Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 Oktober, 2009

Mustafa Kamil Ayub? Tahniah Anwar! PKR Perak Bakal Lingkup!

Suatu ketika dahulu, Tuan Hj Ismail Yusup adalah Pengerusi Perhubungan (PPN) PKR Perak yang amat disegani dan disayangi oleh ahli PKR Perak. Masa itu, PKR Perak amat aktif dalam menjalankan aktiviti untuk menghampiri pengundi. Entah macamana, hasil mainan dua orang ADUN yang melobi Anwar akhirnya Tuan Hj Osman dilantik untu mengantikan Hj Ismail. ADUN tersebut akhirnya bertukar menjadi katak dan PKR Perak di bawah Hj Osman menjadi lesu. Tup-tup hari ini, Hj Osman digugurkan. PKR Perak bergembira seketika. Tiba-tiba dikhabarkan yang akan menggantikan Hj Osman adalah Mustafa Kamil Ayub . Terimakasih kepada Anwar di atas perancangan untuk melingkupkan PKR Perak! Di bawah ini diturunkan serba sedikit kisah Mustafa Kamil Ayub. Kalau Anwar tak prihatin bermakna samalah Anwar dengan Hj Hadi! Kisah Mustafa Kamil Ayub. Tahun 2004, Mustafa Kamil Ayub bertanding di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Lumut. Selepas itu menjadi Ketua Bahagian PKR Bukit Kuala Kangsar. Tapi tak ada yang mampu ditunjukkan. PKR Kuala semakin lembap. Mustafa hanya turun untuk majlis rasmi parti. Mesyuarat ataupun apabila dijemput. Tak pernah turun padang berjumpa rakyat. Tahun 2008, Mustafa Kamil Ayub lari ke Pasir Salak. Bertanding Parlimen Pasir Salak dan DUN Sungai Manik. Tewas. Lepas kalah, tak pernah balik kawasan. Mustafa Kamil Ayub tak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak. Tak ada jasa-jasa Mustafa Kamil Ayub dalam PKR Perak walaupun sebagai Naib Presiden PKR. Masa jadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar ataupun Ketua Bahagian Pasir Salak, tak pernah hadir mesyuarat Perhubungan Negeri. Hanya hadir di Perak kalau dijemput berceramah. Mustafa Kamil Ayub dianggap pemimpin elit...hanya bergayut diketiak Anwar. Tak ada track record yang boleh dibanggakan kecuali membodek Anwar. Pernah dilantik jadi Ketua Perhubungan Negeri Terengganu, tapi PKR Terengganu lingkup. PKR Trengganu tolak dia. Kemudian dilantik jadi Ketua PKR Sarawak...apa jadi kat PKR Sarawak? Gabriel Adit keluar parti dan nak tubuh Pakatan Rakyat Sarawak. PKR Sarawak tak mahu Mustafa Kamil, dan Mustafa merayu kat Anwar suruh bagi kat dia PKR Perak. Makin teruk la Pakatan Rakyat Perak. dah la PAS lantik Hj. Bakaq. La ni PKR pulak lantik Mustafa Kamil Ayub. Naib Presiden yang tak pernah turun padang. Tok sah kata nak jumpa rakyat. Nak jumpa ahli parti pun tak pernah. Tahniah Anwar Ibrahim!

4 ulasan:

Shaharuddin Othman. berkata...

salam.

Kes ini sama jugak apa yang berlaku di Trengganu sekarang.Rahman Yusuf dilantik menjadi perhubungan Trengganu.Sejarah hitam datang kembali.Alamak lingkup trengganu.

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan PAS saja yg tak reti berpolitik..
Anwar Ibrahim pun sama..??
Lingkop lah PR.

Syabas BN.. Syabas UMNO.. Syabas Najib.. Anda memang A1.. dapat menghuruharakan PR. PRU13 nanti anda boleh menang dengan cemerlang.

perak ekspress berkata...

http://perakexpress.com/www/2009/10/26/mustafa-kamil-ayub-in-hj-osman-out/

A Mum of three Mohd | PKR telah membuat beberapa perubahan kepada kepimpinan PKR di peringkat negeri bagi memantapkan lagi gerak kerja parti.

Pengerusi PKR Sabah kini beralih tangan kepada Thamrin Zaini bagi menggantikkan Azmin Ali, manakala di Sarawak pula, Baru Bian mengambil alih baton Pengerusi PKR Sarawak daripada Mustafa Kamil Ayub.

Pelantikan mereka yang merupakan anak jati Sabah dan Sarawak, diharapkan dapat menjadikan PKR lebih mantap dan diterima oleh masyarakat di sana.

Mustafa Kamil Ayub yang terpelanting di Sarawak, telah dipilih sebagai Pengerusi PKR Perak bagi menggantikkan Hj Osman.

Yahooo!!! Hj Osman…. OUT!!!

Mamat ni memang patut digugurkan. Takda satu benda pun yang dibuatnya untuk PKR Perak selain menyibuk tunjuk muka ke hulu ke hilir apabila ada majlis besar yang melibatkan Anwar atau pemimpin-pemimpin besar Pakatan Rakyat. Other than that…. ermmm…. eilek!!

Heboh bagai nak rak cerita DUN akan dibubarkan bagi satu lagi pilihan raya tetapi apa yang mamat ni buat bagi mempersiapkan PKR untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya tersebut? Habuk pun tarak!!!

cucu pejuang berkata...

Pedas mcm cili api kg,gunung berapi dah meletup,ahli-ahli dah lantang bersuara.Pemimpin dtg dan pergi.Kritikan membina amat diperlukan dlm sebuah organisasi.Ini terjadi dlm PAS dan PKR.Prihatin sikit dgn ckp org bwh.Mentang-mentang tak berjawatan pandang sebelah mata.Ahli yg komited patut di syg bkn diketepikan.Mrk tak pernah minta balasan,kerja kuat utk parti.Kita kenal hati budi yg gila jwtan dan pejuang sebenar,bkn musang berbulu ayam.