Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 Mei, 2015

SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG

SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG,
Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) merangkap Timbalan Ketua Ulama Dunia.
Salam hormat dan maaf didahulukan di atas ketibaan surat terbuka ini kepada Dato' menjelang ketibaan muktamar yang akan datang minggu hadapan. Sesungguhnya, saya menulis surat ini dengan panjang lebar bukanlah disebabkan memperoleh apa jua faedah yang mendatangkan keuntungan kepada diri ini,tetapi anggaplah kehadiran coretan kecil ini adalah mewakili jiwa dan luahan hati seorang anak muda yang menginginkan perubahan tampuk kekuasaan. Serta anggaplah ini sebagai teguran dan peringatan seorang rakyat yang memberi undi dan amanah kepada parti Dato untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Dato Haji Hadi,
Secara suka atau tidak,pemilihan parti PAS kali ini mengundang perhatian yang luar biasa umum baik ahli parti mahupun pemerhati luar berbanding muktamar sebelum-sebelum ini.Muktamar kali ini bakal menyaksikan dua blok berlainan fikrah (meski sejemaah) bertembung bagi menduduki kerusi kepimpinan kali ini.Semenjak dua tahun lepas, kempen -kempen memecah belahkan PAS berjalan dengan wujudnya suara-suara yang meletakkan PAS kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menyokong kepemimpinan ulama dan kumpulan progresif yang di gelar erdogan.Hari ke hari, kempen ini semakin kotor dan jijik dengan pelbagai fitnah,gelaran,caci maki di tembak bersimpang siur ke arah individu-individu yang di rasakan tidak mengikuti fikrah yang dikira sama sesebuah kumpulan itu.
Ya Dato Seri,
Ingin saya lontarkan persoalan, inikah akhlak yang di anjur sabda Nabi SAW dalam islam?.Yang bersongkok,yang berkopiah,yang berserban,berjubah hatta bertudung litup sekalipun seakan hilang apabila caci maki,ungkapan kafir mengkafir terbit daripada mulut-mulut yang mengaku membawa nama islam dan akhlak islam ini.
Sayugia diingatkan,PAS membawa islam pada namanya.Jika ada tindak tanduk yang tercela seperti ponteng sidang parlimen, mengkafir sesama islam,memuja manusia hingga digelar wali adakah itu bukan sahaja memburukkan nama PAS malahan angkara islam itu sendiri turut terpalit kotor angkara kebebalan umat yang saban hari melaung kamilah yang membawa perjuangan islam?.
Sukacita saya ingatkan pada Dato dan seluruh parti PAS dan perwakilan,
Pada 2008 yang lalu telah terjadinya satu tahaluf siyasi di antara parti PAS,DAP, dan PKR atas jalinan kerjasama dinamakan Pakatan Rakyat khusus bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional.Hasil jalinan kesepakatan itu, lima buah negeri berjaya kita tawan termasuklah parlimen tempat saya mengundi iaitu Parlimen Padang Serai yang sebelumnya dikuasai Barisan Nasional sekian lama.
Namun,mengecewakan apabila selepas sahaja pilihanraya tamat terdapatnya beberapa individu daripada PAS (Dato saya kira lebih maklum siapa individu ini) yang telah berjumpa secara senyap dengan Yang Dipertuan Agung bagi membincangkan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO atas nama melayu dan islam. Sekali lagi,agama menjadi retorik politik demi kuasa. Perkara ini hanya terdedah beberapa tahun selepas itu. Selain itu,ekoran prestasi buruk (pergolakan dalaman) dan sikap bebalisme segelintir pimpinan Pas menyaksikan PRU13 pada 2013 menyaksikan Kedah kembali terlepas daripada dakapan Pakatan Rakyat.
Oh ya,sebelum saya terlupa suka juga saya mengingatkan konflik kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mungkin tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya pengkhianat kepada Nizar ketika itu?.Siapa pula yang mengeluarkan kenyataan "Sultan betul,Nizar salah!" Hanya semata-mata Nizar mengikuti prinsip tahaluf siyasi menjaga hubungan bersama DAP walhal perbuatan Sultan Perak ketika itu menyalahi perlembagaan?.Hanya kerana sultan itu melayu dan DAP itu cina?.Tepuk dada tanya hati wahai Dato' Seri.
Dan selepas PRU13, azan kerajaan perpaduan kembali dikumandangkan.Bersama pakej kali ini adalah hukum hudud yang di katakan telah dipersetujui UMNO dalam DUN Kelantan.Malahan menambahkan drama diperlihatkan tangisan wakil ADUN UMNO yang begitu beremosi menyokong hudud.Mungkin Dato dan seluruh ahli PAS terlupa,syaitan juga boleh membaca quran!.
Kata Dato' soal ikhlas atau tidak itu hak mereka.Wahai Dato, sudah lupakah siapa pemerintah negara ini?.UMNO jika mereka betul ikhlas inginkan hudud sebagai kerajaan sudah tentulah mudah dan tiada masalah bagi mereka melaksanakannya.Tetapi tidak!.Hudud hanya dijadikan sentimen mereka untuk memperoleh undi melayu. Malangnya Dato tidak nampak soal itu.Kegelojohan Dato untuk melaksanakan hudud secepat mungkin membuatkan Dato buta pada realiti depan mata. Apa Dato sudah lupa bagaimana suatu ketika dulu UMNO pernah mengajak PAS bergabung dan apabila berasa punya kekuatan kembali,PAS ditendang keluar gabungan seperti anjing hina?.
Dato',
Tiadalah niat di hati saya untuk memperolokkan hukum hudud yang saya maklun termaktub dalam al quran tetapi Dato lebih fakih dan arif hukumnya mengenai syarat-syarat yang harus diminimumkan jika pelaksanaan hudud ingin digubal.Ekonomi harus di utamakan kerana kebanyakan masalah sosial dan jenayah dimulai dengan bermasalahnya ekonomi.Itu lah ucapan Dato beberapa tahun lalu. Tidak apa,saya ingatkan kembali.
Menyentuh mengenai kumpulan yang di gelar erdogan dan jebon dalam parti PAS, saya kira itu adalah kempen yang paling hina dan menjijikkan daripada kumpulan yang mengaku pendokong ulama dalam PAS. Apa kesalahan dan justifikasi hingga membenarkan sesetengah pro ulama dalam PAS menjadi "Tuhan" dalam menghukum ahli sejemaah?.Hanya di sebabkan mereka terus teguh pada deklarasi dan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat?.Hanya di sebabkan mereka tidak ingin tunduk kepada kehendak sesetengah golongan yang mahukan kerjasama dengan UMNO supaya hudud dapat di laksana?.Alangkah kejinya sikap sedemikian.
Tegas saya tekankan pada Dato' Seri bahawa deklarasi dan tahaluf siyasi itu adalah sesuatu yang Dato' sendiri persetujui pada 2008 yang lalu. Atas kerjasama itu, ketiga parti bersetuju untuk bersama-sama mencari kekuatan dan kepercayaan rakyat bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional.Jadi apa dosa mereka sekiranya mereka kekal memegang amanah kepada tahaluf siyasi yang dipersetujui itu?. Kepada kumpulan pro ulama PAS, jika dengan UMNO yang terang-terang menolak kerajaan islam, yang memperlekehkan ajaran islam,yang merasuah,menyeleweng kamu boleh bersuara lunak dan merdu, di mana tingkat maruah kamu yang sanggup berlaku biadap dengan rakan sejemaah malah ada yang perjuangannya dalam parti jauh lebih lama.Semasa kamu masih menetek mereka ini sudah ada yang merasa penjara?.
Hanya disebab mereka bersama kafir seperti DAP dan PKR berbanding memilih bersama UMNO yang islam dan melayu?.Orang kafir,jika mereka enggan menerima harus difahami kerana mereka tidak tahu maka seharusnya tanggungjawab kamu untuk menceritakkannya.Tetapi bagaimana dengan yang mengaku melayu lagi islam sudah puluhan tahun memerintah, puluhan tahun punya peluang untuk menegakkan agama Allah tetapi secara tiba-tiba saat ingin mati kelemasan baru melaung "kami mahu hukum Tuhan!"
Dato' Seri Haji Hadi,
Umum sedia maklum dengan anggapan dan gelaran yang diberi ahli PAS bahawasanya Dato dianggap bapa dalam jemaah.Tetapi ingin saya lontarkan kritikan keras ini, sedayus apakah seorang bapa yang tergamak membiarkan "anak-anaknya" bercakaran sesama sendiri?.Selemah manakah seorang bapa yang hanya menikus saat "anak-anaknya" makin hilang islam dalam diri?.Apa benar ini sifat nyata seorang yang diakui sebagai bapa?.Tidak berusaha meleraikan,mendamaikan, malah seakan suka dengan kekacauan yang berlaku?.
Dato' Seri,
Sebagai anak muda yang tidak berparti dan hanya memberi pandangan di dasarkan kepada keinginan untuk melihat Pakatan Rakyat berhasil menumbangkan Barisan Nasional, sekali lagi ingin saya ingatkan, kami mengundi PAS bukan kerana kami menerima PAS tetapi kami mengundi PAS untuk menjadi platform dalam Pakatan Rakyat bagi mengalahkan rejim. Kami tiada apa kerugian sekiranya matlamat kerajaan perpaduan akhirnya menjadi nyata, tetapi ingin kami beri amaran, jangan khianati amanah rakyat yang mengundi PAS untuk menjatuhkan BN. Dan sekiranya itu terjadi, maka janganlah PAS kesal jika rakyat menolak gabungan PAS-UMNO walaupun gabungan itu atas nama islam?.Yang batil tidak akan pernah bersama dalam kebaikan. Saya maklum kefakihan Dato yang melebihi saya dalam soal hukum amanah dan janji ini.
Akhir kata, saya menyedari dan memaklumi kesan daripada kritikan saya terhadap Dato ini.Tetapi ikhlas saya katakan, kritikan ini tidak langsung menyentuh kedudukan dan ilmu agama Dato sebagai ulama tetapi saya mengkritik atas batang tubuh Dato sebagai ahli politik semata. Dua skop berbeza inilah yang gagal difahami majoriti ahli PAS dengan kata mengkritik Dato bererti mengkritik ulama dan mengkritik ulama bererti menghina pewaris nabi.
Dua skop berbeza yang saya berharap semua ahli PAS berlapang dada dalam membaca surat terbuka ini dan sama-sama mengambil ibrah daripada segala kemelut yang berlaku agama kembali kepada perjuangan dan akhlak islam yang sebenar.Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.
Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS dan semoga Allah melindungi jemaah ini daripada "tangan-tangan" yang menghancurkannya dari dalam.
Sekian,terima kasih.
SITI AISHAH,
Ustazah Kafa.

  • *mohon sebarkan

29 Mei, 2015

Hj Hadi memfitnah UAA demi jawatan?





Dengarkan sendiri.




P/S: Teringat ada satu kartun sorang muslim tengah naik basikal. Terlanggar batu dan jatuh.. Sumpah seranah dia kat yahudi, kapir, freemason bagai... Ni lebih kurang tu laa.. Apa2 pun semua salah dap... Dulu apa2 pun salah umno.. Laa ni tukaq dah... Dap...

Unity Government. Apa tujuan sebenar Hj Hadi?

Rule of Law, Hadi, bukan Unity Government

Isu Unity Government mula dilontar oleh Hadi Awang ketika krisis kerajaan Perak berlaku.  Apa yang dimaksudkan oleh Hadi adalah kerajaan tanpa pembangkang. Isu itu menjadi ribut seketika di kalangan ahli Pas, dan tiada penerangan jelas dilakukan oleh Hadi apa sebenarnya tujuan, dan visi yang hendak dicapai oleh Hadi pada waktu itu. Isu itu didiamkan seketika dengan alasan ahli Pas belum bersedia.

Penyokong Hadi memberitahu ada contoh-contoh negara yang menubuhkan Unity Government. Benar, tetapi tidak sedikit negara yang gagal gagasan ini.

Anwar Ibrahim juga mempunyai nama Unity Government yang tersendiri iaitu Konsensus Nasional. Lim Kit Siang juga mempunyai versi DAP iaitu Save Malaysia. Penulis tidak berminat mengulas mengenai Konsensus Nasional kerana kaedah Anwar mengemudi PKR tidak lebih dari versi UMNO dalam pakaian yang berbeza. Penulis juga tidak berminat mengulas mengenai DAP kerana parti Lim and co ini sering kali indah khabar dari rupa dalam perkara yang mereka perjuangkan. PAS perlu dibincangkan kerana secara realistik ini adalah parti yang dominan dan boleh menjadi alternatif kepada UMNO.

Di Singapura baru-baru ini Hadi sekali lagi mengemukakan idea Unity Government tanpa pembangkang. Apa yang sebenarnya dimaksudkan, bagaimana ia boleh dilaksanakan tidak pernah dibincangkan secara terbuka dengan umum di Malaysia. Terbaru, rancak dengan kenyataan demi kenyataan umum, Nik Abduh sekali lagi menjadi jurucakap mengenai Unity Government tanpa pembangkang. Apabila ditanya, Nik Abduh sekadar menerangkan penjelasan lebih lanjut adalah dari kepimpinan tertinggi. Nik Abduh, Hadi dan Pas bernasib baik kerana budaya masyarakat Malaysia belum benar-benar kritis dan terbuka dalam mempersoalkan pemimpin mereka.

Persoalan paling utama ialah adakah Hadi sendiri faham bagaimana perlaksanaan Unity Government itu? Persoalan ini takkan berani ditanyakan oleh ahli PAS kerana seperti UMNO, orang Melayu masih feudalistik fitrahnya. Pemimpin tertinggi selalu dianggap betul.

Perkara paling asas dalam Unity Government adalah perkongsian kuasa. Bila ada perkongsian kuasa sudah tentu akan ada kompromi dan dilution of power and ideology. Hadi gagal mengemudi PAS dalam mengharmonikan kerjasama Pakatan Rakyat dengan perkongsian kuasa tiga buah parti, bagaimana beliau boleh mampu bekerjasama dalam Unity Government dengan lebih dari 15 parti di Malaysia?

Hadi boleh menghantar wakil ke dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dan membuat keputusan bersama bagi pihak parti; tetapi Hadi dengan kuasa veto beliau membatalkan keputusan itu. Apa jaminan Hadi pula untuk menghormati parti lain dalam Unity Government? Jika dengan 2 buah parti Hadi tidak boleh menghormati mesyuarat, bagaimana dengan lebih dari 15 parti?

Bagaimana Hadi akan menghadapi apabila ada dari ahli Unity Government bertentangan dengan beliau dan Pas? Berulangkali Hadi, Nik Abduh dan pemimpin-pemimpin Pas terutama dari berlatarbelakang agama mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Bersediakah Hadi mencabar pula sekalian parti-parti lain dalam Unity Government yang tidak sealiran dengan beliau untuk keluar Unity Government?

Adakah Hadi dan Pas bersedia menghadapi lebih banyak pasukan yang tidak bekerjasama dengan mereka? Jika ahli Pas sendiri dilabel barua, broker dan tolol, berapa ramaikah yang akan di tolol kan kelak dalam unity Government?

Saban tahun Dewan Ulama PAS meminta mengkaji kedudukan PAS dalam pakatan rakyat walaupun saban tahun juga muktamar PAS berazam memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Maka dengan Unity Government nanti yang sudah tentu ada pelbagai ideologi, kita sudah boleh jangka resolusi Dewan Ulama PAS untuk sepuluh tahun akan datang.

Bersediakah Nik Abduh dan para pemimpin Pas yang bertempik dengan kedatangan Lim Kit Siang ke Padang Perdana Kelantan, untuk berulang kali bertempik dengan pelbagai parti dalam Unity Government kelak yang berkecamuk ideologinya kelak?

Pas tak mampu berkawan dengan 2 kawannya, PAS bercita-cita nak berkawan dengan lebih 15 kawan yang lain?

Ini sangat mengelirukan dan boleh menjadi bahan lucuan.

Cukup banyak isu yang membelenggu rakyat, ketidak adilan berlaku dalam sistem keadilan. Penipuan pilihanraya yang berterusan. Jenayah yang berleluasa. GST, kenaikan tol dan harga barang menyempitkan marhaen. Sistem pendidikan yang tidak berkesan. Akhlak remaja dan gejala sosial yang meruntukan. Penyelewengan harta negara dan rasuah. Berusahalah untuk memperbaiki sistem, menyedarkan rakyat dan mengukuhkan rule of law!

Dewasalah PAS! Berikan polisi-polisi anda yang berkualiti sebagai alternatif kepada rakyat. Hiduplah dalam denyut nadi masyarakatmu! Jangan terawang-awang dan mimpi dengan khayalan yang tidak jelas.

Ibrahim Adham
28 May 2015,
Kuching, Sarawak.

24 Mei, 2015

Erdogan berusaha mengekstradiksi Dr Morsi ke Turki!

Asal dunia politik Erdorgan bermula ketika beliau bergerak cergas di dalam Parti Islam Refah di bawah pimpinan Nikmatim Erbakan..

Refah membawa message islam, daulah islamiyah juga perundangan islam.
Refah sama seperti Parti PAS di Malaysia dan perjuangannya juga sama iaitu negara islam serta perundangan islam ( HUDUD )..

Refah parti uni-tunggal yg mana parti tersebut tidak boleh menerima kepelbagaian dan kerencaman ideologi.. MAKA dengan itu Refah tidak menerima sebarang bentuk kerjasama apatah lagi utk bergabung dgn parti2 lain yg dianggap sebagai parti Kafir walau pun parti tersebut dipimpin oleh umat islam..

Perbalahan berlaku antara Erdorgan dengan Erbakan dalam parti Refah di mana bagi Erdorgan Refah tidak mungkin boleh bergerak sendirian utk bersaing dengan parti pemerintah yg sedia ada melainkan Refah bergabung dgn parti2 yg berlainan ideologi..

Justeru itu Erdorgan bersama beberapa rakan yg lain telah meninggalkan parti Refah untuk menubuhkan AK Parti yg mana AK Parti telah bergabung dgn beberapa parti yg berlainan Ideologi dan juga parti dari kalangan bukan islam..

Ketika itu Erdorgan menerima Pelbagai kecaman dari para ulama dan gerakan- gerakan islam seluruh dunia termasuk dari sebahagian pimpinan ulama dalam PAS dengan tuduhan Erdorgan sebagai pengkhianat islam, Munafiq, Sekular, Libral, Sosialis dan Kafir kerana meninggalkan perjuangan Parti Islam Refah..

Sentimen kebencian terhadap Erdorgan tersebut disemaikan ke dalam banyak gerakan2 dan jemaah islam di seluruh dunia termasuk di dalam jemaah islam PAS..

Disebabkan Erdorgan merupakan kawan baik kepada Anwar Ibrahim maka sesiapa sahaja dari kalangan pemimpin2 PAS yg rapat dengan Anwar Ibrahim maka mereka digelar sebagai Puak Erdorgan...

Di Malaysia antara Ulamak PAS yg menggelarkan pemimpin PAS yg menyokong Anwar Ibrahim sebagai Puak Erdorgan adalah Haji Hadi Awang

Gelaran Puak Erdorgan ini adalah gelaran penghinaan mereka terhadap Presiden Racip Toyyib Erdorgan...

Semasa Kes Liwat ke-2 Erdorgan berkali2 mempelawa Anwar dan keluarga berpindah dan duduk di Turkey kerana Erdorgan tahu dengan sistem makamah Malaysia yg Bobrok dan Korap sudah Pasti Anwar akan dipenjarakan sekali lagi oleh Kerajaan Zalim UMNO..

Tetapi Anwar menolaknya kerana bagi Anwar kalau beliau mati biarlah beliau mati di dalam PERJUANGAN bukan mati sebagai seorang lelaki yg DAYUS...

Kini Erdorgan sedang berusaha mengekstradi Dr. Morsi ke Turkey bagi mengelakkan Morsi dihukum gantung sampai mati oleh Regime Al-Sisi Mesir..

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

23 Mei, 2015

Tan Sri Muhamad Taib akan meninggalkan PAS Hj Hadi!

PETALING JAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Pas dan perkara itu hanya akan dimuktamadkan pada Muktamar Jun ini.

Katanya, tindakan itu berpunca daripada rasa kecewanya kepada Pas, yang mana parti itu kini dilihat seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.

Katanya, ini berbeza dengan pendekatan yang pernah diambil bekas Mursyidul Am mereka, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Allahyarham Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh alim seperti Allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ini lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya di Forum 'Mencari Pemimpin Baru Malaysia' di Dewan Sivik MBPJ hari ini.

Sebelum ini, kata Muhammad , beliau sangat berminat dengan Pas dek kerana pendekatan Allahyarham Tok Guru.

"Sekarang dah tak minat sangat dah," ujarnya.

22 Mei, 2015

Halangan terbesar Hudud

Apa2 pindaan terhadap Perlembagaan Negara yg melibatkan agama islam perlu dibawa ke dalam mesyuarat Raja2 Melayu, itu pun atas Nasihat dan kebenaran Perdana Menteri selaku ketua kerajaan..

Sebarang pindaan tidak boleh dilakukan jika tidak mendapat kelulusan dari Raja2 Melayu.. Dalam Proses tersebut bagi menolak pindaan tersebut tidak memelurkan undian mojoriti dari Raja2 Melayu cukup hanya sekadar seorang sahaja sultan yg membantah pindaan yang dicadangkan maka tertolaklah segala usul yang bawa..

Jika Raja2 Melayu sebulat suara menerima pindaan tersebut maka ianya akan dibawa kepada Perdana Menteri untuk dibacakan di dalam Dewan Parlimen..

Setelah itu pindaan tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan, jika peguam Negara meluluskan pindaan tersebut ianya akan dibawa sekali lagi ke dalam dewan Parlimen oleh Perdana Menteri utk dibahas dan diGAZETkan..

Note :

Jika pindaan tersebut mendapat pekenan Raja2 Melayu serta mendapat kelulusan dari Peguam Negara tetapi Perdana menteri sendiri menolaknya dgn tidak membawa pindaan tersebut ke dalam Dewan Parliment untuk diwarta dan diGazetkan maka ianya tetap tidak akan terlaksana jugak...

Halangan terbesar PAS dalam perlaksanaan hudud..

1. Raja2 Melayu
2. Peguam Negara
3. Majlis Tertinggi UMNO.
3. Perdana Menteri.

# Perdana menteri juga tertakluk kepada kuasa Majlis Tertinggi UMNO.. jika Najib tidak disokong oleh Majlis Tertinggi UMNO maka tak lama tertonGGenglah dia..

PAS tak perlu nak kutuk dan cerca DAP dan PKR kerana DAP dan PKR tidak ada kuasa bagi menghalang PAS melaksanakan HUDUD..

# Jadi Rakyat Wajib Cerdik Perlembagaan

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO..

Jawapan kepada fitnah2 ke atas UAA

#BersamaUlama_KukuhkanPR_TumbangkanBN

Ustaz Ahmad Awang:
Tulis Dengan Pengalaman 2.

Fitnah=Ujian &
Fitnah=Penganiayaan
(Siri 2)

Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.”
(Al-Buruuj:10)

Bimbingan Allah Menghadapi Fitnah

DALAM menghadapi fitnah berupa ujian dan cubaan ini, saya tidak pernah berangan- angan untuk mendapat gelaran pangkat kebesaran seperti yang diperoleh oleh rakan- rakan sebaya saya seperti Tan Sri Abdul Hamid Othman, Tan Sri Yusof Noor, Tan Sri Harussani Zakaria, Dato' Ismail Ibrahim, Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir, Dato' Dasuki Haji Ahmad dan lain-lain. Di sini belum lagi saya hendak memanjangkan cerita bagaimana saya sering diekori dan kadang- kadang diburu oleh Cawangan Khas (SB) Bukit Aman. Disebabkan terlalu kerap menemui saya ada antara mereka yang akhirnya menjadi orang yang warak dan kuat bertahajud.

Pernah pada suatu hari (Jumaat) saya diberi kata dua oleh seorang pegawai kanan SB supaya saya memberhentikan ucapan atau tulisan saya yang kononnya mengancam keselamatan negara atau saya akan ditahan oleh pihak Bukit Aman. Bahkan saya pernah disoal siasat di Ibu Pejabat SB Bukit Aman selama lebih tiga jam. Lima orang pegawai SB menyoal siasat saya bertubi-tubi tetapi alhamdulillah saya diberi Allah kekuatan dan
bimbinganNya untuk menjawab pertanyaan dan hujah mereka. Saya sangat bersyukur kerana diberi Allah kekuatan untuk menghadapi fitnah kategori yang pertama ini.

Fitnah Penganiaan

Dalam bahagian kedua ini, saya ingin menjelaskan fitnah kategori kedua yang bermaksud penganiayaan yang lebih berbahaya dan besar dosanya daripada pembunuhan. Ini kerana perbuatan membunuh hanya merupakan satu jenayah iaitu mencabuli hak seseorang manusia untuk hidup di bumi Allah S.W.T. Pelaku jenayah pembunuhan itu boleh menerima balasannya di dunia ini melalui hukum qisas, manakala fitnah yang berupa penganiayaan ini ianya merupakan rangkaian beberapa jenayah.

Pertama ianya merupakan pencabulan atas kehormatan nama baik seseorang. Ia merupakan salah satu dosa besar.

Kedua ianya membawa kepada perbuatan mengumpat apabila disebarkan, iaitu satu
perbuatan keji yang amat besar dosanya seperti yang diumpamakan Allah S.W.T. dalam Al-Quran dengan perbuatan memakan daging mayat saudara sendiri. Firman Allah dalam surah Al-Hujuraat ayat 12 bermaksud “… dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Ketiga fitnah kategori ini juga berpunca dari hasad dengki terhadap seseorang yang mendapat sesuatu nikmat kebaikan. Ini juga merupakan salah satu dosa besar dan perbuatan keji lagi tercela di sisi Islam.

Keempat fitnah ini juga boleh membawa kepada permusuhan dan perpecahan di antara sesama umat Islam. Disebabkan rangkaian kejahatan dan kekejian fitnah kategori ini maka Allah menyifatkannya sebagai perbuatan yang lebih dahsyat daripada pembunuhan (rujuk Al-Baqarah 191 dan 217).

Berkongsi Pengalaman

Saya mengalami fitnah kategori ini semenjak masih menuntut di Mesir dan waktu saya berkhidmat dalam kerajaan bahkan juga ketika saya mengetuai berbelas tahun Persatuan Ulama Malayasia (PUM) dan Jamiyah Dakwah Islamiah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun fitnah-fitnah tersebut akhirnya padam dengan mudah, kerana pembuat fitnahnya dapat dikenali dan tuduhan-tuduhan jahat mereka dapat ditolak di hadapan mereka. Akan tetapi fitnah yang disebarkan oleh orang-orang yang tidak diketahui identitinya maka bahayanya sangat besar.

Paling terbaru fitnah seperti inilah yang tersebar melalui blog-blog menuduh saya dengan tuduhan jahat yang sangat berat dan mencemar kredibiliti dan maruah saya. Fitnah tersebut dikaitkan sumbernya dengan ucapan seorang anggota perwakilan dalam Muktamar PAS ke 55 di Shah Alam baru-baru ini. Ianya disebarkan oleh pasbaru@yahoo.com (PBC) melalui komennya atas posting blog saya yang di “link” kan kepada blog arisawang.blogspot.com. PBC memfitnah saya sebagai Ulama E-class dan hidup bermewah-mewah secara tiba-tiba selepas kerajaan PR memerintah di Perak. Saya dituduh kononnya kempunan kerana tidak dapat menjadi Menteri Besar Perak.

Fitnah itu dikaitkan dengan sebuah kereta Mercedes E200 Compressor(BJK 5656) yang saya dan isteri mengguna pakainya (isteri saya sentiasa memandunya). PBC juga memfitnah saya melayan pemandu saya sebagai hamba abdi atau kuli yang saya arah sesuka hati seperti menyuruhnya membeli roti canai. PBC juga memfitnah saya memuja Husam dan membenci 3 orang Pimpinan Tertinggi PAS masa kini. Saya juga difitnahnya mereka-reka tuduhan terhadap pimpinan apabila saya menyebut dalam ucapan saya (Muktamar PAS ke 55 baru-baru ini) tentang seorang Pemimpin Tertinggi yang menghubungi saya dan meminta (bukan mengarahkan) saya supaya “mereview” keputusan PAS Perak membentuk kerajaan bersama DAP dan PKR dan sebaliknya berbincang untuk tubuh kerajaan bersama UMNO/BN.

PBC seterusnya memfitnah saya dengan dakwaan bahawa saya menolak semua pencalonan untuk jawatan tertinggi parti adalah kerana takut kalah dalam pemilihan. Saya tidak pasti sama ada pembuat fitnah ini orang dalaman jemaah (PAS) atau orang luar. Sekiranya pembuat fitnah ini ahli PAS, apatah lagi orang yang ada jawatan dalam parti maka ianya amatlah malang dan mendukacitakan. Sekiranya ia “orang luar”, apatah lagi kalau dari kalangan musuh maka tidaklah menghairankan. Tetapi dari penulisan PBC itu, terdapat isyarat yang menunjukkan ia datang dari kalangan jemaah. Sesiapapun jua identitinya PBC yang membuat fitnah aniaya dan zalim ini, saya minta supaya dia tampil mengenalkan diri.

Tidak perlu takut untuk berdepan dengan saya dan mereka yang dilibatkannya dalam fitnah berkenaan. Dua hari lepas semasa saya balik ke Semanggol seorang anak muda memberitahu saya dia telah menghantar email kepada PBC supaya dia mengenalkan dirinya tetapi tiada jawapan yang diterima. Dari apa yang dapat dikesan, pemilik muktamarpas.blogspot.com pernah membuat postingnya di United Kingdom dan Mesir selain daripada beberapa tempat dalam negara. Ini menunjukkan ianya bukanlah sebarangan orang kalau ianya seorang pendukung jemaah.

Penjelasan-penjelasan Dan Penolakkan Fitnah.

Ulama E-Class: Memang mudah manusia membuat fitnah yang menganiaya sesama orang beriman bahkan sesama dalam jemaah pun. Bersabit dengan fitnah Mercedes E-class itu sebenarnya telah saya jelaskan kepada sahabat pimpinan PAS negeri Perak dalam satu mesyuarat Dewan Harian beberapa minggu selepas kami mengguna pakai kereta tersebut. Dalam mesyuarat itu, saya terangkan dari mana datangnya Mercedes E-class itu bahkan saya tunjukkan salinan gerannya yang membuktikan siapa pemilik sebenarnya iaitu seorang tokoh korporat bernama Dato’ MN. Beliau secara kebetulan mengetahui kenderaan kami terlibat dalam satu kemalangan di lebuh raya berhampiran Gua Tempurung.

Sebulan Kemudian Kira-kira sebulan kemudian pemilik Mercedes E-class itu menyerahkan kereta itu kepada kami di kediamannya di Shah Alam. Kami terperanjat melihat Mercedes sebaharu itu diserahkan kepada kami dengan kata-kata si pemilik “Pak Lang dan Mak Lang (panggilan mesra kepada kami) pakailah kereta ini. Mak Lang anggaplah kereta ini seperti kereta Mak Lang sendiri.” Isterinya Datin IB menambah, “ Mak Lang memandu kereta ini untuk kerja Islam, mudah-mudahan kami pun tumpang dapat pahala.” Bagaimana pun di antara sahabat pimpinan dalam mesyuarat berkenaan ada yang bertanya kenapa tidak kereta yang lain dari Mercedes. Dalam hati saya kalaulah di antara sahabat yang mempersoalkan perkara ini menawarkan salah sebuah kenderaan mereka kepada saya, selesailah masalah Mercedes E-Class.

Hati saya berkata lagi, “Macam mana Dato’ tu hendak beri selain dari Mercedes kerana
kereta-keretanya yang lain adalah Mercedes yang lebih mahal dari E-200 itu.” Agaknya akal mereka memang susah hendak menerimanya kerana dalam realiti dunia sekarang nak mencari seorang berdua seperti Dato’ MN itu sukar ditemui. Apatah lagi sahabat-sahabat berkenaan yang mempunyai dua tiga buah kereta itu tidak pernah sekali pun menawarkan kepada kami untuk menggunakan kereta mereka buat sementara.”

Sebenarnya kira-kira sebulan sebelum kami ditimpa kemalangan jalan raya itu, seorang sahabat di Taiping yang saya singkatkan namanya dengan Dr. AZ berjanji akan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes (separuh pakai) untuk kegunaan kami. Akan tetapi kereta yang beliau tempah itu terlewat diterimanya sehingga kami mendapat Mercedes E-Class ini. Bagaimanapun Dr. AZ kemudiannya membiayai insurans, cukai jalan dan bayaran servis kereta berkenaan. Dr. AZ inilah juga yang memberi kami sekeluarga khidmat rawatan dan perubatan secara percuma semenjak kira-kira sepuluh tahun yang lalu apabila kami kembali ke Perak sehingga hari ini.

Sifat Hasad Dengki

Manusia memang mudah membuat fitnah apabila melihat seseorang mendapat kurniaan Allah S.W.T. yang berupa kelebihan dan kesenangan. Perasaan hasad dengki mudah subur dalam hati mereka yang mudah dipengaruhi oleh kebendaan dan harta kekayaan walaupun sudah memilikinya lebih besar dari apa yang menimbulkan hasad dengki itu. Firman Allah S.W.T. Al-Imran ayat 120 bermaksud, “Jika kamu mendapat kebaikan, mereka susah hati/dukacita/sakit hati. Dan jika kamu ditimpa kesusahan mereka gembira dengannya… ”

Dulu semasa kami menggunakan Isuzu Trooper (ABK 5577) yang sudah dilupus guna dan Volvo tua (BFK 1450) yang selalu tersadai dalam perjalanan, tiada sesiapa pun yang ambil peduli bahkan ada yang menyindir sinis dengan kata-kata seperti, “kereta Ustaz ni dah masuk taraf klasik” .

Ada yang berkata kepada isteri saya “ Dalam pimpinan PAS ini tiada lagi pimpinan yang
memakai kereta sebegini melainkan Ustaz Ahmad Awang je.” Namun isteri saya menjawab dengan senyuman dan ucapan hamdallah. Tiada siapa pun yang mengambil tahu apabila saya selalu menaiki bas Konsortium dari Pudu Raya ke Kamunting hampir setiap minggu. Tidak ada siapa di antara sahabat pimpinan yang bertanya kepada kami apa yang sudah jadi kepada Proton Waja yang kami gunakan selepas terlibat dengan kemalangan di lebuh raya berhampiran Gunung Tempurung itu. Malah sahabat-sahabat yang rapat seperjuangan itu ada yang tidak tahu bahawa akibat kemalangan itu isteri saya seminggu kemudian dimasukkan ke wad kecemasan di Hospital Kota Bharu.

Begitulah sebahagian adat manusia di dunia ini termasuk ahli dan pimpinan jemaah PAS. Begitulah manusia yang disifatkan Allah S.W.T. sebagai “zalooman” dan “jahoola” lebih mudah dipengaruhi nafsu, hasad dengki yang kemudiannya dengan mudah memfitnah sesama insan hatta yang sejenama dalam jemaah. Dalam suatu peristiwa, saya seolah-olah seperti disoal siasat dalam satu himpunan bulanan parti di markas negeri di Air Kuning bersabit Mercedes E-class ini apabila seorang peserta (Ustaz ZA) membangkitkan isu ini. Alhamdulillah saya dengan tegas menjelaskan tanpa apa-apa yang disembunyikan. Kebetulan dalam majlis Liqaa Fikri Bulanan yang dihadiri oleh kira-kira 300 orang itu dihadiri sama Ustaz Taib Azamuddin Taib yang menjadi naqib jemputan pada malam itu.

Beliau pun terperanjat menyaksikan peristiwa itu kerana Ustaz Taib seorang yang sangat mengenali peribadi saya sejak beliau mula bertugas di JAKIM di bawah arahan saya. Namun saya diberitahu apa yang dibangkitkan oleh Ustaz ZA itu tersebar melalui kuliah/ceramah beliau sedangkan penjelasan saya tidak disampaikan.

Beberapa Orang Hamba Allah

Dalam kehidupan kami yang sederhana, ramai yang tidak mengetahui termasuk rakan-rakan pimpinan yang akrab dalam jemaah bahawa kami selalu mendapat pertolongan dari beberapa orang hamba Allah dari kalangan ahli korporat yang tidak suka nama mereka disebutkan. Sudah menjadi perkara biasa apabila kami berhajat kepada sesuatu bantuan atau pertolongan dalam kerja-kerja amal Islam yang kami laksanakan, ada manusia yang prihatin dan pemurah dari kalangan ahli-ahli koporat yang mengenali kami. Selain dari Dato' MN di atas, di antara mereka ialah Dato’ SN. Beliau sering memberikan sumbangan kewangan bukan sahaja kepada kami bahkan kepada orang yang kami perkenalkan kepada beliau.

Beliaulah yang memberikan kereta Volvo (BFK 1450) yang kami gunakan beberapa tahun sehingga hari ini. Beliau juga tidak pernah keberatan menyumbang kepada parti. Kami berkenalan sejak berbelas tahun sehingga hari ini. Seorang lagi ahli koporat Dato’ JK (bukan KJ). Semenjak saya pernah menjadi penasihat syariah kepada syarikat korporat beliau sehinggalah saya berhenti kerana menyertai PAS, beliau tidak pernah lupa membantu saya apabila suasana memerlukan. Seorang lagi Dato’ Dr. SM. Beliau adalah seorang doktor pakar khususnya dalam bidang rejuvenation dan anti aging. Beliau mempunyai kliniknya sendiri di Kuala Lumpur. Sumbangan beliau kepada kami sekeluarga ialah khidmat ozone therapy semenjak bertahun-tahun secara percuma.

Seorang lagi tokoh koporat dari ahli PAS di Kuala Lumpur ialah Haji HAH. Beliau juga banyak membantu kami terutama bila saya terlibat bertanding dalam PRU ke 10 tahun 1999 dan PRU ke 11 (2004). Malah dalam PRU ke 12 (2008) beliau juga memberikan sumbangan kewangan untuk PAS Perak melalui saya selaku Pesuruhjaya. Tokoh- tokoh korporat tersebut di atas dan beberapa orang lagi seperti Dato’ SS, Dato’ Syed SH, Dato’ HA, Dato' NF, Dato' IA adalah di antara penyumbang utama bagi pembangunan Balai Kuliah Tasawwur Islami di Simpang Empat Semanggol yang berjaya kami membangunkannya kira-kira 7 tahun dahulu. Merekalah juga antara penyumbang kepada dana tabung aktiviti Balai Tasawwur terutama dana sumbangan fakir miskin dan anak yatim menjelang Eidul Fitri dan Program Ibadah Korban setiap kali Eidul Qurban.

Saya memaparkan perkara ini samata-mata bertujuan untuk membuktikan bahawa ada
sebilangan manusia-manusia yang pemurah yang memberikan sumbangan dan pertolongan kepada saya dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu balasan kecuali dari Allah. Mereka tidak pernah ragu memberi sumbangan kepada saya dalam kerja amal Islam, baik melalui jemaah mahupun kegiatan peribadi saya dan isteri. Maka amatlah besar dosa dan fitnah orang seperti PBC dan konco-konconya kerana tanpa penjelasan seperti ini, kepercayaan hamba-hamba Allah yang pemurah itu kepada saya akan tergugat. Ya Allah, lepaskanlah hambaMu ini dari fitnah yang lebih bahaya dari pembunuhan itu.

20 Mei, 2015

Adakah ulama yang ada benar2 ulama?

ILMU-ILMU YANG HARUS DIKUASAI PARA ULAMA

Idealnya, ilmu syariah dan cabang-cabangnya itu harus secara mendalam dikuasai, terlebih oleh para ulama. Sekedar gambaran singkat, di antaranya ilmu-ilmu syariah dan keIslaman yang harus dikuasai seorang ulama antara lain:

1. Ilmu Yang Terkait Dengan Al-Quran

a. Ilmu tajwid yang membaguskan bacaan lafadz AL-Quran

b. Ilmu qiraat (bacaan) Al-Quran, sepertiqiraah-sab'ah yang bervariasi dan perpengaruh kepada makna dan hukum

c. Ilmu tafsir, yang mempelajari tentang riwayat dari nabi SAW tentang makna tiap ayat, juga dari para shahabat dan para tabi'in dan atbaut-tabi'in.

d. Ilmu tentang asbababun-nuzul, yaitu sebab dan latar belakang turunnya suatu ayat.

e. Ilmu tentang hakikat dan majaz yang ada pada tiap ayat Quran.

f. Ilmu tentang makna umum dan khusus yang dikandung tiap ayat Quran. 

g. Ilmu tentang muhkam dan mutasyabihat dalam tiap ayat Quran.

h. Ilmu tentang nasikh dan mansukh dalam tiap ayat Quran. 

i. Ilmu tentang mutlaq dan muqayyad, manthuq dan mafhum

j. Ilmu tentang i'jazul quran, aqsam, jadal, qashash dan seterusnya

2. Ilmu Yang Terkait dengan Hadits Nabawi

a. Ilmu tentang sanad dan jalur periwayatan serta kritiknya

b. Ilmu tentang rijalul hadits dan para perawi

c. Ilmu tentang Al-Jarhu wa At-Ta'dil

d. Ilmu tentang teknis mentakhrij hadits

e. Ilmu tentang hukum-hukum yang terkandung dalam suatu hadits

f. Ilmu tentang mushthalah (istilah-istilah) yang digunakan dalam ilmu hadits.

g. Ilmu tentang sejarah penulisan hadits yang pemeliharaan dari pemalsuan

3. Ilmu Yang Terkait dengan Masalah Fiqih dan Ushul Fiqih

a. Ilmu tentang sejarah terbentuknya fiqih Islam.

b. Ilmu tentang perkembangan fiqh dan madzhab

c. Ilmu tentang teknis pengambilan kesimpulan hukum (istimbath).

d. Ilmu ushul fiqih (dasar-dasar dan kaidah asasi dalam fiqih).

e. Ilmu qawaid fiqhiyah

f. Ilmu qawaid ushuliyah

g. Ilmu manthiq (logika).

h. Ilmu tentang iIstilah-istilah fiqih istilah fiqih madzhab. 

i. Ilmu tentang hukum-hukum thaharah, shalat, puasa, zakat, haji, nikah, muamalat, hudud, jinayat, qishash, qadha', qasamah, penyelenggaraan negara dan seterusnya.

4. Ilmu Yang Terkait dengan Bahasa Arab.

a. Ilmu Nahwu (gramatika bahasa arab). 

b. Ilmu Sharaf (perubahan kata dasar)

c. Ilmu Bayan

d. Ilmu tentang Uslub

e. Ilmu Balaghah

f. Ilmu Syi'ir dan Nushus Arabiyah

g. Ilmu 'Arudh

5. Ilmu Yang Terkait dengan Sejarah

a. Tentang sirah (sejarah nabi Muhammad SAW)

b. Tentang sejarah para nabi dan umat terdahulu dan bentuk-bentuk syariat mereka

c. Sejarah tentang Khilafah Rasyidah

d. Sejarah tentang Khilafah Bani Umayyah, Bani Abasiyah, Bani Utsmaniyah dan sejarah Islam kontemporer.

6. Ilmu Kontemporer

a. Ilmu politik dan perkembangan dunia

b. Ilmu ekonomi dan perbankan

c. Ilmu sosial dan cabang-cabangnya.

d. Ilmu psikologi dan cabang-cabangnya

e. lmu hukum positif dan ketata-negaraan

f. Ilmu-ilmu populer

Di masa lampau, orang yang disebut dengan ulama adalah orang-orang yang menguasai dengan ahli cabang-cabang ilmu di atas tadi. Namun di zaman sekarang ini, nyaris kita tidak lagi menemukannya.

Maka di zaman sekarang ini, para ulama dari beragam latar belakang keilmuwan yang berbeda perlu duduk dalam satu majelis. Agar mereka bisa melahirkan ijtihad jama'i (bersama), mengingat ilmu mereka saat ini sangat terbatas. Sementara ilmu pengetahuan berkembang terus.

Wallahu a'lam bishshawab

Awal 2018 Malaysia mengalami inflasi?

Mengikut ramalan pakar ekonomi, dalam hujung bulan 12 tahun 2017,dan awal 2018, akan berlaku depression(ekonomi merundum) based pada business cycle serta keadaan ekonomi dunia.

Dengan langkah yang digunakan najib seperti menggunakan policy dasar fiskal mengembang seperti cukai, CBP(CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN) dsbnya akan menyebabkan negara akan mengalami masalah seperti pengangguran. Tidak mustahil akan berlakunya krisis stagflation di mana inflasi dan pengangguran berlaku pada masa yang sama.

Dengan value exchange of rate are depreciation mungkin akan banyak permasalahan yg akan berlaku seperti risiko kepada direct investment especially for a local business.

Makna sebenar GST

Geng semakin teruk.


Kembalikan PAS ke tempat lahirnya.

PAS bermula di Semanggol, Perak.
Maka wajar jawatan presiden dikembalikan kepada warga Perak.
Geng Perak yang sokong Hj Hadi memang bangang!


18 Mei, 2015

Morsyi. 3 Hakim ditembak mati!

3 Hakim yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Morsyi ditembak mati sekumpulan lelaki.




Jom baca sebab LKS menentang Hudud Hj Hadi!

ANTARA SEBAB UTAMA MENGAPA DAP TOLAK RUU YANG DIBAWA OLEH PAS..

Oleh: Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

1. Ianya tidak dibincangkan di dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat kerana DAP juga mempunyai pimpinan beragama islam yg pakar di dalam bidang Maqasid Syariah..

2. Apa2 pindaan yang melibatkan perlembagaan negara dan peruntukan yang sedia ada wajar dibincangkan bersama di dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat.

3. Hukuman yg dijalankan oleh Makamah Syariah yang sedia ada 6:5:3 tidak menepati tuntutan Syarak serta menzalimi persalah..

4. Hukum denda RM 5000 tidak adil kerana golongan kaya mampu membayar denda tersebut walaupun didenda berkali-kali..

5. Hukum sebat yg dijatuhkan oleh Makamah Syariah adalah Zalim dan tidak menepati Syarak.. Perlaksanaan hukum sebat dalam Makamah Syariah Malaysia mengikut hukum sebatan Makamah Civil di mana hukuman 6 sebatan tersebut boleh menghancurkan daging punggung persalah hingga berlaku kecacatan kekal..

6. Hukum sebatan yg menurut syarak adalah dipukul pada tengah belakang badan pesalah bukannya di punggung sebagaimana yg dilakukan oleh pihak penjara ketika ini.

7. Justeru itu sedari dahulu lagi DAP menentang HUDUD yang cuba di bawa oleh PAS kerana sistem hukuman 6:5:3 memberi kelonggan kepada golongan kaya dari segi pembayaran denda dan menzalimi pesalah syariah dengan undang2 sebatan ciptaan penjajah..

8. Bagi DAP apa yg perlu dibawa dan dikemukakan oleh PAS dalam menegakkan Hudud adalah dari segi kaedah dan medium perlaksanaan Hukuman tersebut..

Contoh :

i ) Dari segi tahun Hukuman Penjara -  Harus bersesuaian dengan usia dan ekonomi persalah juga ahli keluarga yg berada di bawah tanggungan persalah, dari segi kesihatan dan fizikal persalah.. Jika mempunyai tangungan maka Baitulmal wajib menyara keluarga persalah selama mana persalah menjalani hukuman penjara.

ii ) Keadaan Penjara harus lebih bersih dan teratur, juga tiada penderaan fizikal dan mental..Penjara adalah pusat pemulihan bukannya tempat yg penuh dgn kekotoran dan kehinaan.

iii) Dari segi hukuman denda ( dalam nilai RM ) - Harus mengambil kira faktor ekonomi persalah juga tanggung mereka kerana DAP tidak mahu golongan kaya terlepas  bebas kerana mereka mampu membayar seberapa banyak jumlah nilaian denda tersebut..

iv ) Dari segi hukuman sebatan di negara kita ianya mengikut hukuman sebatan makamah civil. Di mana walaupun hanya dengan 6 sebatan yg sedia  sekarang ni pun sudah mampu menghancurkan daging2 punggung persalah sehingga mencacatkan fizikal mereka apatah lagi jika jumlah sebatan tersebut ditambah seperti mana cadangan yang PAS usulkan..

v ) PAS Harus buktikan bahawa di dalam perlaksaan hudud yg mereka bawa hukuman sebatan benar2 menepati syariat islam dan mengikut kaedah yg diajar oleh Rasulullah s.a.w bukannya mengikut hukuman sebatan makamah civil ( Penjajah )

HUDUD adalah untuk mendidik dan mencari keadilan bukannya utk menghukum dan mendera..


15 Mei, 2015

Bukti Hj Hadi banyak kelebihan segala segi!

Selepas mengajar kitab "Label Lil Insani" malam tadi, seorang anak murid tok bertanya, "Masa mengundi nanti, tok nak pilih siapa Presiden? Us Ahmad Awang ke atau Hj Hadi?".

Tok pun jawab, " Tentulah tok pilih tok guru Marang sebab dia ada banyak kelebihan dari Us Ahmad Awang".

Anak murid tok tanya, " Apa kelebihan dia tok?".

"Pertama, dia dulu ada rekod menggerakkan pemuda untuk menyingkirkan Presiden kita Asri Muda". Marakbar Asri begitu popular sehingga kini berjangkit kepada dirinya".

"Kedua, Dia satu2nya presiden jemaah kita yg berani memperlekehkan presiden sekutu kita Kak Wan, dia kata Kak Wan tak layak jadi MB. Semua tahu Kak Wan tak pernah kalah btanding Praya. Guru kita pernah kalah. Semua tahu, Kak Wan adalah pelajar terbaik sewaktu dia belajar bidang perubatan, guru kita tak pernah dapat gelaran itu sewaktu mengaji. Kak Wan lebih lama dari guru kita jadi Presiden. Kak Wan berani bertanding di luar gelanggangnya di Permatang Pauh dan menang di Kajang. Guru kita mana pernah keluar dari Marang? Itu pun guru kita pernah kalah. Ertinya, dalam keadaan begitu pun guru kita berani lekehkan Kak Wan yg mana sebelum ini tiada presiden kita yg tergamak buat begitu? Sbb tu tok respek dia.

"Ketiga, Guru kita ada perisik yg boleh menyiasat pengedar pil kuda. Apa pun yg perisik begitu umpama wahyu yg terus diguna pakai oleh guru kita. Ertinya, guru kita amat mempercayai orangnya dan itulah tanda solehnya guru kita".

"Keempat, guru kita sudah dua kali masuk mahkamah kerana menfitnah. Us Ahmad Awang tidak pernah merasa masuk mahkamah atas sebab fitnah".

"Ke lima, guru kita amat baik dengan Najib sehinggakan dia marah benar jika sesiapa mahu najib letak jawatan. Dia kata Najib cuma ada kelemahan bukan penyelewengan, zalim atau rasuah jauh sekali menyusahkan rakyat atau terlibat dengan kes jenayah". Mana ada presiden kita sebelum ni yg suka orang zalim lama memerintah kecuali guru kita di Marang?"

"Ke enam, guru kita pandai buat silap mata. Dia tunjuk Hudud, tapi yg dia bawa ke Parlimen bukan hudud sepenuhnya, cuma enakmen mahkamah syariah bkaitan pemantapan hukuman dlm mhkamah syariah saja. Undang2 jenayah syariah takde pun". Paling tok respek, dia mahu bekerjasama dengan perompak untuk laksanakan hudud. Ada sesiapa pernah terfikir macam tu? Guru tok je.

Banyak lagi sebenarnya...tapi setakat itu pun tok rasa Us Ahmad Awang tak boleh lawan guru tok di Marang tu. Tok yakin, guru tok mesti menang sbg Presiden nanti kerana sudah ramai belajar dan menadah kitab "Label Lil Insani" yg tok ajar, tentulah mereka cerdik seperti Ismail kerbau tu...

12 Mei, 2015

1MDB asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA)

Dewan hari ini dikejutkan dengan pendedahan-demi pendedahan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan PerasmianTuanku  Sultan Terengganu.
Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia “diturunkan” dari jawatannya.
Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.
Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.
Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.
“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima,  termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.
Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
Ini sebagai penjelasan  permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.
Semenjak diturunkan dari jawatan Menteri Besar semenjak setahun yang lalu, inilah kali pertama Dato’ Ahmad Said bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.
Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.

Rombakan kabinet Najib!

7 MENTERI DIGUGUR DALAM ROMBAKAN KABINET NAJIB

Beberapa nama dan muka baru masuk menjadi sebahagian kabinet baru Dato Seri Najib untuk menghadapi ujian dan cabaran besar menjelang PRU14.

Nama nama yang baru muncul di Jabatan Perdana Menteri seperti YB Khairy, Dato Asyraf diberi peranan khusus untuk menjaga orang muda dan golongan belia. Dato Azeez pula diberi peranan mengambil alih tempat Dato Razali Ibrahim, selain menjaga 1M4U.

Tan Sri Nordin Kardi dipilih sebagai menteri penuh Menteri Pengajian Tinggi (diwujudkan semula) kerana pengalamannya sebagai Naib Canselor sebagaimana sebelum ini Tan Sri Musa Mohamed Naib Canselor USM yang menjadi Menteri Pendidikan. Dato Irmo yang aktif dalam belia dan NGO dijangka akan memberi nafas baru untuk misi emas olimpik dan Piala Dunia. Ahmad Maslan diberi kepercayaan penuh untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan menerusi kementerian penerangan.

Beberapa nama besar yang gugur dijangka akan ditempatkan di GLC dan beberapa tempat strategik. Idris Jala difahamkan akan ditempatkan di 1MDB untuk mengukuhkan institusi itu. Shahidan Kassim yang rapat dengan kerajaan Arab Saudi dilapor akan menerajui Tabung Haji.

Manakala Hassan Malek pula akan menjadi CEO KWSP yang baru. Jamil Khir dikata pergi ke Bank Rakyat. Jailani Johari akan kembali menerajui SKMM. Tajuddin Rahman pula akan mengisi kekosongan sama ada sebagai Ketua Pengarah JASA atau di Felda. Nazri Aziz khabarnya akan diutus ke Amerika Syarikat serta kukuhkan pelaburan FGV di peringkat antarabangsa. Anifah pula memilih untuk merehatkan diri.


Out :
1) Hassan Malek
2) Idris Jala
3) Jamil Khir
4) Nazri Aziz
5) Anifah Aman
5) Jailani Johari
6) Tajuddin Rahman
7) Shahidan Kassim

Senarai Nama Menteri Kabinet Malaysia
(Kemaskini Jun 2015)
Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri:
Dato' Asyraf Wajidi Dasuki
Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Dato' Seri Idris Jusoh
Dato’ Mah Siew Keong
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Puan Hajah Nancy Haji Shukri
Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri:
Dato Azeez Rahim

Kementerian Kewangan
Menteri I: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Dato Johari Ghani
Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong

Kementerian Pendidikan
Menteri : Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri : Tan Sri Nordin Kardi
Timbalan Menteri : Dato Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/l P. Panchanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Haji Ahmad Haji Maslan
Timbalan Menteri: Dato' Poad Zakarshi

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Dato' Sri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Samuri

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Dato' Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Palanivel A/l K. Govindasamy
Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri: Dato Mas Ermiyanti

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Kha
12:56:05 AM
irul Azwan Harun (Wan Bro)

Kementerian Pertahanan
Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abd Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Dato Irmohizam Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/l Murugan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Haji Abd. Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal
Timbalan Menteri: Senator Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun
Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Ab. Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri: Dato' Hamzah Zainudin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Bung Mokhtar Raden
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd Sadique

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr. Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Dato' Noriah Kasnon

Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/l Jaganathan

Kabinet baru najib

Yg penting menteri vodoh ader lagi

Menteri pointer 3.85

Buatlh lagu mano pun...pindalh lgu mano pung klu derrr puok2 hok hangguk2 geleng2 jah ador dle kabinet...xberubah nyo...klu ador hok nok lawe catah dulu lg

10 Mei, 2015

Sokong Nasarudin Mat Isa!



P/S: Dah letih nak layan!

Akhirnya, Nik Amar turut perguna agama utk jawatan parti!

Jawatan tertinggi PAS perlu dalam kalangan ulama, kata Mohd Amar


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ahli PAS seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya parti itu tidak terpesong daripada perjuangan asalnya. Dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu disandang mereka dari dalam kalangan ulama, kata Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata ahli parti seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya PAS tidak terpesong daripada perjuangan asalnya.

"Padangan saya mudah sahaja, apabila berlaku apa-apa kepada orang nombor 1 (Presiden) maka automatik orang nombor 2 (Timbalan Presiden) akan ambil tempat dia.

"Jadi orang nombor 1 dan 2 ini perlu dari kalangan ulama, ia mudahkan proses penggantian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan di Kota Baru, hari ini.

Sementara itu, Mohd Amar berkata beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden atau naib presiden pada Muktamar PAS ke-61, Jun ini.

Mohd Amar kini menerima 3 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden dan ini memungkinkan pertandingan tiga penjuru antara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (94 pencalonan) dan penyandang jawatan tersebut, Mohamad Sabu (8 pencalonan). – Bernama, 9 Mei, 2015.

P/S: Ulama gila balak!