Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

15 Mei, 2015

Bukti Hj Hadi banyak kelebihan segala segi!

Selepas mengajar kitab "Label Lil Insani" malam tadi, seorang anak murid tok bertanya, "Masa mengundi nanti, tok nak pilih siapa Presiden? Us Ahmad Awang ke atau Hj Hadi?".

Tok pun jawab, " Tentulah tok pilih tok guru Marang sebab dia ada banyak kelebihan dari Us Ahmad Awang".

Anak murid tok tanya, " Apa kelebihan dia tok?".

"Pertama, dia dulu ada rekod menggerakkan pemuda untuk menyingkirkan Presiden kita Asri Muda". Marakbar Asri begitu popular sehingga kini berjangkit kepada dirinya".

"Kedua, Dia satu2nya presiden jemaah kita yg berani memperlekehkan presiden sekutu kita Kak Wan, dia kata Kak Wan tak layak jadi MB. Semua tahu Kak Wan tak pernah kalah btanding Praya. Guru kita pernah kalah. Semua tahu, Kak Wan adalah pelajar terbaik sewaktu dia belajar bidang perubatan, guru kita tak pernah dapat gelaran itu sewaktu mengaji. Kak Wan lebih lama dari guru kita jadi Presiden. Kak Wan berani bertanding di luar gelanggangnya di Permatang Pauh dan menang di Kajang. Guru kita mana pernah keluar dari Marang? Itu pun guru kita pernah kalah. Ertinya, dalam keadaan begitu pun guru kita berani lekehkan Kak Wan yg mana sebelum ini tiada presiden kita yg tergamak buat begitu? Sbb tu tok respek dia.

"Ketiga, Guru kita ada perisik yg boleh menyiasat pengedar pil kuda. Apa pun yg perisik begitu umpama wahyu yg terus diguna pakai oleh guru kita. Ertinya, guru kita amat mempercayai orangnya dan itulah tanda solehnya guru kita".

"Keempat, guru kita sudah dua kali masuk mahkamah kerana menfitnah. Us Ahmad Awang tidak pernah merasa masuk mahkamah atas sebab fitnah".

"Ke lima, guru kita amat baik dengan Najib sehinggakan dia marah benar jika sesiapa mahu najib letak jawatan. Dia kata Najib cuma ada kelemahan bukan penyelewengan, zalim atau rasuah jauh sekali menyusahkan rakyat atau terlibat dengan kes jenayah". Mana ada presiden kita sebelum ni yg suka orang zalim lama memerintah kecuali guru kita di Marang?"

"Ke enam, guru kita pandai buat silap mata. Dia tunjuk Hudud, tapi yg dia bawa ke Parlimen bukan hudud sepenuhnya, cuma enakmen mahkamah syariah bkaitan pemantapan hukuman dlm mhkamah syariah saja. Undang2 jenayah syariah takde pun". Paling tok respek, dia mahu bekerjasama dengan perompak untuk laksanakan hudud. Ada sesiapa pernah terfikir macam tu? Guru tok je.

Banyak lagi sebenarnya...tapi setakat itu pun tok rasa Us Ahmad Awang tak boleh lawan guru tok di Marang tu. Tok yakin, guru tok mesti menang sbg Presiden nanti kerana sudah ramai belajar dan menadah kitab "Label Lil Insani" yg tok ajar, tentulah mereka cerdik seperti Ismail kerbau tu...

3 ulasan:

lagu tu laa berkata...

lagi satu tok suka dan sokong dia,dia pun maksum gak,apa yang dia bercakap dab berkata jadi 'fatwa'satu kemestian kepada pengikut dan penyokong seperti tok dan kawan2 ulama tok menuruti tanpa banyak alasan.sebab tu tok dan kawan ulama tok suka membarua,mempil kuda, membroker, memjebon,memprasit kawan2 tok yang tak sehaluan dan tak sekata ngan tok dan tok guru marang tok tu.sorang lagi kawan ulama tok puja2 mokta ma'unah.banyak lagi malaih tok nak bagitau yang duk marah2 kat LKS tapi takut nak berhujah ngan LKS tentang hudud tu.

Unknown berkata...

PRESIDEN FAM; TARAF YANG TIDAK BOLEH DICABAR

Dalam ilmu bolasepak (IBS) , terdapat susunan dan tertib anggota IBS yang diambil kira dalam perlantikan kepimpinan tertinggi. Taraf yang tertinggi dalam IBS yang hanya boleh memimpin peringkat tertinggi ialah Tuanku, Sultan dan Yang Dipertuan Agung. Hanya Sultan yang sewajibnya memegang amanah Presiden atau Yang Di Pertua.

Untuk lahir sebagai Sultan atau sesetengah bangsawan seperti Syeikh Zainal Abidin Raup menamakannya dengan Raja, mestilah pandangan dan gerak kerjanya diterima diperingkat dunia dan dia turut memimpin IBS diperingkat dunia.

Dari sudut amalan dan kerjaya bola sepak pula, dia telah mencapai tahap pemain professional yang tidak pernah menerima kad merah dengan sengaja.
Ternyata keperibadian ini tiada pada Chriatiano Ronaldo mahupun Lionell Messi , sebaliknya hanya ada pada Tuanku Abdullah yang memimpin FAM sebagai IBS di Malaysia ketika ini.

Dengan itu, mengikut disiplin IBS iaitu berdasarkan tahap keprofessionalnya menjaringkan gol, maka tiada siapa yang boleh mencabarnya selagimana dia tidak berhasrat meletakkan jawatan dan dia juga tidak tackle orang secara keras di atas padang bola.

FAM tidak sama dengan persatuan bola lain yang bebas mempertandingkan Ketua Persatuan Bola dengan alasan demokrasi dan hak yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Rujukan dalam pemilihan Presiden FAM ialah sistem mesyuarat dan Nizamudin Elias Al Hafiz, bukannya mengikut perlembagaan persatuan semata-mata.

Maka rujukan perlantikan presiden FAM selepas Sultan Abdullah adalah merupakan disiplin pemilihan kepimpinan IBS dari dahulu sehinggalah ke hari ini.

Oleh itu, saya berpandangan, pencabar jawatan Presiden FAM untuk AGM FAM Jun ini masih boleh membuat keputusan berdasarkan Fiqh Al-FIFA atau fekah mengurus jawatan dalam FAM untuk tidak bertanding kerusi Presiden FAM dan peluang menarik diri masih terbuka dihadapan sehingga 31 Mei 2015 ini.

Adapun untuk jawatan selain Presiden ianya terbuka kepada calon-calon yang dicadangkan oleh kawasan-kawasan dan ternyata mereka layak, Fastabiqul Khairat!

~Asrul el Sulaimani
26 Rejab 1436/15 Mei 2015

Unknown berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
klik-> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D