Rule of Law, Hadi, bukan Unity Government
Isu Unity Government mula dilontar oleh Hadi Awang ketika krisis kerajaan Perak berlaku. Apa yang dimaksudkan oleh Hadi adalah kerajaan tanpa pembangkang. Isu itu menjadi ribut seketika di kalangan ahli Pas, dan tiada penerangan jelas dilakukan oleh Hadi apa sebenarnya tujuan, dan visi yang hendak dicapai oleh Hadi pada waktu itu. Isu itu didiamkan seketika dengan alasan ahli Pas belum bersedia.
Penyokong Hadi memberitahu ada contoh-contoh negara yang menubuhkan Unity Government. Benar, tetapi tidak sedikit negara yang gagal gagasan ini.
Anwar Ibrahim juga mempunyai nama Unity Government yang tersendiri iaitu Konsensus Nasional. Lim Kit Siang juga mempunyai versi DAP iaitu Save Malaysia. Penulis tidak berminat mengulas mengenai Konsensus Nasional kerana kaedah Anwar mengemudi PKR tidak lebih dari versi UMNO dalam pakaian yang berbeza. Penulis juga tidak berminat mengulas mengenai DAP kerana parti Lim and co ini sering kali indah khabar dari rupa dalam perkara yang mereka perjuangkan. PAS perlu dibincangkan kerana secara realistik ini adalah parti yang dominan dan boleh menjadi alternatif kepada UMNO.
Di Singapura baru-baru ini Hadi sekali lagi mengemukakan idea Unity Government tanpa pembangkang. Apa yang sebenarnya dimaksudkan, bagaimana ia boleh dilaksanakan tidak pernah dibincangkan secara terbuka dengan umum di Malaysia. Terbaru, rancak dengan kenyataan demi kenyataan umum, Nik Abduh sekali lagi menjadi jurucakap mengenai Unity Government tanpa pembangkang. Apabila ditanya, Nik Abduh sekadar menerangkan penjelasan lebih lanjut adalah dari kepimpinan tertinggi. Nik Abduh, Hadi dan Pas bernasib baik kerana budaya masyarakat Malaysia belum benar-benar kritis dan terbuka dalam mempersoalkan pemimpin mereka.
Persoalan paling utama ialah adakah Hadi sendiri faham bagaimana perlaksanaan Unity Government itu? Persoalan ini takkan berani ditanyakan oleh ahli PAS kerana seperti UMNO, orang Melayu masih feudalistik fitrahnya. Pemimpin tertinggi selalu dianggap betul.
Perkara paling asas dalam Unity Government adalah perkongsian kuasa. Bila ada perkongsian kuasa sudah tentu akan ada kompromi dan dilution of power and ideology. Hadi gagal mengemudi PAS dalam mengharmonikan kerjasama Pakatan Rakyat dengan perkongsian kuasa tiga buah parti, bagaimana beliau boleh mampu bekerjasama dalam Unity Government dengan lebih dari 15 parti di Malaysia?
Hadi boleh menghantar wakil ke dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dan membuat keputusan bersama bagi pihak parti; tetapi Hadi dengan kuasa veto beliau membatalkan keputusan itu. Apa jaminan Hadi pula untuk menghormati parti lain dalam Unity Government? Jika dengan 2 buah parti Hadi tidak boleh menghormati mesyuarat, bagaimana dengan lebih dari 15 parti?
Bagaimana Hadi akan menghadapi apabila ada dari ahli Unity Government bertentangan dengan beliau dan Pas? Berulangkali Hadi, Nik Abduh dan pemimpin-pemimpin Pas terutama dari berlatarbelakang agama mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Bersediakah Hadi mencabar pula sekalian parti-parti lain dalam Unity Government yang tidak sealiran dengan beliau untuk keluar Unity Government?
Adakah Hadi dan Pas bersedia menghadapi lebih banyak pasukan yang tidak bekerjasama dengan mereka? Jika ahli Pas sendiri dilabel barua, broker dan tolol, berapa ramaikah yang akan di tolol kan kelak dalam unity Government?
Saban tahun Dewan Ulama PAS meminta mengkaji kedudukan PAS dalam pakatan rakyat walaupun saban tahun juga muktamar PAS berazam memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Maka dengan Unity Government nanti yang sudah tentu ada pelbagai ideologi, kita sudah boleh jangka resolusi Dewan Ulama PAS untuk sepuluh tahun akan datang.
Bersediakah Nik Abduh dan para pemimpin Pas yang bertempik dengan kedatangan Lim Kit Siang ke Padang Perdana Kelantan, untuk berulang kali bertempik dengan pelbagai parti dalam Unity Government kelak yang berkecamuk ideologinya kelak?
Pas tak mampu berkawan dengan 2 kawannya, PAS bercita-cita nak berkawan dengan lebih 15 kawan yang lain?
Ini sangat mengelirukan dan boleh menjadi bahan lucuan.
Cukup banyak isu yang membelenggu rakyat, ketidak adilan berlaku dalam sistem keadilan. Penipuan pilihanraya yang berterusan. Jenayah yang berleluasa. GST, kenaikan tol dan harga barang menyempitkan marhaen. Sistem pendidikan yang tidak berkesan. Akhlak remaja dan gejala sosial yang meruntukan. Penyelewengan harta negara dan rasuah. Berusahalah untuk memperbaiki sistem, menyedarkan rakyat dan mengukuhkan rule of law!
Dewasalah PAS! Berikan polisi-polisi anda yang berkualiti sebagai alternatif kepada rakyat. Hiduplah dalam denyut nadi masyarakatmu! Jangan terawang-awang dan mimpi dengan khayalan yang tidak jelas.
Ibrahim Adham
28 May 2015,
Kuching, Sarawak.

1 ulasan:
Ayoooh kita cari & kenali sosok ini..
Ahmad Awang
Yaa..Ahmad Awang..
BAHASA-badan yg dimiliki Ahmad Awang...TENANG coool n steady
Ahmad Awang seolah2 langsung tidak GELOJOH..."signal" jiwa BESAR-lapang yg tidak mncari nobat-GLAMOR-pangkat dan pentingDIRI
Fakta-POINT utama yg Ahmad Awang bawakan adalah gagasan-UNIVRSAL-penyatuan KASEH & sayang
Visi Ahmad Awang ibarat CAHAYA yg sgt7TERANG..bnar7JELAS dia tahu apa yg WAJIB d UTAMAkan
Ahmad Awang bnar7SERIOUS dgn "DASAR"-HAQ...itulah sbnr7CAHAYA TERANG yg dpt serta mampu utk mnyuloh melenyapkan "onar-FITNAH-rasuah" yg mnjd "IBU" kbejatan-&-KEGELAPAN ummah..
Apa..
Apa itu DASAR..
DASAR..DASAR kpd Islam itu adalah sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG bg mnyuloh sgl keGELAPan-peNIPUAN-keZALIMan-peNINDASan-rasis-ASOBIYAH-ONAR-khianat-FITNAH yg "sengaja" djaja gara2 songlap-RASUAH yg mnindas & mlemaskan ummah!
DASAR..DASAR Islam itu adalah CAHAYA maha7TERANG yg dpt melihat serta dpt merasa merasa merasa serta "bnar7MERASAI" manefestasi..
>>sbnr7ERTI kejujuran
>>sbnr7ERTI keikhlasan
>>sbnr7ERTI ketelusan/SUCI/transperency-AUDIT telus dr dasar HATI
>>sbnr7ERTI AMANAH/integrity
>>sbnr7ERTI merit/BAKAT yg bnar7ARIF-fatonah mncari solusi ummah
>>sbnr7ERTI cinta/KASEHsayang yg 'inclusive' yg brpaksikan Adam as sbg RAHMATAN lil'ALAMIN
>>smutlak7ERTI kbnaran/HAQ yg tiada w.pon skelumit mncari nobat-GLAMOR-title serta projek-ESOS-BALAK-proxy dll demi krn kpntinganDIRI-ASOBIYAH-melayu parti @ kroni!
DASAR DASAR CAHAYA yg maha7TERANG diatas itu adalah CAHAYA yg dibawa semua nabi2 demi sbnr7KEJAYAAN-UNIVRSAL-hakiki dan KEREDHAAN ILAHI..
Sbaliknya ..
DASAR..DASAR kpd onar-FITNAH adalah "induk-IBU" kpd sgl kecelakaan!
FITNAH adalah DASAR yg mnjd "asas-PUNCA" sgl KEGELAPAN-bejat-PEKAT yg sgt7GELAP!!
FITNAH adalah DASAR kpd pnyelewengan-ASOBIYAH-melayu-khianat-RASUAH yg sgt7PARAH!!!
FITNAH adalah DASAR perpecahan-KESUMAT-dendam yg seDASAR brsarang dgn sbnr2 NIAT jahat IBLIS dan juga syaitan!!!!
Adakah FITNAH sikakiFITNAH & sibapakFITNAH dpt mmbawa ummah kdlm REDHA serta syurga ALLAH????
Semoga..
Semoga, Insy'ALLAH..
Insy'ALLAH Ahmad Awang dpt mmbawa sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG itu kembali utk sama2 dpt kita rasa-rasa-rasa & "bnar7MERASAI"nya demi harapan yg tinggi mnggunung dr sluruh rkyat Malaysia..amiiin ygRABBUL'Alamiin
Catat Ulasan