Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

18 Januari, 2014

Isa Samad dah kelentong warga FELDA!


Isu GIAT MARA masih panas lagi kini timbul pulak bab Kolej Felda bakal ditutup..

Kolej Felda bakal ditutup kerana pemotongan bajet
OLEH TRINNA LEONG
January 17, 2014

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia Felda bercadang untuk menutup Kolej Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada pemotongan bajet tahun ini yang memberi tamparan hebat dan menjejaskan peluang lebih kurang 1,000 anak-anak peneroka untuk mendaftarkan diri di institusi pengajian tinggi.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad telah memutuskan untuk mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta tahun ini untuk mengendalikan semua empat kolej, walaupun kos tahunan operasi secara kasarnya adalah RM16 juta.

Sumber berkata, rentetan pemotongan bajet itu, kolej yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) berkemungkinan besar berhadapan dengan penutupan apabila pihak pengurusan membuat keputusan kelak.

Menurut sumber itu, keputusan muktamad terhadap bajet bagi kolej berkenaan akan ditentukan pada mesyuarat lembaga Felda minggu hadapan tetapi menambah bahawa kemungkinan besar Faizoull akan melaksanakan keputusannya untuk menutup kolej.

Percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Faizoull telah ditolak walaupun beliau sebelum ini bersetuju untuk ditemui.

Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah sebuah agensi kerajaan yang mempunyai 113,000 peneroka yang bekerja di ladang getah dan kelapa sawit di negara ini. Syarikat komersil Felda Holdings Bhd berjaya melancarkan IPO kedua terbesar di dunia pada tahun 2012 bagi unit Felda Global Ventures Bhd.

Felda Global Ventures kini merupakan syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia berdasarkan keluasan tanaman. Di Malaysia sahaja, ia mengawal lebih 850,000 hektar tanah , termasuk kira-kira 500,000 hektar yang dipajak dan diurus oleh peneroka Felda.

Kolej-kolej Felda adalah sesuatu yang diperlukan oleh peneroka kerana ia merupakan peluang untuk mendapatkan kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan yang hampir dijamin oleh syarikat perladangan gergasi kerana biasanya akan menyerap graduan daripada kolej berkenaan menjadi kakitangan tetap.

Pada masa ini, pelajar hanya perlu membayar RM250 sahaja, sementara bayaran asrama, makanan dan yuran sekolah diberi subsidi oleh Felda.

Kolej-kolej Felda ini menyediakan latihan vokasional dalam bidang yang berbeza sehingga tempoh enam bulan sebelum mengambil kebanyakan graduannya menjadi bekerja di bawah anak syarikatnya.

Bulan lalu, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad mengumumkan bahawa ia akan memperuntukkan RM17 juta kepada Yayasan Felda, badan yang menguruskan kolej bagi skim latihan dan program untuk anak-anak peneroka.

Sumber berkata, keputusan Faizoull untuk mengurangkan pembiayaan berpunca daripada sebab-sebab peribadi dan bahawa beliau pernah mencabar persetujuan lembaga Felda.

Tanpa gentar membuat keputusan mengurangkan dana daripada pelbagai projek insiatif Felda, Faizoull telah menamatkan beberapa program sejak beliau mengambil alih pada tahun 2012.

Sebagai salah satu daripada kisah kejayaan pertanian negara, Felda komited membantu peneroka meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan dan latihan.

Perbadanan ini adalah legasi perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dibangunkan sebagai sebuah agensi kerajaan pada tahun 1956 , tujuannya adalah untuk membantu peneroka miskin luar bandar ke kawasan tanaman baru yang semakin meningkat.

Selama bertahun-tahun, Felda berkembang menjadi konglomerat dalam bidang pertanian, hospitaliti, pengangkutan, pengilangan dan lain-lain .

Sebagai balasan, para peneroka memberi ketaatan kepada Barisan Nasional (BN) yang menerima pelbagai manfaat yang ditawarkan Felda dalam bentuk dividen, pendidikan dan bantuan perubatan, bantuan perumahan dan lain-lain bantuan.

Bagaimanapun, kurang enam bulan lalu, 113,000 peneroka Felda dinasihatkan dan kemudian bersetuju untuk menjual kepentingan mereka dalam Felda Holdings, pembekal minyak sawit mentah terbesar di dunia kepada Felda Global Ventures – satu langkah merugikan peneroka sebagaimana dikatakan oleh para pengkritik.

Dengan penutupan kolej, Faizoull dikatakan menjejaskan usaha Isa dalam memperkukuhkan kredibiliti institusi.

Sumber mengkredit Isa yang membina reputasi kolej Felda dengan mengadakan perjanjian bersama City & Guilds London pada tahun 2012 untuk menyediakan kursus-kursus pembelajaran Bahasa Inggeris.

Pada bulan November 2013, pengerusi mempertahankan kemasukan Felda ke dalam perniagaan hospitaliti dengan menggunakan program kolej masakan sebagai contoh.

"Felda memiliki lapan hotel di Malaysia. Selain itu, Felda juga mempunyai kolej untuk generasi kedua peneroka Felda untuk melatih mereka berkenaan perniagaan katering," Isa telah memberitahu The Star.

Namun, dengan ketidaksediaan Faizoull membenarkan Felda menambah RM10 juta untuk meneruskan operasi kolej, sumber berkata bahawa pihak yang akan rugi adalah anak-anak peneroka. 

Tiada ulasan: