Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

27 Oktober, 2009

Wakil Rakyat untuk parti atau kepada rakyat?

Perkataan di bawah aku kutip dari blog albanjari. Bila aku baca mendidih darah aku dengan perkataan yang aku boldkan. "YB Dato' Dr Hassan Ali banyak memperkatan tentang peranan PAS di Selangor dan menerangkan kepada kami susur galur kepada beberapa isu yang membabitkan beliau dalam politik negeri Selangor terutamanya yang berkaitan dengan isu arak, SELCAT dan kepala lembu dan lain-lain. Pun begitu banyak lagi isu-isu yang lebih hangat yang tidak diketahui oleh umum yang menjadi cabaran kepada tugas beliau sebagai ahli EXCO Selangor yang mewakili PAS dan masalah yang berkaitan dengan beberapa individu dalam PAS yang telah diketahui oleh umum telah dinyatakan secara serius oleh beliau." Aku tertanya-tanya. Adakah semua Wakil Rakyat yang berjaya menjadi YB berkhidmat untuk parti atau berkhidmat kepada rakyat? Kalau nawaitu semua YB untuk berkhidmat kepada parti maka tertipulah semua pengundi tak berparti yang telah memberikan undi mereka. Untuk PRU-13 nanti aku berseru kepada pengundi tak berparti jangan memberikan undi anda kepada calon species macam ni. Kalau boleh berkempen untuk bagi depa kalah lagi bagus!

3 ulasan:

parti likud berkata...

Tanggungjawab pada parti tidak perlu ke bila dah menang pRU, kau ni seeloknya kau mengundi Ibrahim ali sebab ibrahim tidak berparti, darah mendidih kerana tidak memahami apa yg diutarakan, kalau menang pilihanraya tidak perlu bertanggungjawab kepada parti lagi, tak perlu solat le sebab dah menang pilihanraya kena berkidmat kepada rakyat, kalau jadi wakil rakyat je mesti tinggalkan tangungjawab lain hanya untuk rakyat seperti kamu

Tanpa Nama berkata...

terkadang kita perlu fikir juga..kalau bukan parti dijadikan platform, buat apa wujudnya parti...masing-masing bertanding atas tiket individu...kerana parti tak ada kawasan untuk ditandingi. Tak gitu?

Yob berkata...

Aku setuju dengan TheSniper! Parti digunakan untuk berkhidmat kepada rakyat bukan rakyat diguna untuk berkhidmat kepada parti. Masa nak ngundi salam dengan semua. Bila dah menang layan orang parti sendiri je. Macam sial!