MELIHAT KEMBALI
Saya tidak suka menggunakan istilah post-mortem. Ramai kurang sedar istilah ini ini digunakan untuk mayat. Post ertinya sesudah. Mortem ertinya mati. Apabila dicantumkan menjadi : sesudah mati. Post-mortem ialah kerja membedah mayat yang telah mati untuk ditemui sebab musabab kematian. Menemui sebab kematian tetapi TIDAK dapat mayat itu dihidupkan kembali. Justeru saya menolak konsep ini.

Dalam membuat kerja politik adalah wajib mengakui kesilapan dalam masa yang sama menerima kritikan. Aktivis kiri dan kaum progresif sedunia telah menggunakan pendekatan melihat kembali dengan kritik dan kritik diri sebagai alat untuk memperbaiki taktik dan stratreji. Tidak ada pembaikkan diri tanpa kritikan diri.
Mungkin ada yang kurang sedar tentang asal usul ilmu pengetahuan. Mungkin ada yang akan melopong bila mendengar si Anu dan si Anu itu dikatakan berijazah dan berilmu. Suasana ini muncul kerana ramai yang dikatakan ‘ berilmu dan berpengetahuan’ ini sengaja memperlihatkan angkuh diri dan berlagak sombong. Angkuh dan sombong ini dilakukan untuk menyatakan bahawa mereka berilmu. Lagak sombong untuk memberi tahu kepada orang ramai bahawa bukan senang untuk mendapat tauliah atau ijazah. Sebenarnya ini sikap hampeh.
.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Ilmu juga muncul dari bilik makmal. Kajian dan percubaan dalam bilik makmal juga melahirkan ilmu pengetahuan. Hakikatnya percubaan dalam makmal itu juga adalah pengumpulan kajian pengalaman manusia.
Bagaimana pula dengan buku? Bukankah dengan membaca buku kita mendapat ilmu pengetahuan?

Saya membuat mukadimah ini dengan tujuan agar satu proses melihat kembali PRU13 dilakukan. Melihat kembali ini bukan hanya oleh pemimpin parti tetapi oleh para pekerja parti dan aktivis sendiri. Dalam PRU13 saya terlibat – justeru kini saya akan menuliskan secara sedar untuk melihat kembali apa yang telah berlaku agar ianya dapat dijadikan ilmu pengetahuan. Melihat dan mengumpul kembali pengalaman PRU13 sebagai ilmu pengetahuan untuk PRU14.

Pekara yang amat menonjol dalam PRU13 ialah gagalnya pemimpin politik dalam Pakatan Rakyat untuk memahami tentang asas ekonomi. Huh hah huh hah berceramah memang satu kerja politik tetapi jika tidak memahami asas ekonomi maka kerja berceramah itu hanya berpeluh dan membuang masa. Mengetahui ekonomi ini adalah asas yang paling asas. Kita tidak perlu membaca kitab ekonomi yang tebal-tebal atau mencari nama yang ejaanya susah musah. Tak perlu rujuk Adam Smith, Karl Marx atau Paul Krugman.

Ekonomi dan politik tidak dapat dipisah. Kita berpolitik kerana ekonomi. Tujuan untuk ke Putrajaya ialah untuk merampas kuasa. Contohnya : Najib menggulingkan kerajaan Nizar di Perak untuk merampas kuasa. Dengan kuasa maka harta kekayan di Perak boleh dimiliki kembali oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Bagitu juga – Pakatan Rakyat - berjuang untuk menggulingkan United Malays National Organisation – untuk berkuasa di Putrajaya. Bila ada kuasa maka ekonomi Malaysia adalah milik Pakatan Rakyat. Bila kuasa dalam tangan – cara acuan ekonomi Pakatan yang akan menjana Malaysia.

Dalam PRU13 dahulu – dilihat jelas sokongan rakyat. Sokongan ini terbukti betul. Pakatan mendapat 52% undi rakyat. Tetapi gagal meneraju Putrajaya. Kenapa gagal walau pun telah mendapat undi majoriti?
Satu jawapan yang jelas perlu diterangkan kepada semua pennyokong Pakatan. Penerangan itu wajib dilakukan kelmarin. Saya lihat ini TIDAK berlaku. Tidak ada penerangan yang tuntas kenapa majoriti 52% telah dimiliki tetapi masih TIDAK berkuasa.

Sayangnya, saya perhatikan pemahamam tentangSISTEM PRU ini tidak difahami secara tuntas oleh pemimpin parti, pekerja parti dan juga aktivis parti. Dalam masa yang sama saya juga yakin ramai pemimpin parti terutama yang memiliki DNA United Malays National Organiisation tahu dan sedar bahawa sistem inilah yang membolehkan Parti Ketuanan Melayu terus berkuasa. Mereka yang memiliki DNA Ketuanan Melayu ini bukan sahaja sedar malah satu ketika dahulu mereka membuat perancangan bersama SPR untuk memastikan gerakan rakyat tidak mungkin maju dan ampoh. Seharusnya mereka wajib bersuara atau mereka ini sedang mengeram?
Memasuki PRU14 tanpa memahami sistem PRU yang diwujudkankan oleh SPR samalah saperti menyeberang padang Pasir Sahara tanpa bekalan air. Atau berkereta dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam tanpa minyak petrol. Atau ingin ke Mekah tetapi tidak ada paspot. Justeru, memahami sistem adalah wajib. Kerana sistemlah yang melahirkan keputusan PRU13.

Seimbas pandang memang dilihat di Malaysia wujud pilihan raya. Tetapi apabila di halusi, apabila dikaji selidik maka kita akan mendapati bahawa sistem pilihan raya di Malaysia ini adalah satu penipuan. Pilihan raya selama ini telah digunakan untuk mengkaburi mata orang ramai. Untuk memberi harapan dan mampi.; Mimpi ini bertemakan harapan - kalau orang ramai mengundi maka ada kemungkinan akan dapat berlaku perubahan. Ini adalah angan-angan tengah hari. Ini mimpi ditengah panas.

Memanag ada pemimpin parti dan juga aktivis parti yang merasa menentang SISTEM pilihan raya ini tidak penting. Untuk mereka mencari sokongan dan undi lebih penting. Jalur ini berpendapat bahawa jika peratus sokongan bertambah maka Purtajaya akan ditawan. Yakinlah, sesiapa yang memiliki jalur pandangan sademikian bermakana mereka TIDAK ingin menggulingkan United Malays National Organisation.
Jalur pemikiran sademikian gagal memahami asas politik. Gagal memahamai asas ekonomi. Jalur pemikiran ini kelihatan sejalur dengan pemikiran United Malays National Organisation. Malah pegawai SPR sendiri memiliki dan menyebarkan jalur ini.
Melihat kembali PRU13 ialah melihat kembali SISTEMpemilihan itu sendiri. Disini saya bersetuju untuk menggunakan post-mortem. Kita post-mortem SPR – bedah dan lihat – agar mayat SPR itu tidak akan bangun-bangun lagi. (TT)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan