Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

08 Jun, 2012

Tara ni otak MB UMNO?

Polis, Tentera letak jawatan jika sokong PR – Ahmad Said
Nurul | Jun 07, 2012


  Apa bodoh sangat MB Terengganu neh? Sabar jangan nak pandai2 dakwa aku bawah akta sampah korang tue. Aku bukan suka2 nak anggap dia bodoh tak bertempat. Tapi sebab aku dah jumpa tempat yang sesuai pasal tue aku berani cakap dia bodoh.

kah kah kah

Cuba korang baca balik apa yang MB Terengganu meroyan kat atas neh.

1. Dia cakap anggota keselamatan kalau sokong PR di anggap pengkhianat.

2. Tugas mereka sepatutnya menjaga keselamatan negara dan tidak patut bercanggah dengan dasar kerajaan yang sedia ada.

3. Anggota keselamatan yang pikul senjata ketika sedang bertugas di anggap mempertahankan kerajaan yang sedia ada.

4. Tapi bila balik rumah tanggal uniform dan sokong PR itu bermakna tugas mereka menjadi sia2 sebab sepatutnya mereka bersama2 dengan kerajaan yang memerintah.

Nampak tak betapa bodohnya dia neh? Tugas polis dan tentera yang sebenarnya ialah ;

POLIS = Menjaga keselamatan orang awam dan menyelesaikan kes2 jenayah.

TENTERA = Mempertahankan negara daripada ancaman dan mempertahankan kedaulatan negara.

Bila masa pula POLIS dan TENTERA kena mempertahankan BN dan UMNO? Ramai orang ingat BN = UMNO = MALAYSIA. Oii tak sama tue.

Malaysia = sebuah negara.

BN = UMNO = Parti.

Maksudnya disini polis dan tentera mereka memang harus mempertahankan kedaulatan malaysia tetapi mereka tidak wajib menyokong semua dasar2 dan polisi2 parti politik yang bernama BN dan UMNO.

Itulah yang kita panggil prinsip demokrasi raja berperlembagaan. Tak kira jawatan apa yang ko pegang dalam kerajaan, itu satu hal. Ko dibayar oleh pembayar cukai. Ko bertanggungjawab mementingkan malaysia, polisi yang telah ditetapkan dan perlembagaan nya.

Manakala parti pula macam BN dan UMNO bertanggungjawab menguruskan kesemua hal tersebut mengikut aturan yang telah dipersetujui dan ditetapkan bersama. Sebab mereka telah dipilih oleh sistem pilihanraya. Jika PR amek alih pun dorang kena buat apa yang telah rakyat amanahkan.

Jadi jika polis dan tentera taknak sokong bn dan umno itu satu hal yang lain. Takde kaitan dengan malaysia. Langsung takde kaitan. Sebaliknya itu ada kaitan dengan politik. Kalau mereka tak boleh bebas memilih itu bermaksud mereka tak boleh bebas berpolitik.

Kalau tak boleh bebas berpolitik itu bermaksud buat apa ko adakan pilihanraya kalau akhirnya sesiapa yang nak undi mana2 parti selain dari ko mendapat pelbagai label, cacian, makian, hinaan, ugutan, ancaman dan disuruh berhenti kerja?

Ramai orang beranggapan bahawa malaysia itu bn dan bn itu malaysia. Itu satu perkara yang karut lagi mengarut. Kerajaan malaysia ialah kerajaan malaysia. BN cuma mendasarkan polisi dalam negara malaysia sahaja. Parti boleh bertukar berdasarkan kepada pemilihan rakyat. Tetapi bukan negara.

Dan sesiapa yang sudah cukup berusia 21 tahun ke atas, tak kiralah dia kerja kat mana2 sekalipun dalam ataupun luar negara, dia ada hak sepenuhnya untuk sokong sesiapa. Mana2 parti tak boleh mengugut dan memaksa dia. Menentukan sesiapa kena sokong sesiapa sebenarnya telah melanggar prinsip asas demokrasi.

Prinsip asas demokrasi menyatakan bahawa setiap rakyat yang berusia 21 tahun ke atas boleh mengundi mana2 parti pilihan mereka tak kiralah siapa ko sekalipun. Pekerja kerajaan bererti pekerja kerajaan malaysia bukan bererti pekerja barisan nasional.

Jika pekerja kerajaan bererti pekerja barisan nasional maka selepas penang, selangor dan kedah bertukar kerajaan negeri, pekerja2 bn tue sepatutnya diberhentikan dan mengikut bos lama mereka tetapi itu tidak berlaku sebab pekerja kerajaan bererti berkerja dengan kerajaan malaysia bukan bekerja dengan barisan nasional.

Tapi nampaknya perkara tersebut tidak berlaku. Kenapa? Sebab, macam yang aku dah sebut tadi lah. Pekerja kerajaan ialah pekerja kerajaan dan ia takde kaitan langsung pun dengan bn, umno ataupun pakatan rakyat.

Istilah yang tepat sebenarnya setiap kali jika bn mahupun pr [andai] menang pru, pemberita sepatutnya mengungkapkan kata2 bn mengambil alih kerajaan, bukan membentuk kerajaan sebab kerajaan dah sedia terbentuk tetapi tiada pentadbir.

Disebabkan pemberita malaysia bebal dan rakyat malaysia malas nak mengkaji, maka wujudlah orang2 macam ahmad said yang langsung tak reti nak bezakan apa itu kerajaan dan apa itu parti sebab tue dia keluarkan statement bebal kat atas neh.

Kalau dia faham perkara neh nescayalah dia pasti malu yang amat. Ia memerlukan standard kepandaian tertentu untuk memahami perkara neh. Bukan seme orang boleh faham. Dan mostly memang banyak orang bn tak boleh faham. Bak kata mahathir hanya orang bodoh jek masuk umno. Nampak tak apa standard kepandaian penyokong2 bn disitu? Heh.!

2 ulasan:

ibnmustaffa berkata...

Tuan, nia nak kabor, ada juga berita dan akhbar menyebut ayat, "Kerajaan Pembangkang".

Kah, kah, kah, apa punya cap ayam punya otak le deme tu.... Apa gila ke apa pembangkang jadi kerajaan?

TheSniper berkata...

Sebenar, Kerajaan Pakatan rakyat boleh saman bila di quot sbg Kerajaan Pembangkang.