahawa dalam Penal Code, pemeriksaan terhad dalam ruang lingkup dan penemuan dan akan jauh lebih berkesan daripada sebuah suruhanjaya kerajaan. "Kematian Teoh adalah masalah kepentingan umum yang sangat besar yang menjamin tahap keutamaan tertinggi . Itu tak boleh dipertahankan bahawa saksi dalam penyiasatan rutin seharusnya telah kehilangan tidur dan disiasat selama lebih daripada lapan jam. "Bahkan lebih tidak logik dan tidak boleh diterima ialah bahawa Teoh ditolak haknya kepada penasihat undang-undang dalam soal siasat," katanya. Sementara itu, naib presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengumpamakan pandangan Dr Pornthip sebagai "sangat mengganggu." "Penyebab kematian Teoh harus dipastikan dan masyarakat harus diberitahu," katanya dalam sebuah pernyataan. Mah berkata Kerajaan harus mempertimbangkan secara serius pendapat Dr Pornthip dan memperluaskan kerjasama sepenuhnya kepadanya. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jika kematian Teoh memang pembunuhan, orang yang melakukan kesalahan mesti dibawa ke mahkamah. "Ini sangat penting untuk memulihkan kredibiliti polis dan sistem perundangan dan mereka yang melakukan pembunuhan harus dihadapkan di mahkamah," katanya kepada wartawan.