Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

16 Januari, 2014

PKNS. Azmin dah "kena main" dengan Anwar?

Berita penuh

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bukan keputusan beliau mahupun exco negeri.

Sebaliknya, tegas beliau, ia adalah arahan Pengurus Besar PKNS, Othman Omar yang bakal menamatkan khidmat pada hujung bulan ini.

Khalid berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan dokumen berkaitan termasuk surat bertarikh 4 Disember lalu itu dalam masa dua minggu kerana ia masih dibawah Akta Rahsia Rasmi

"Keputusan bukan dibuat exco, ia dibuat pengurus besar PKNS dan bukan parti politik.

"Surat (gugur) itu diberikan Pengurus Besar kepada Azmin dan dilampirkan kepada exco. Azmin terima, jadi kami sebagai exco terima," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.

PKNS ulas selepas mesyuarat

Sementara itu PKNS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas lanjut berhubung isu itu buat masa ini.

Pegawai perhubungan awamnya Ishak Hashim berkata, ia sebaliknya akan dijawab melalui kenyataan media selepas mesyuarat anak syarikat Selangor itu pada 20 Januari akan datang.

"Isu itu banyak pihak telah bertanya, banyak soalan, jadi PKNS tidak mahu menjawab soalan yang banyak itu.

"Cukup kita akan jawab sekali saja melalui kenyataan media yang akan kita hantar nanti selepas mengadakan mesyuarat PKNS yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya. MK

Berita penuh

Kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memutuskan tempoh jawatan Mohamad Azmin Ali (gambar) ditamatkan disanggah oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu.
Dalam kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan oleh  Setiausaha Kerja PKNS, Hajjah Norita Mohd Sidek memaklumkan, surat mereka kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.
Menurut kenyataan PKNS yang diterima The Malaysian Insider, Hajjah Norita berkata, "PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik Ahli Perbadanan adalah di tangan MMKN dan bukannya Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS."
Ia bertentangan sekali dengan kenyataan dibuat Khalid semalam yang memaklumkan pihak pengurusan PKNS yang menamatkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.
Dalam kenyataannya selepas mesyuarat exco semalam, Khalid berkata, keputusan dibuat oleh Pengurus Besar PKNS dan diluluskan oleh exco.
"Keputusan diluluskan exco. Exco bukannya satu parti tetapi sekumpulan. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tidak buat keputusan itu," kata Abdul Khalid ketika sidang media selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) semalam.
"Dalam minit mesyuarat exco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya dan menambah keputusan itu telah dibuat pada 4 Disember 2013 lalu.
Abdul Khalid, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang turut memberi jaminan akan mendedahkan minit mesyuarat serta surat Othman dalam masa dua minggu lagi.
"Kami akan keluarkan surat dan minit mesyuarat exco pada 4 Disember dalam dua minggu lagi. Saya sedang lihat Akta Rahsia Rasmi," katanya lagi.
PKNS adalah konglomerat milik kerajaan Selangor yang merupakan syarikat hartanah dan pelabur utama dalam perniagaan di Selangor.
Azmin sebelum ini telah mengesahkan  tidak disambung lagi sebagai ahli Lembaga Pengarah PKNS.
Azmin dan Abdul Khalid sememangnya diketahui berbeza pandangan dalam banyak perkara.
Malah pelantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar bagi penggal kedua sememangnya tidak disenangi PKR Selangor yang dipimpin oleh Azmin. – 16 Januari, 2014. MI

P/S: Biasa la. Bila dah terlajak lebih2, gerenti kena sentap kaki!

Tiada ulasan: