Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

14 Jun, 2012

Mertua pembohong dapat menantu penipu. Ngammm!

Ahli BN pertahan Najib berkaitan kes bakal menantu

KUALA LUMPUR: Anggota Barisan Nasional (BN), semalam, mempertahankan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah dokumen mahkamah di Amerika Syarikat mendakwa bakal menantu Datuk Seri Najib memalsukan kelulusan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia dan menipu bekas bapa tirinya.
Menurut laman beritaThe Malaysian Insider,semalam, beberapa akhbar asing termasuk akhbarNew York Postkelmarin melaporkan bahawa Encik Daniyar Nazarbayev disaman kerana menipu bekas bapa tirinya, Encik Bolat Nazarbayez, saudara lelaki Presiden Kazakhstan, Encik Nursultan Nazarbayev.
Menurut dokumen mahkamah, Encik Bolat menuduh Encik Daniyar menjual sebuah kondominium miliknya bernilai AS$20 juta ($25.6 juta) tanpa pengetahuan beliau dan mendapatkan tempat di Universiti Columbia dengan menggunakan dokumen palsu daripada sebuah sekolah di Kazakhstan, yang beliau tidak pernah menuntut.
Encik Daniyar, 24 tahun, telah melangsungkan pertunangannya dengan anak Datuk Seri Najib, Cik Nooryana Najwa, pada Jun tahun lalu.
“Persepsi daripada masyarakat mungkin jelas, sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Tetapi ia adalah hal keluarga yang tidak menjejas keupayaan beliau sebagai Perdana Menteri. Ia tidak seharusnya menarik perhatian daripada kekuatannya,” kata anggota majlis tertinggi Parti Pusaka Bumiputera Bersatu, Datuk Alexander Nanta Linggi.
Kepala bana punya statement,,,hal keluarga ka, hal peribadi ka… kalau hal keluarga dah kucar kacir,, macam mana nak uruskan negara…. stupid punya BN….

Berita lain,

Rosmah Bakal Dapat Menantu Penipu? -N/York Pos

Sumber:  
 Harap-harap laporan sebuah protal berita yang memetik akhbar The New York Pos hari ini mengenai bakal menantu isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak benar dan hanyalah satu gimik atau berita palsu yang sengaja diadakan-adakan untuk memalukan isteri perdana menteri dan keluarganya.
 Daniyar: Dilapor cuba menipu?
Berita dimaksudkan itu ialah mengenai lelaki warga Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, dikatakan terlibat dengan satu penipuan bapa tirinya untuk memiliki seunit kondominum bernilai AS20 juta (RM62 juta) serta memaslukan dokumen untuk memasuki universiti luar negara.
Maklumat itu terkandung dalam dokumen yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan.

Berita ini ini benar-benar mengejutkan dan menjatuhkan air muka isteri persana menteri dan juga suaminya  Najib Razak. Secara tidak langsung juga berita berkenaan turut sama mengaibkan rakyat negara ini kerana beliau (Daniyer) bakal menjadi menantu kepada perdana menteri.Dari sudut lain berita ini seakan memberi paku buah keras kepada Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan tidak menyukai menantunya seorang warga Malaysia kerana mempunyai status dan kedudukan tidak setaraf dengan anaknya yang menuntut di luar negara.Beliau tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya dan juga telah melarang rakan-rakannya terdiri dari isteri vvip daripada menghadiri majlis perkahwinan yang dilangsungkan di PWTC itu.
Mana-mana para jemputan terdiri daripada vvip dikatakan menerima sms daripada Rosmah yang meminta jangan hadir majlis perkahwinan anaknya dengan pemuda tempatan itu. Mana-mana tetamu yang enggan mematuhi larangan itu diganggu di mana kereta mereka ada yang digores dan dirosakkan.
Isteri perdana menteri itu merasakan anaknya tidak layak berkahwin dengan anak seorang kuat Umno yang hanya berkelulusan dalam negeri dan merupakan seorang artis, penyanyi. Katanya Rosmah telah melarang dan marah kepada anaknya tetapi kerana cinta suci anaknya tidak menghiraukan larangan itu menyebabkan Rosmah tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya itu.
Tampaknya sekiranya berita dilaporan The New York itu benar ia bakal menjadi pengajaran kepada Rosmah Mansor dan ibu-ibu yang ego dan sombong agar tidak merendah-rendah atau memperlekehkan warga tempatan. Adalah diharap berita itu tidak benar dan isteri perdana menteri akan membuat penjelasan dengan segera.

Tiada ulasan: